Part 5.

Romance Completed 21505

" Yeke? Tapi ibu pun tahu kan Fiya bukannya rapat sangat dengan dia orang tu " .

" Takpa nanti rapat lah tu. Fiya tu ringan-ringan kan sikit mulut tu. Ni tidak, asyik diam jer " .

Fiya tersenyum kecil. Benar apa yang dikatakan oleh ibunya itu, Fiya memang pendiam apabila berjumpa dengan abang-abang sepupunya itu.

" Fiya bukan pendiam. Fiya malu. Yelah kecik-kecik dulu lain. Sekarang ni bila dah besar, malu lah " .

" Macam-macam lah anak ibu ni. Dah ibu nak masuk tidur. Jangan tidur lewat sangat. Esok nak bangun pagi " pesan Puan Raudhah sebelum berlalu keluar daripada bilik.

" Okay ibu " jawabnya.

???

Pagi-pagi lagi Fiya sekeluarga sudah bertolak daripada Kuala Lumpur ke Melaka. Fiya memandu kereta myvi miliknya sendiri agar mudah untuk dia pergi ke tempat praktikalnya nanti.

Tepat jam 12 tengahari, mereka tiba di rumah Encik Ismadi dan Puan Ratna.

" Jemputlah masuk Raudhah, Man. Meh kita makan tengahari sekali " jemput Puan Ratna.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu.

???

Selepas makan tengahari, Puan Raudhah dan Encik Hilman meminta diri untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.

" Terima kasih ya kak long. Kalau Fiya ni nakal, kak long marah jer. Suruh dia buat kerja sikit " pesan Puan Raudhah.

Puan Ratna ketawa kecil.

" Iyalah Raudhah. Kak long akan jaga Fiya macam anak kak long sendiri. Kamu tak payah risau lah ya " .

Selepas bersalaman, Puan Raudhah dan Encik Hilman memulakan perjalanannya pulang ke Kuala Lumpur.

" Fiya, jom masuk. Mak long tahu Fiya susah nak berpisah dengan ibu dan ayah. Sebulan jer kan, nanti jumpalah semula " pujuk Puan Ratna.

Fiya mengangguk perlahan.

" Pak long dengan yang lain lambat lagi ke balik mak long? " soal Fiya.

" Dia orang memang balik lambat. Kadang-kadang tu kalau banyak kerja, malam baru balik. Akif pulak tak tentu masa balik. Yelah photographer kan " .

" Ohh. Mak long selalunya tinggal seorang-seorang lah ya? " .

" Ha'ah Fiya. Eh ni kamu duduk KL tu, pernah jumpa abang Adli kamu? " soal Puan Ratna.

" Tak ada pulak mak long. Abang Adli kerja dekat KL ke? " .

" Ha'ah. Dah lama dah. Sibuk sangat agaknya kat sana tu " .

" Biasalah tu mak long " .

" Eh berborak kat luar pulak. Jom masuk dalam. Kita sambung borak kat dalam " ajak Puan Ratna.

" Yaa iyalah mak long " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience