3

Romance Completed 77939

Aku yang tengah ralit taip sesuatu pada skrin laptop, tetiba je segunung file hempap meja.Terangkat sampai bahu aku.Terkejut dowh !

'Mak aii ! ni projek untuk satu abad ke apa ?'desis hati Dahlia.

"fuhh !"keluh Hareq sambil buat aksi lap peluh kat dahi.Eleh ! ingat nampak macho ke ? setakat bawak file dari dalam office dia je kut. Bukan dari tingkat bawah pun.Gedik !

"eh, You jangan nak temenung pulak ! I nak You siapkan kertas kerja ni.Ada tiga file yang I nak esok.So, hari ni You kena siapkan jugak ! Understand ?"arah Hareq.Puas hati aku ! itulah balasan untuk kau !

Terbuntang mata aku.What ?! Mr. Bossku ni dah giler ke apa ? takkan nak suruh aku bersengkang mata sampai jadi macam mata panda tu ? Agak-agaklah.

"Hah ! temenung ! I tak bayar gaji You untuk temenung ! buat kerja cepat !"tegas Hareq bagi arahan.

"tapi boss.., yang fail ni ? bila nak hantar ?"

"tahun depan !"

"oo.. lama lagi"Fiuh, leganya.ingat minggu depan.Mr. Bossku ni memang tak boleh baca apa yang ada dalam kepala dia.Ikut suka suki dia je.

Hareq senyum senget."kenapalah You ni pembaris sangat ? dah sah-sah lah I akan mintak You siapkan sampai minggu depan !"

Kan aku dah cakap.Kepala dia ni memang orang lain tak boleh baca.

Aku tayang sengih terpaksa.Dalam hati, nak je aku siat-siat muka Mr. Bossku.

"You suka erk buat kerja banyak ? nak I tambahkan lagi ?"

Ohho..ni dah lebih ni..Ingat aku ni robot ke apa ? Harap je dia boss ! kalau tak dah lama aku campak je fail ni keluar tingkap.

"eh boss, cukuplah ni.."ujarku dengan fake face.

"ouh, I ingat tak cukup lagi.Okey, pastikan siap ye kerja tu esok.."beritahu Hareq sebelum melangkah masuk ke dalam officenya.

Terus je aku genggam penumbuk.Acah-acah nak tumbuk Mr. Bossku dari belakang.

Boleh pulak Mr. Bossku keluarkan kepala dari pintu officenya.

Argh ! mampus ! COVER !

"You buat apa tadi ?"soal Hareq.

"hah ? saya buat apa boss ?"soalku balik.

"macam nak wrestling je.."

"eh, mana ada boss.tangan saya ni haa.. lenguh pulak tiba-tiba.."

"ouh.. okey."

"kenapa boss keluar balik ?"

"I nak pastikan You buat kerja You.. that's it"

"mestilah saya buat boss.."

"so, do your work ! I hope you're enjoy with your work !"ucap Hareq sebelum masuk dalam officenya.

'enjoy apa ke bende ? buat mata aku jadi panda ada lah..'rungutku.

*****

Ktak ! Ktak ! Ktak !

Jam yang terlekat pada dinding dipandang sekilas.Jarum pendek tunjuk nombor 11 manakala jarum panjang tunjuk nombor 9.Lagi 15 minit nak tengah malam.

"Aku dah rasa seram sejuk ni.Itulah, tadi Kak Hajar ajak balik kata taknak.Kejap lagi lah apa lah.Bila dah duduk sorang ni, baru rasa serem.."bebelku.

"Semua dah balik erk ? kalau ada pun pakcik guard jelah.Nasib baik aku kenal Pakcik guard tu.jadi takdelah aku takut sangat kalau-kalau ada pencuri ke apa ke.."

Aku taip ayat yang terakhir.Okey, done !

Cepat-cepat aku kemas barang atas meja.Akhirnya, dapat jugak aku siapkan kerja yang Mr. Bossku bagi.Yuhoo ! lepas ni dah terus terdampar atas katil.Tapi bukan jadi duyung but dugong ! Hahaha..

Pak !

Tiba-tiba lampu terpadam.Nasib dah siap aku kemas.Aku capai phone.Torchlight mod aku tekan.Gelepar jugak aku.Aku ni memang penakut gelap.

Slow-slow aku berjalan diterangi torchlight dari phone.Tiba-tiba aku terpandang sesuatu.

"Mak !!! hantu !!!"sekuat hati aku menjerit.Nasib tak tercabut anak tekak.

Aku terasa ada sesuatu yang pegang tangan aku.Cepat-cepat aku hentak.

"hey, hey, It's me !"beritahu Hareq.

"Arhh, tipu ! boss dah balik petang tadi.."jawabku.Aku nampak sendiri tadi boss balik.

"betullah ni I.. your boss.."

Aku suluh torchlight depan muka dia.

"silaulah !"ujar Hareq seraya menghadang cahaya torchlight dari pandangan matanya.

"ouh.. sorry boss.."

"You tak balik lagi ?"

"nak baliklah ni.. tapi tadi bukan boss dah balik ke ? kenapa..?"

"I tertinggal kunci rumah tadi.Tu yang I datang balik.."

"ouh..macam tu.. okeylah boss, saya chaw dulu.."

"okey.. lagipun I nak ambik kunci dalam office.."baru selangkah Hareq berjalan, tiba-tiba baju kemejanya seakan ditarik.Dia pusing belakang.

"You ni dah kenapa ?"soal Hareq,pelik.Apehal budak ni ? main tarik baju aku ? ingat main acara tarik tali ?

"saya takut boss.Boleh tak saya ikut boss ?"ujarku dengan sengihan.

"hmm.."jawab Hareq selamba.

Dari first pergi masuk office Hareq sampailah keluar dari office aku masih lagi pegang baju kemeja Hareq.

"so..?"soal Hareq.

"apa ?"soalan dibalas soalan.

"Tak nak lepaskan ke ?"keningnya terarah pada baju kemeja yang aku pegang.

"ahh..hurmm, thanks boss"

"for what ?"

"sebab teman saya tadi.. kalau boss takde dah lama saya berlari keluar dari office ni.kalau ada lampu tu takdelah saya takut sangat.."

"ada I tanya ?"

Eh, dia ni.Aku baru nak anggap dia baik hati.Musnahlah tanggapan !

"okeylah boss, saya balik dulu.."pamitku.

"hmm.."

"hey You !"panggil Hareq.

Aku berpaling.Dah kenapa pulak ?

"come with me.I hantar You balik.."

What ? telinga aku ada masalah ke ? ke otak aku salah tafsir ?

"You temenung apa lagi ? lagipun dah malam sangat ni.."

"takpe boss.. saya boleh je bawak kereta sendi.."belum sempat aku cakap, Hareq dah potong.

"just follow what I said !"

Nak tak nak kena ikut jugak.Haih, kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang menyukakan hati.. Alahai Mr. Bossku ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience