2

Romance Completed 77939

Badan yang penat direbah atas katil bersaiz king.

Tak sampai lima saat, ada sesuatu hempap atas badannya.Siapa lagi kalau bukan anak saudara kesayangannya tu, Aira Maisara.

Cepat je dia bangun dari pembaringan."Aira tak tido lagi, sayang ?"soal Hareq,lembut.

Aira yang baru berusia 6 tahun mengelengkan kepala."Aira tak antuk agi.."

Kepala Aira diusap lembut."hishh, Aira ni.. esok kan Aira nak pergi sekolah. Kenalah tido awal.Nanti mengantuk macam mana ?"

"ala..Aira alaslah nak gi shekola.."rungut Aira dengan pelatnya.

"mana boleh macam tu sayang..Aira jugak cakap kat Pak Ngah yang Aira nak jadi doktor kan ? nanti kalau Aira malas nak pergi sekolah, macam mana Aira nak pandai ? kalau tak pandai tak boleh jadi doktor tau.."

"ala.."rengek Aira.Haishh ! ada jugak aku gomol dia ni kang ! so cute ! comform ikut muka kakak aku tu, Sharifah Azzahra.Muka licin macam baru lepas mop.Berkilat dowh !

"Aira.. !"baru aku kutuk dia dalam hati, terus tersembul muka depan pintu.Panjang umur !

"tu, mama dah panggil.. pergi masuk tido.."arah Hareq.

"nanak ido agi.."

"Aira, jom masuk tido.Esok nak sekolah"panggil Zahra.

"nanak !"

"okey macam ni.., kalau Aira tido awal, esok Pak Ngah bawak Aira makan aiskrim nak ?"pancing Hareq.

"nak nak !"

"kalau macam tu, pergi tido"

"okey.."ujar Aira seraya tunjuk jari OK.Pantas dia berlari anak keluar dari bilik tido Hareq.

"Angah ni pun satu.Suka sangat manjakan si Aira tu"

"manja apanya kak ? lagipun Hareq boleh je beli apa yang dia nak.. dia jelah tempat Hareq nak lapangkan hati Hareq ni kak.."

"kalau macam tu carilah bini buat pengganti.Habis citer.."

"Akak cakap senanglah.Ingat cari bini macam beli kereta ke ? tapi kalau nak beli kereta sekalipun, kena tengok jugak kualiti dia..Mana boleh main rembat je kak"

"bukan Angah dah ada calon ke ?"

Kening Hareq berkedut."siapa ?"

"Harina tu ? kan korang selalu je berdua.."

Hareq senyum senget."Rin tu ? just untuk hiburan je kak.. lagipun Angah anggap dia macam adik.."

"sampai bie, sayang tu apa ?"

Hareq senyum lagi."Akak, it's just for gelaran je.Not more than it"

"tapi Angah pasti ke dengan hati Rin tu ?"

"maksud akak ?"

"dia tu anggap Angah sebagai apa pulak ? Abang atau kekasih ?"

Pertanyaan Zahra dibiarkan sepi.Entah.Tu jelah apa yang ada dalam kotak fikiran dia sekarang ni.Bagi Hareq, Harina tu just like a youger sister.Not more that gelaran wokeh ?

"dahla Angah.Akak nak masuk tido..Kamu fikirlah sendiri pasal tu"ujar Zahra sebelum berlalu pergi.

"hmm.."Badan Hareq direbah semula.Belakang tangan diletakkan atas dahi.

Satu kenangan muncul dalam kepalanya.Satu kenangan yang takkan dia lupakan.

"nah, ambiklah !"ujar Hareq sambil menghulurkan sebatang lolipop.

Budak perempuan yang dari tadi menangis memandangnya.Tangisannya mulai reda.

"ambiklah..lagipun saya dah makan banyak.."ujarnya sambil bagi sengihan.

Budak perempuan tadi sambut."terima kasih.."

Hareq duduk sebelah budak perempuan tersebut tanpa dipelawa.

"kenapa awak nangis ?"

"sakit.."

"apa yang sakit ?"

"kaki.."

Hareq pandang kaki yang sedang berdarah."awak tahan ye.. saya nak cabut kaca ni.."

"tak nak ! saya takut..."

"kalau tak cabut nanti lagi teruk."

"tapi.."

"awak kena kuat.. baru tak sakit.."

Budak perempuan tadi hanya mengangguk.

Tak sampai lima saat kaca tadi tercabut dari tapak kaki budak perempuan.

"tak sakit kan ?"

"sakit..."beritahu budak perempuan tadi dengan kerutan di dahi.

Krekk !

Kenangan tadi hilang tatkala pintu bilik dibuka.Tengok-tengok muka Zahra.Kacau mood aku nak imbau kenangan lama.

"Angah ..!"

"ye kak.."

"esok akak kena siapkan pelamin kat dewan Hanna Hotel.Jadi, akak tak sempat nak ambik Aira.Boleh Angah ambikkan Aira ?"

"hmm.."

"okey good ! thankayu my younger brother"

"most welcome..lagipun nanti kitaorang balik lewat.Angah bawak Aira pergi makan terus.."

"ikut Angahla..Asalkan Aira tu, Angah ambik.."

"yes Madam !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience