80

Romance Completed 77939

"hoi pompuan ! hoi !" panggil Harina.Kakinya menolak- nolak betisku, kasar.

Rambut panjang milik Harina yang halang pandangan matanya ditolak laju.

Aku yang baru celik mata, bingkas bangun dari baring atas lantai.Harraz yang ada disebelahku pula masih lagi tidur nyenyak.

Harina mula duduk mencangkung dihadapanku.

Dengan tiba-tiba dagu aku dipegang Harina.Terdongak muka aku menghadap muka Harina.

Bibir Harina yang merah menyala tu mula tersenyum sinis."tskk ! part mana muka kau yang Hareq tergila-gilakan tu ? yelah, mana tahu aku boleh tambah sikit parut ke apa ke bagi Hareq tu benci kau !"luah Harina lalu menolak kasar daguku.

"buatlah apa pun yang cik Harina nak buat..tapi tolong..tolong jangan apa-apakan Harraz.."pintaku.Air mata mula jatuh satu persatu.

"tsk !"Harina tersenyum sinis lagi sambil berpaling ke arah lain.Kemudian beralih semula memandang wajah perempuan yang dibencinya iaitu aku.

"betul kau tak kesah aku buat apa-apa kat kau ? kau pasti ?"soal Harina.Kedua keningnya terangkat.

Aku mula menangis sambil mengangguk laju.

"bodoh ! kau memang tak sayang diri kau sendiri kan ? but don't worry.. aku takkan apa-apakan kau.. aku just nak umpan Hareq untuk datang melutut kat aku.."beritahu Harina.

Aku gagahkan diri untuk mengangkat muka menghadap Harina."kenapa..kenapa cik Harina sanggup buat macam ni ?"soalku.

"sebab kau tak dengar cakap aku ! aku dah warning kau awal-awal untuk tinggalkan Hareq ! tapi kau ? apa kau buat ? kau balik semula dengan Hareq kan ?! dasar perempuan takguna !"bentak Harina lalu ditolak kuat kepalaku dengan jari telunjuknya.

"ikutkan hati aku.. nak je aku bunuh kau dengan anak kau dulu..tapi disebabkan dua orang budak hingusan tak guna tu lembab cari kau.. so, aku ubah plan aku.. iaitu lepas kau bersalin.."

"macam yang aku cakap tadi..aku cuma nak umpan Hareq..malam ni dia datang tau..dan aku akan pastikan dia akan jadi milik aku.."ujar Harina lalu ketawa dihujung bicaranya.

"kau nak dengar suara dia tak ? mesti dia tengah menangis kan ? kejap, aku call dia erk ?"beritahu Harina lalu mengeluarkan iphone miliknya dari poket seluar jeans sendatnya.

Jarinya mendail nombor Hareq lalu dilekapkan ditelinga.

"hello Biey.. how are you ?"soal Harina, gedik.

Aku yang duduk di hadapannya, hanya memerhati.

"I takde masa lah nak jawab pertanyaan bodoh You tu.. Where's my wife ? You tak buat apa-apa kat dia dengan Harraz kan ?"soal Hareq bertalu.

"Biey.. Mana ada I buat apa-apa kat wife You ni.. dia okey je buat masa sekarang ni..tapi, I tak tahulah kalau I tiba-tiba rasa nak conteng sikit lengan wife You ni..yelah, dia kan dah rampas hak I.."ujar Harina sambil menoreh lengan kananku.

"arghhh !"aku menyeringai tatkala menahan pedih di tangan.

"Harina !!!"Hareq mula menjerit di hujung talian.

Harina menjauhkan iPhone miliknya dari telinga.Dia dah boleh agak yang Hareq akan menjerit memanggil namanya.

"please Harina..jangan buat benda bodoh.."rayu Hareq.Masih kedengaran tangisan dari hujung talian.

Harina mendekatkan semula skrin iPhonenya di cuping telinga."halah..sikit jelah I buat tu.. "

"Harina..please..I merayu dengan You.."ujar Hareq yang sudah sayup-sayup.

"kalau taknak tengok wife You sakit lagi, hurry up here ! dan You jangan sesekali nak melibatkan polis..atau You hanya akan dapat tengok mayat wife You dengan anak You.. remember it !"tegas Harina.Talian telefon dimatikan.

Harina memandang ke arahku.Bibirnya tersenyum.

Yang pasti, senyuman tu ialah senyum dari seorang psiko.

"kejap lagi ada drama tau.. drama air mata..jangan lupa tengok ye.. "beritahu Harina yang masih lagi dengan senyuman psikonya.

"dan si kecil ni.."Harina baru saja ingin menyentuh pipi gebu Harraz, cepat-cepat aje aku menariknya jauh dari Harina.
Aku peluk Harraz."jangan berani sentuh Harraz !"bentakku.

"tskk ! Ingat aku hadap sangat ke nak pegang anak kau ? Aku just nak Hareq ! "ujar Harina lalu berdiri.Dia kemudian mengatur langkah keluar dari tempatku.

*****

Hareq mula memandu keretanya menuju ke destinasi berpandukan maps yang diberi oleh Harina sebentar tadi.Bibir bawahnya digigit tanda gelisah.

Tiba-tiba sahaja panggilan masuk.Hareq pantas mengambil ear pods lalu diletakkan di telinga."Kau get ready je.bila aku bagi signal, baru kau masuk.."

"Abang betul boleh masuk sendiri ?"soal si pemanggil.

"aku boleh..lagipun aku percayakan Harina yang aku datang sorang.. aku taknak kakak kau jadi mangsa..aku kenal Harina tu macam mana.."terang Hareq.

"Hurmm..okeylah macam tu.. nanti ada apa-apa, Abang roger.. Danish dah suruh pihak polis stayby.. diaorang dalam perjalanan nak pergi sana"beritahu Danish.

"okey.."jawab Hareq sebelum mematikan bualan telefon.

Keluhan besar dikeluarkan.Sungguh, di kala ini, hatinya gusar memikirkan isteri dan anaknya.Manakan tidak..bukan dia baru aje kenal dengan Harina tapi dah bertahun-tahun lamanya.

Sungguh dia tak sangka, Harina sanggup buat benda bodoh semata-mata untuk dapatkan dirinya.

sorry buat reader tertunggu.. Jua betul2 xde idea.. lagipun ni first time Jua buat citer yg ada watak jahat mcm Harina..tu x banyak ayat dlm chapter ni.. hehe.. sorry..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience