82 (ENDING)

Romance Completed 77939

"ye, hello.. ada apa-apa berita pasal kakak dan abang ipar saya, tuan ?"soal Danish tatkala telefonnya mendapat satu panggilan.

Datin Aisya, Datuk Fared, Puan Yana, Encik Kamal, Tasha, Ryan, Syed Imran, Sharifah Azzahra dan Aira juga turut sama menunggu perkhabaran dari pihak polis tentang keadaan tegang yang berlaku kepada Hareq dan Dahlia.

"baby dengan kakak Encik selamat.."beritahu pegawai polis di hujung talian.

"alhamdullilah.."Danish mengeluarkan nafas lega.

Lega rasanya..manakan tidak..sejak awal kakak dan anak saudaranya diculik, pelbagai perasaan yang dirasainya..gundah, gelisah, dan risau kalau-kalau kakaknya diapa-apakan.

Masing-masing yang berkumpul di sekeliling Danish jugak menarik lafaz lega.Namun..

Terdengar suara keluhan berat di hujung talian."err.. Maafkan kami Encik Danish..walaupun kakak Encik selamat, dalam masa yang sama, kami tak sempat nak halang Encik Hareq dari terkena tikaman.buat masa sekarang, Encik Hareq masih berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut.saya minta, keluarga yang terlibat untuk datang ke hospital sekarang.."beritahu polis tadi.

Membulat besar mata Danish kerana terkejut.Dia memandang wajah keluarganya satu persatu sambil menahan sebak di dada.Kemudian dia memandang ke arah lain.

"ba..baiklah Tuan..kami akan ke sana sekarang..terima kasih Tuan.."beritahu Danish.

"iye baik.. sama-sama.."balas polis tadi.Kemudian talian dimatikan sesudah sesi perbualan tamat.

"Biey.. kenapa ni ? ada apa-apa yang berlaku pada diorang ke ?"soal Tasha sambil mendukung Ryan.

Danish memandang wajah sang isteri.Dia mengeluh perlahan lalu mengalihkan pandangan ke arah Datin Aisya.

Datin Aisya pandang pelik."Ye, Danish ? ada apa-apa yang terjadi ke ?"soal Datin Aisya.

Mata-mata mula tertumpu ke arah Danish.

"Hareq.. Hareq kena tikam.."beritahu Danish.

"Ya Allah, Angah !!!"jerit Datin Aisya.Terasa lemah kakinya untuk berdiri tegak apabila terdengar perkhabaran anaknya sebentar tadi.Nasib saja Datuk Fared sempat memegang lengan isterinya dari jatuh longlai atas lantai.

"umi !!!"jerit Zahra dengan Imran serentak.

"tokmi !!!"Aira yang masih kecil juga menjerit.

*****

Seorang doktor lelaki dan beberapa orang jururawat keluar dari wad yang menempatkan Hareq.Aku yang masih mendukung Harraz mula menapak laju ke arah doktor tadi.

"macam mana dengan suami saya, doktor ? dia selamat kan ? takde apa-apa yang serius kan ?"soalku bertubi-tubi.Air mata mula jatuh berlinangan.Rasa payah nak bukak mata pun ada.Manakan tidak.. dari tadi aku asyik menangis tatkala melihat tubuh Hareq yang terbaring kaku semasa dalam perjalanan ke hospital.

"alhamdullilah.. suami puan selamat.. cuma tikaman pada perut agak dalam.Jadi,saya nasihatkan bila dia dah sedar, jangan bagi dia terlalu banyak bergerak.Jahitan pun masih baru.."pesan doktor lelaki itu.

"alhamdullilah..syukur ya Allah.. baik, terima kasih doktor.."ucapku sambil tersenyum.Kepala ditundukkan sedikit tanda berterima kasih.

"iye.. sama-sama.."balas doktor tadi lalu beredar dari situ.

Tanpa membuang masa, aku mula menapak ke arah wad Hareq.Tombol pintu dipulas perlahan.

Langkah kakiku diatur ke arah Hareq yang masih lagi tidak sedarkan diri.Aku tarik sedikit kerusi lalu duduk.

Wajah pucat suamiku, aku tatap manakala tangan kananku mengusap lembut rambutnya."Abang..cepatlah sedar.. Dahlia ada kat sini..Dahlia nak tengok Abang bukak mata semula.."ujarku.

Jari-jemari Hareq mula bergerak perlahan.

"Abang ? Abang dah sedar ?"soalku sambil tersenyum.Tanganku mula beralih ke tangan kasar Hareq.

Hareq membuka matanya perlahan-lahan.Dia memandang ke bahagian kirinya.Bibirnya yang masih lagi pucat mula terukir sebuah senyuman.

"Sayang.."panggil Hareq.

"ye Abang..Abang nak apa-apa ke ?"soalku.

Hareq geleng perlahan sambil tersenyum."taknak..Abang cuma nak Sayang dengan Harraz je.."

"eee..mengada !"ujarku lalu mencubit lengan sasa Hareq.

"adoi ! sakitlah, Sayang..Abang dahla sakit ni.. bertambah sakit tau bila Sayang cubit..dahla bisa macam kena sengat lebah.."dalam sakit pun sempat lagi mulut dia mengata.

"mulut Abang tu lagi bisa tau..menusuk terus dalam hati Dahlia..huh !"ujarku sambil membuat muka.

Hareq mula ketawa terbahak-bahak."ahh..ahh..adoi.. sakit perut..ahh..sss.."Hareq mula memegang perutnya yang berbalut.

"haa..tulah..gelak tak ingat dunia..Padan muka !"ujarku.

"how dare you, cakap padan muka kat I..You ni, tak sayang I eh ? I pengsan lagi kang.."ugut Hareq.

"Abang jangan mengada nak pengsan lagi eaa..nampak ni, mata Dahlia dah bengkak..menangis sebab Abanglah punya pasal !"ujarku sambil menunjuk mataku yang sembab dengan jari telunjuk.

Hareq dah tersengih."Sayang rupanya kat I.."

"mestilah Sayang..kalau tak sayang, dah lama dah Dahlia tinggalkan Abang tau..kan, Harraz ?"ujarku sambil memandang wajah Harraz.

Hareq tersenyum."Sayang ayah.. meh sini..Ayah nak peluk, cium.. rindu.."beritahu Hareq.

Perlahan-lahan aku letakkan Harraz tepi Hareq.Dengan pantas, Hareq mencium dahi Harraz sambil memeluknya.Ahhh ! rindu...

Aku hanya mampu tersenyum melihat Hareq yang tersenyum bahagia.Akhirnya, hilang semua rasa gerun untuk aku bahagia dengan keluarga baru aku pabila semuanya sudah berakhir.

*****
Dengan tiba-tiba loceng rumah Datuk Jauhari berbunyi.Dia yang sedang duduk bersantai di ruang tamu sambil membaca surat khabar hanya melaung memanggil sang isteri.

"Faridah ! tolong tengok siapa kat luar tu.. malam-malam pun kacau orang nak berehat.."bebel Datuk Jauhari.Matanya masih membaca artikel pada surat khabar.

"iye.. kejap bang.."ujar Datin Faridah.Dia yang sedang berada di dapur, mula berlari anak ke pintu utama.

Dibukanya pintu utama.Dalam keadaan yang samar-samar malam, ternampak cahaya kereta yang berwarna biru.Di depan pagarnya yang masih bertutup pula, terdapat dua orang lelaki yang berdiri dengan mengenakan uniform polis.

Datin Faridah menekan punat butang pada remote control pagarnya.Tatkala pintu pagar terbuka luas, dua orang pegawai polis tadi mula menapak ke arah Datin Faridah.

"Assalamualaikum Datin..maaflah kalau kami mengganggu Datin malam-malam macam ni.."pinta salah seorang anggota polis yang bertag nama Adib.

"Wa.. Waalaikumusalam..eh, tak apa.. tapi ada hajat apa ye tuan berdua ni datang ke sini ?"soal Datin Faridah.

Dua orang anggota polis tadi memandang muka masing-masing.

"Kami ingin memaklumkan pada Datin yang Datuk Jauhari terlibat dalam bersubahat menculik seorang wanita dan seorang bayi.."ujar anggota polis yang bernama Adib tadi.

"betul ke ni ? atau tuan berdua silap orang ? suami saya tak pernah terlibat dalam apa-apa jenayah.."tegah Datin Faridah.

"apa yang lama sangat kat luar tu ? siapa datang, Faridah ?"soal Datuk Jauhari lalu menapak ke muka pintu utama.

Alangkah terkejutnya dia tatkala di hadapannya terdapat dua orang lelaki yang segak mengenakan baju seragam polis.

"maafkan kami Datin, kami hanya menjalankan tugas sebagai polis.."ujar Adib.

Salah seorang lagi pegawai polis yang bertag nama Hisham pula sudah mengeluarkan gari dari dalam poket seluarnya lalu menapak ke arah Datuk Jauhari.Kedua-dua pergelangan tangan Datuk Jauhari digari.

"eh, apa kesalahan saya Tuan ? saya tak ada buat apa-apa salah.."bangkang Datuk Jauhari.

"Datuk ditahan atas dakwaan bersubahat dalam menculik seorang wanita dan bayi..untuk penafian atau pengakuan selanjutnya, Datuk boleh bercakap di balai nanti.."beritahu Adib.

"Abang ! betul ke apa yang polis bagitahu ?"soal Datin Faridah.

Datuk Jauhari hanya mampu terdiam.Kepalanya hanya memandang lantai garaj kereta.

"Apa Abang dah buat ni ? Abang tak fikir ke pasal Faridah dengan Irfan, hah ?"soal Datin Faridah sambil memukul bahu suaminya.Air mata mula jatuh berjurai.

*****

Harina duduk sambil memeluk lutut di hujung sudut sel penjara.Badannya bergerak kedepan dan kebelakang banyak kali.

"hoi, budak baru ! kau apesal masuk penjara hah ?!"soal salah seorang wanita yang turut sama berada di dalam penjara yang dengannya.Disebelah wanita itu, ada lagi seorang wanita yang berumur lingkungan 30-an.

Harina mengangkat muka lalu memandang ke arah si penegur tetapi tiada satu pun ayat yang keluar dari mulutnya.Dia kemudian menyambung semula kedudukannya yang tadi.

Kesal dengan tindakan Harina, laju saja kaki wanita tadi berjalan ke arah Harina.Dia berdiri betul-betul depan Harina.

"Tskk ! berlagak betul eh, kau ? dahla baru masuk sini..nak tunjuk berlagak ! ke kau pekak ? Tak dengar aku tanya kau ?"soal wanita tadi.Tangannya mula bercekak pinggang.

"eh, tadi kan dia pandang kau time kau panggil dia.. takkanlah dia pekak ?"bisik wanita yang lagi sorang.

"ouh, ye tak ye jugak..hoi ! kau ni asal masuk sini ?"soal wanita tadi buat kali kedua.Kakinya menolak-nolak kaki Harina yang masih berpeluk lutut.

Buat kali kedua juga, pertanyaannya dihiraukan.Tak semena-menanya, wanita tadi duduk mencangkung lalu menarik kasar kolar baju bahagian belakang leher milik Harina.Tersembul muka Harina yang tanpa perasaan.

"kau ni bisu eh ? aku tanya..."belum sempat wanita tadi menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba sahaja Harina menayang senyuman sinis.

"Dahlia.."terdengar suara berbisik dari mulut Harina.

Terkaku juga wanita tadi tatkala melihat bibir Harina tadi tersenyum sinis.

Selang beberapa saat, terus sahaja Harina mencekik leher wanita tadi sehingga jatuh terbaring.

"mati kau Dahlia ! mati !"teriak Harina sambil diiringi gelak ketawa.

Wanita yang dicekiknya memukul tangan Harina yang menekan lehernya.

Seorang lagi wanita yang merupakan kawan kepada wanita tadi terkejut lalu menolak badan Harina yang sudah berada di atas rakannya tadi."hoi, kau ni gila ke ?!"teriaknya.

Harina pandang wanita yang menjerit ke arahnya."aku gila ? Tak..aku tak gila.."ujar Harina dengan muka tak bersalah sambil mengelengkan kepala.Kemudian tiba-tiba sahaja Harina ketawa kuat.

"kau nak tengok tak orang tak gila buat apa ? nak tengok ?"soal Harina dengan senyuman di bibir.

Wanita yang teriak tadi mula menelan air liur.Budak ni psiko ke apa ?

Terus sahaja tangannya yang mencekik tadi dilepaskan lalu sasaran keduanya ialah..

"arghhh !"jerit wanita tadi tatkala tangan Harina mula mencekik lehernya pula.

Harina makin galak ketawa.

Wanita yang mula-mula tadi dicekik, terbatuk dek kuatnya cekikan dari Harina tadi.

"korang nak sangat ganggu aku kan ? biar aku matikan terus hidup kau !!!"jerit Harina.

Dua orang pegawai polis wanita yang kebetulan lalu di situ, cepat-cepat membuka pintu penjara tatkala terlihat banduan yang sedang bergelut.

"apa yang kamu buat ni ?!"soal salah seorang pegawai wanita yang sudah berjaya masuk ke dalam sel penjara tadi.Dia dan seorang lagi pegawai polis mula menarik tangan Harina yang sedang mencekik banduan wanita tadi lalu digarikan.

Wanita yang baru sahaja dicekik tadi, mula memegang lehernya yang terasa perit."pompuan gila !"jerit banduan wanita kedua yang menjadi mangsa cekik Harina tadi.

Harina yang masih digari hanya ketawa melihat mangsanya yang hampir mati dicekik.

Harina kemudian dibawa keluar dari sel penjara tadi untuk diletakkan di sel penjara yang lain.

*****

"Angah ?!"panggil Datin Aisya tatkala masuk ke dalam wad Hareq.Laju kaki diatur ke arah anak bongsunya.

"Pak Ngahhh !"jerit Aira lalu berlari laju ke arah Hareq.

Danish, Tasha, Datuk Fared, Syed Imran dan Sharifah Azzahra juga turut sama melangkah masuk ke wad Hareq.

Hareq hanya tersenyum melihat anak buah kesayangannya."come here, sweetheart.."panggil Hareq sambil mendepakan tangan.

Terus sahaja Aira masuk ke dalam pelukan Pak Ngahnya.

"ahh !" Hareq tersentak tatkala perutnya berlaga dengan Aira.Boleh pulak lupa yang perut yang tertusuk masih belum sembuh sepenuhnya.

Cepat sahaja Aira melepaskan pelukan pabila dengar suara Pak Ngahnya yang tengah menahan sakit.

"hah ? enapa Pak Ngah ? Pak Ngah akit ? akit kat ane ?"soal Aira bertubi-tubi.

Hareq tersengih."perut Pak Ngah sakit..Doktor Aira taknak tolong ubatkan ke ?"soal Hareq.Bibirnya dijuihkan.Acah-acah muka kesian.

Aira dah tersenyum."Aira ane andai agi nak ubatkan Pak Ngah.. Aira kan ecik agi.."jawab Aira.

Hareq dah tersengih."Pak Ngah gurau ajelah, sweetheart.."ujar Hareq sambil mengusap lembut rambut Aira.

"Alhamdullilah..semuanya dah selesai bang.. Harina dengan Datuk Jauhari dah kena tangkap dengan polis.."beritahu Danish.

"Datuk Jauhari ? apa kena mengena Datuk Jauhari dengan Harina ?"soal Hareq pelik.

Bukan Hareq sorang je yang pelik..Aku ni pun sama.. Yelah, rasanya.. Harina aje yang terlibat dalam kes culik aku.. dah tak ada orang lain dah..

"haah..apa kena mengena Datuk Jauhari dengan apa yang Harina buat ?"soalku.

"Datuk Jauhari pun terlibat sama dalam kes penculikan akak dengan Harraz.Dua orang lelaki yang culik akak tu anak buah Datuk Jauhari..Harina ada jumpa Datuk Jauhari untuk mintak tolong upahkan anak buah Datuk Jauhari untuk culik akak.tu apa yang polis bagitau Danish lepas buat soal siasat.."terang Danish.

Aku terdiam.

"so, sekarang ni.. akak dengan Abang Hareq dah tak payah risau dah.. semuanya dah settle.."tambah Danish.

Aku dengan Hareq saling berpandangan.Dia tersenyum manis sambil memegang erat tanganku.

Aku balas senyumannya.

"Dahlia.."panggil Zahra lalu menapak ke arahku.

Aku mengalihkan pandangan ke arah kakak iparku.Panggilannya tadi aku tak menyahut.Yelah, mana pernah dia nak panggil aku dengan nada lembut macam tu.

Sesudah sampai di hadapanku, dengan penuh kelembutan, tangan aku dipegang dan digenggam erat.

Mata Zahra mula berkaca."Maafkan akak, Dahlia..Maafkan semua yang akak pernah cakap pada Dahlia..Akak menyesal ..menyesal sebab tak pernah nampak keikhlasan pada Dahlia..Dahlia tak pernah pun buat salah..hanya akak aje yang buta untuk menilai mana satu kaca dan mana satu permata..Akak betul-betul mintak maaf..akak banyak buat salah dengan Dahlia..Akak mintak maaf.."pinta Zahra bersama linangan air mata.

"akak..semua benda tu dah berlalu..lagipun semua orang pernah buat silap.."ujarku.

"tapi akak selalu aje maki dan fitnah Dahlia.."sambung Zahra sambil memandang wajahku.

"Tak apa kak ..lagipun Dahlia tak pernah terfikir pun untuk simpan dalam hati nak berdendam dengan akak..Dahlia tahu, akak cuma nak isteri yang terbaik untuk adik kakak.."ujarku.

"akak mintak maaf,Dahlia.."pinta Zahra lagi.

Aku tersenyum sambil mengangguk.Terus sahaja badanku dipeluk erat.

"terima kasih..terima kasih Dahlia sebab sudi maafkan akak.."ujar Harina.

"iye kak..sama-sama.."balasku sambil membalas pelukan kakak iparku, Zahra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience