37

Romance Completed 77939

Aku masih lagi duduk temenung sambil kunyah roti sardin yang aku buat pagi tadi.

Kenapa aku yang kena hadap semua ni eaa ? berkahwin dengan boss sendiri ? tanpa ada CINTA langsung.. Aku tekankan skit perkataan CINTA tu.. sebab memang betul pun.. Mr. Bossku tiber je nak ajak aku kahwin..tak ke giler dia tu ? but, aku ni lagi giler tahu tak ? yelah, aku pun ikut je cakap Mr. Bossku tu...

Haihla..apa nasib aku daaa ?

"haih, temenung kat laut tu dah kenapa ?"soal Hareq.Dia ni kan suka datang menerpa tiba-tiba.

Padahal tadi dia kata nak pergi tandas ? kejap betul ?

Aku pulak buat derk je bila kena tegur.Ada nampak muka aku ni macam kesah ker ? takde kan ?

So, aku pun ambik lagi sekeping roti sardin dan bawak masuk dalam mulut.

Tak semena-menanya, Hareq pegang tangan aku dan halakan roti sardin yang aku pegang ke arah mulutnya.Dan NGAPPP !

Hareq kunyah roti sardin yang dimakannya dan tayang sengih macam kerang busuk dia tu..Erhhh !

"boss.."rengekku.

"not boss..it's Hareq, Sayang.. ke You nak panggil I Abang ? ataupun Hubby ? ataupun Biey ?"soal Hareq sambil buat muka tengah berfikir.

Erhhh ! tolonglah ! aku nak panggil dia dengan panggilan semua tu ? memang tolak tepi terus bro !

Aku just bagi jelingan.

"haa ! jelinglah..nanti I ambik ranting kayu tu lepastu cucuk kat mata You.."ugut Hareq.

Eleh, nak main ugut-ugut pulak ? dah apesal ? so gediksss !

"macamlah berani.."

"apa ? You ingat I tak berani ?"

"tskkk ! berlagak !"ujarku sambil tersenyum.Mr. Bossku tetap boss aku yang dulu..Perangai mengenat aku tu tak sah kalu takde..Base betullah !

Aku temenung lagi..Haihla..sorry gais !!! Dahlia ni memang suka temenung.. samalah macam author sendiri.. Haha.. Aduyai..Mianhae..

BRAHHHH !!!

Terkejut aku bila tiba-tiba je muka aku kena simbah dengan air bandung cincau.. Nasib aku tak bukak mulut time tu.. kalu tak, kompem cincau tu dah masuk mulut aku..

Hareq apa lagi ? terus chaw dari situ..Siapa punya boss ni ? aku taknak boss macam ni..Buat aku tiap-tiap hari sakit jiwa..Nasib je aku bukan tahap tu..

"boss !!!!!!"jeritku sekuat hati.Aku terus bukak langkah seribu.Yelah, kompemlah aku nak kejar pakcik tu..

Main sedap aje simbah air kat muka aku..ingat muka aku ni longkang ke ?

Jaga Mr. Bossku ehh ? kalu aku dapat, nak je aku selam dia dalam air tu..biar mati lemas.. Wuishhh ! jahat benor bunyinya..

Takdoklah..Aku ni borok je lebih..padahal dok buak pung !

Borok tu tahu dok gapo dio ? Borok tu macam boraklah..maksudnya cakap je lebih..tapi tak buat pun.. haa..gituww..translate dari yang atas tu haa..

Haihla.. bila duk pantai timor ni memang cara cakap campur2..lagi-lagi kalu duk kat pahang..nasib koi(saya) tak royak(cakap) base pekan.. haha.. leadoit(bahasa yang pekat) sat gi..

Author pun dah campur-campur dah bahasa..kesah pulak kan ? haha.mohon bersabar..

Woiii ! sambung balik citer !!!!

Marah pulak reader jap lagi..hehe..

Maka dengan ini..terjadilah al-kisah aku dengan Mr. Bossku main kejar-kejar macam budak kecik..Adeh..apa nak jadi daa ?

Hareq pulak dah tergelak sakan bila dapat kenakan aku..

Wokey, lepas beberapa minit gituw, aku berhenti jap..Lelah kut nak kejar pakcik lonjong tu berlari..Mahunya patah kaki aku ni..

Eleh, acah je lebih..bukan patah pun, just lenguh jer..Tu pun nak mengediksss ! haha..

Aku pegang pinggang.Aku nampak Mr. Bossku tu berhenti nun di jauh sana dengan jelirkan lidah.Erhhh ! jaga dia kejap lagi..

"hahahaha.. tulah..temeung lagi, kan I dah bagi air hujan free kat You..siap berwarna lagi..haha.."aku dengar jelas Hareq gelakkan aku..

Aku nak charge power jap..Dan bila dah fully charged, aku terus berlari pecut ke arah Hareq dan langgar dia.

FIUNGGGG !!!

Dah macam THE FLASH aku lari..Haa, baru tau aku ni ada kelebihan gak dalam larian ni..ingat aku ni apa ? kura-kura ? haippp ! kesian tau kura-kura pulak jadi mangsa kutukan aku..dah Allah cipta dia jalan slow nak buat guana ork? sian dia jadi mangsa..Ishh ishh ishh..tak patut..tak patut..

Badan Hareq yang terbongkok sebab gelak sakan sangat kat aku tu aku langgar.Dan BEDEBUK !!!! Dua biji buah nangka busuk jatuh atas pasir pantai.

Ehh ! correction please ! sebiji je buah nangka busuk dan lagi satu tu wangi wokey ? iaitu aku..Aceceh ! so gediklah aku ni..haha..

Terjelopok dia jatuh.Sekali dengan aku jatuh sekali.Haihla..

"padan muka ! haha.."ujarku sambil memandang wajah tegang Hareq.Marah ke tuww ? anda ingat saya ada masa untuk kesah ?

"haa, gelaklah gelak !"marah Hareq.

"tskkk ! marah ? tadi bukan kemain lagi awak tu gelakkan saya..takpe pulak ? ni, saya gelak awak nak marah ?"

Hareq tarik muka.Marah ni marah..Koya je lebih..So gediksss !

"urghh ! dahla..malas nak layan angin tak betul awak tu.."ujarku lalu bangun dari duduk berlunjur atas pasir pantai tadi.

Aku mula bukak langkah menuju ke arah tempat duduk aku tadi.

TING !

Cepat je idea bernas masuk dalam sel-sel otak Hareq.Haih, dia ni masa kecik taip-tiap hari minum susu Ammum ke ? tu yang otak tu lincah semacam je..

Korang rasa dia buat apa ? Cer teka ?

Hmm..

Badan aku yang tadi tengah berjalan ke arah tempat duduk asal, tiba-tiba melayang ke arah gigi pantai.

Ko rasa ? Haih ! habis basah baju dengan seluar aku kena air pantai..Haihla Mr. Bossku ni..

"awakkkkk !!!!"jeritku bila tengok Hareq yang dah terkekek gelak ketawa bila tengok aku yang dah basah berjeruk..

"Opss ! Sorry..I tersengaja tolak You masuk air.."ujar Hareq dengan muka takde perasaan.

Otak dia ?!!! TERSENGAJA dia kata ? Base betullah ! Aku liku pale dia sat gi kang ! Tak pasal-pasal kepala tu dokleh nok pusing..Sakit tul hati kita ni..

"habis basah baju saya ni !!!"marahku.

"I tak tahu..bai bai !"ujar Hareq lalu melambaikan tangannya.Ala-ala nak pergi balik.

Eeeeeeeeee !!!!! aku rasa nak ke tonyoh muka dia tu dengan pasir basah ni..Siyes aku geram giler dengan perangai dia ni..

Automatik kaki dengan tangan aku hentak-hentak air.Habis terpercik sudah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience