83

Romance Completed 77939

Aku mula berdiri di ruang balkoni rumah.Mataku menatap langit biru gelap yang juga terdapat bintang yang bercahaya.Cantik..

"Ya Allah, terima kasih..terima kasih sebab dah satukan kami bertiga.. dan tak lupa juga, kak Zahra.. dia pun dah tak macam dulu..Aku sekarang dah bahagia..Terima kasih Ya, Allah..Aku bersyukur sangat-sangat.."monolog aku, sendirian.Air mata mula jatuh berlinangan.Bibirku pula tersenyum dalam kesedihan.

"Sayang ?!"jerkah Hareq yang tiba-tiba sahaja muncul di tepiku.Dia yang tersengih tadi tiba-tiba sahaja bertukar pelik tatkala ternampak air mata diwajahku.

"Sayang ? kenapa ni ? why are you crying ?"soal Hareq sambil mengelap lembut air mata yang berada di bawah mata dengan ke dua-dua tangannya yang menyentuh pipiku.

Aku memandang wajah suamiku.Aku diam.

"You ni.. diam pulak.. Kenapa, sayang ? wanna to share with me ?"soal Hareq.Tangannya pula beralih tempat ke kepalaku lalu diusap lembut.Keningnya terangkat.

"Dahlia bahagia.."jawabku sambil mengukirkan sebuah senyuman.

"tu je ? dah tu, asal menangis ?"soal Hareq dengan dahi yang berkerut.Dia bercekak pinggang.Pelik.

Aku angguk banyak kali."hurm..tu je..Dahlia terlalu bahagia sampai air mata jatuh.."balasku.

"aik ? bahagia bukannya patut senyum ke ? asal nak nangis ? I punyalah ingatkan You ada apa-apa masalah..rupanya sebab bahagia..pelik betul You ni.."luah Hareq.

Aku tergelak.

WEKK !!! WEKK !!! WEKK !!!

Aku baru sahaja nak melangkah masuk ke bilik untuk ambik Harraz, cepat sahaja Hareq halang.

"it's okey..biar I ambik Harraz .."ujar Hareq lalu berlari anak mendapatkan Harraz yang menangis.

Dia mengangkat Harraz lalu didukung dengan penuh kelembutan.Ditepuk-tepuk punggung Harraz bagi menyambung balik tidurnya."la illah illallah..la illah illallah..la illah illallah.."Hareq mula mendodoikan Harraz.

Mata Harraz yang tengah celik tadi mula perlahan-lahan menutup kembali kelopak matanya.Lama-kelamaan, Harraz mula tertidur.

Aku mengaturkan langkah ke arah Hareq.Bibirku terukir sebuah senyuman tatkala tengok Harraz yang sudah terbuai mimpi indah.

"Harraz comel macam Sayang.."ujar Hareq sambil memandang wajahku yang berdiri di sebelahnya.

"I know it..Dahlia memang comel.. "balasku, bangga dan riaknya.

"ooo..pandai dah eh berlagak.."ujar Hareq sambil memegang dan digoyangkan perlahan hidungku.

"eee.. Abang ni.."marahku lalu menolak jari Hareq yang mengoyangkan hidungku.Suka hati aje nak main hidung orang.Saman nanti kang !

Hareq dah tersengih macam kerang busuk.Terserlah terus gigi putih yang bersusun kemas milik Hareq dipamerkan.Sekali tengok pun dah boleh jatuh hati..Ehek !

Jari Hareq sudah dialihkan dari hidung sang isteri.

"Sayang..tolong ambikkan Harraz..lenguhlah pegang..berat dia macam Sayang time mengandung.. "kutuk Hareq.

Aku buat muka menyampah."Eleh.. nak kutuk orang..tapi time Dahlia mengandung jugaklah Abang selalu je nak peluk Dahlia.. sampai naik rimas tau tak ?"balasku.Lawan mulut dengan pompuan ni.. hurm, faham-faham ajelah ye..

Hareq tersengih lagi.

Aku mula mengambil Harraz yang berada di dukungan Hareq.

Tak semena-menanya, aku terasa sesuatu yang lembut di dahiku.Syahdu..Ya, setiap kucupan di dahi yang Hareq berikan betul-betul buat aku nyaman dan selesa.Aku tersenyum.

"muahh ! sweet tak Sayang ?"soal Hareq tatkala kucupan tadi dileraikan.

Harraz yang sedang tidur lena telah selamat aku dukungkan.Aku tersenyum bahagia sambil memandang wajah Hareq akak Mr. Bossku.

"senyum tu tandanya sweetlah kan ? kan ?"soal Hareq sambil mengangkat banyak kali kedua-dua keningnya.

CUPPP !

Aku balas kucupannya tadi tapi bukan kat dahilah..Tinggi kut Mr. Bossku tu.. So, aku bagi kiss kat pipi jelah.

Aku tayang senyum malu-malu."I love you.."

Hareq dah tersengih.Dia pegang dada kirinya dengan kedua-dua belah tapak tangan."Sayang.. jantung I.. dup dap.. dup dap.. dup dap.."ujar Hareq dengan mimik muka terkejut.

"gediklah Abang ni.."ujarku.

Pecah ketawa Hareq dibuatnya.

"Sayang.. kasihku abadi..cintamu mekar di hati ini..kau dalam ingatan.. di sepanjang hayatmu..demi teguhnya cinta.. selama-lamanya...kau umpama bunga yang mekar dihatiku..kuharap kau mekarlah selama-lamanya..kau umpama bintang dihatiku.. ku harap kau terus bersinar selama-lamanyq.."Hareq mula mendedangkan sebuah lagu dari kumpulan MAY.

Aku tahan dari ketawa.Suara Mr. Bossku tu.. hurm.. Tak sedap !!!

Hareq mula tercungap.. yelah, nak nyanyi lagi rock jiwang tapi suara tu kena.. Alahai..bukan menenangkan orang tapi buat orang gelak sakan ada lah..

Tahan demi tahan..last-last terhambur jugak ketawa kecil dari mulutku.

Hareq menjeling sambil memuncungkan bibirnya.Matanya juga dikecilkan memandang wajahku yang gelak sakan.

"I tahu suara I sedap dari vokalis May tu.. takyah nak gelak sangatlah.."ujar Hareq dengan muka takde perasaan dia tu haa.

"hahahahahha...perasan..suara katak time hujan pun lagi sedap dengar dari Abang.."kutukku sambil menyambung ketawa.

"owhh...main kasar nampak ? meh sini balasan.."ujar Hareq lalu mengeletek pinggangku.

"Abang ?! gelilah !!! ahh !! ahh !!"aku dah terjerit tatkala Hareq sibuk mengeletek pinggangku.

"padan muka ! kutuk I lagi.."ujar Hareq sesudah puas geletek aku.

Aku pulak dah sampai mengalir air mata tahan geli..Dahla dengan Harraz yang ada dalam dukungan aku lagi..Macam manalah aku nak mengelak dari kena geletek dari Mr. Bossku tu.

Tanpa sebarang kata, Hareq terus memelukku dari belakang.Tangannya memeluk pinggang rampingku manakala dagunya sudah berlabuh dibahuku."I love you more, Nur Ainul Dahlia.."luah Hareq dengan suara yang paling lembut.

Aku dah tersenyum bahagia.

*****

"eh, You nak pergi mana ni, Sayang ? jarang je You pakai baju kurung ?"soal Hareq yang baru selesai mandi.Tuala kecil digosokkan pada rambutnya yang masih basah.

"Abang ni lupa lah tu.. Hari ni kan Ika dengan Amir kahwin.."jawabku sambil menyarungkan baju pada tubuh kecil Harraz.Diikuti dengan seluar dan memakaikan sedikit bedak pada wajah Harraz.

"ouh..Hari ni ekk ?"soal Hareq lagi.Dia kemudian melabuhkan punggung diatas tilam di sebelahku.

"iye..dah, pergi siap tu.."ujarku.Tanganku sibuk mengemaskan lagi baju yang tersarung di tubuh Harraz.

"I nak You pakaikan I baju..macam You buat kat anak kita tu.."suruh Hareq sambil memuncungkan bibir ke arah Harraz.

Aku pandang Hareq lalu cepat aje aku cubit lengan Hareq yang tak berbaju."Tak payah mengada..Abang dah besar.. boleh je pakai baju sendiri.."

"adeh ! Sayang ni.. orang nak sweet pun tak boleh.."ujar Hareq seakan merajuk lalu mengalihkan pandangan dari aku.

Haihla..dah tua bangka pun nak merajuk..Mengada !

"mehla sini..tapi rambut je Dahlia keringkan..Baju Melayu tu pakai sendiri.. Dahlia dah siap gosokkan dah tadi.."ujarku.

Laju je si Hareq tu palingkan muka ke arahku pakej sekali senyuman di bibirnya."rambut pun bolehla..hehehe.."

Selesai sahaja menyiapkan pakaian di tubuh Harraz, aku meletakkan Harraz di atas katil pada bahagian tengah dan bantal diletakkan di kiri dan kanan Harraz.

Kemudian, aku capai tuala kecil Hareq lalu digosokkan pada rambut Hareq yang masih basah tadi.Hareq hanya tersenyum sambil menutup mata.

"dah besar pun nak suruh orang buatkan jugak..bukannya tak boleh buat sendiri..mengada !"bebelku tapi tangan masih ligat mengeringkan rambut sang suami.

Hareq bukak mata lalu memandang tepat ke arah wajah sang isteri.Terus sahaja bibir yang membebel tadi dikucup lembut.

Tanganku yang ligat tadi terus terhenti dari bergerak.Membesar terus mataku memandang Hareq yang dah tersenyum pabila bibir dijauhkan.

"itulah.. membebel je kan kerjanya..bagi kiss baru pandai nak diam.."ujar Hareq lalu ketawa.

Aku hanya menjeling tajam wajah Hareq yang seronok ketawa.

*****

"SELAMAT PENGANTIN BARU.. SEMOGA KEKAL ABADI..BAHGIA KE ANAK CUCU..SENTOSA MURAH REZEKI.. ALHAMDULILLAH..BERTEMU JODOHNYA..BERKAT KESUCIAN.. AKHIR TERLAKSANA.."

Kuat bergema lagu Selamat Pengantin Baru dari corong speaker di majlis perkahwinan Ika dan Amir.

"Dahlia !!!"panggil Ika yang tadi sibuk berbual dengan suaminya, Amir.Dilambaikan tangan kearahku.

Aku tersenyum lalu menapak ke arah Ika dan Amir.

Terus sahaja Ika memelukku.Aku juga membalas pelukkannya.

"congrats Ika..Amir.."ujar Hareq sambil menghulurkan tangan kepada Amir.Amir sambut.

"thank you boss.."balas Amir sambil tersenyum.

Hareq tersenyum sambil mengangguk."Hadiah nak letak mana, Mir ?"soal Hareq.

"Kat dalam..jomlah dulu masuk, boss..biar diaorang berdua tu bersembang dulu.."ujar Amir.

"hurm..okey..."balas Hareq lalu mengikuti langkah Hareq masuk ke dalam rumah.

"hai Harraz ?! kenapa comel sangat ni ?!!!"ujar Ika sambil mencubit perlahan pipi Harraz.

"haa..kau..nanti turn kau pulak dapat baby.. weyh, Jannah mana ? aku tak nampak pun.."soalku.

"entah dia.. tadi dia kata on the way.."jawab Ika.

"korang ?!!"jerit Jannah lalu berlari anak ke arah kitaorang berdua.

"eh kau ni..asal lambat ?"soal Ika.

Jannah tersengih."sorrylah beb..tayar kereta pancit pulak tadi.."

"kau sorang ke apa ni ? Omar mana ?"soalku.

"tu,ada je..dia ambik hadiah dalam kereta.."jawab Jannah.

"kau ni bila nak kahwin ? orang yang bercinta senyap-senyap pulak yang dah kahwin dulu ni apa citer ? kau ?"soalku.

Jannah hanya tayang giginya yang tersusun rapi.

"hai korang.."sapa Omar.Sebaris senyuman dilemparkan kepada kami bertiga.

"nak letak mana ye hadiah ni ?"soal Omar.Lembut aje budi bicaranya.

"Kat dalam rumah.. masuk jelah..lagipun, Amir pun ada kat dalam..korang borak-boraklah dulu.."suruh Ika.

"hehe..okey..Biey, I masuk dulu ekk ?"pinta Omar.

Jannah hanya mengangguk.Seketika kemudian, kelibat Omar sudah selamat masuk ke dalam rumah.

"weyh ! comelnya anak kau..nak pegang jap.."pinta Jannah.

Harraz mula berpindah tangan ke Jannah."Weyh ! aku nak pinjam.. comellah dia.."ujar Jannah.Pipi Harraz dikucup banyak kali.

"ahhh ! suka hati kau je.. cannot ! cannot !"tegahku.

"kedekut !"ujar Jannah.

"eh..mestilah..anak aku tu.."balasku.

Ika hanya geleng kepala..Alahai..hal kecik pun boleh bawak bergaduh.

"nanti, Kita tangkap gambar sesama weyh !"pinta Ika.

"of course lah.."jawabku.

"okey, jap..aku panggil Amir.."ujar Ika lalu melangkah pergi.

"jangan lupa panggil pakwe aku dengan boss sekali.."suruh Jannah tatkala Ika sudah berlalu pergi.

Ika berpaling belakang sambil menunjukkan jari OK ! Kemudian meneruskan langkahnya ke dalam rumah.

*****

SEMASA ACARA MEMOTONG KEK PENGANTIN..

Ika mencapai pisau plastik lalu ditujukan pada keknya yang bertingkat dua.

"hoi ! pegang sama-samalah pisau tu..takkan Ika je sorang pegang..Aduhai..dah halal kut !"jerit Jannah.

Amir dengan Ika saling berpandangan.Kedua-duanya masih malu-malu kucing.

Tatkala tangan Amir sudah memegang sama pisau yang dipegang Ika, semua para hadirin mula bersiul dan menjerit.

"Wooo..."

"pewitttt !!!"

Ika dengan Amir hanya tersenyum malu lalu memulakam sesi memotong kek bersama.

KLIKKK !!!

KLIKKK !!!

Beberapa gambar ditangkap.Tak lupa jugak gambar pengantin yang bersuap kek ke mulut masing-masing.

"You, bila turn kita pulak ?"soal Jannah.Nampak sweet giler siottt !!!

"soon.."jawab Omar sambil menayang sengihan kerang busuk pada wajah aweknya.

"Okey..sedia gais ! kita tangkap gambar ramai-ramai pulak ye semua ?"soal cameraman.

Aku, Hareq, Harraz, Ika, Amir, Jannah dan Omar mula mengambil tempat masing-masing diatas pelamin.

Pasangan pengantin mestilah duduk tengah kerusi pelamin.Aku duduk sebelah Ika manakala Hareq duduk sebelah Amir.Jannah dan Omar pulak duduk di tangga bawah kerusi pelamin.

"okey, satu , dua , tiga !"beritahu cameraman sambil mengira nombor dengan jari.

KLIKKK !!!

KLIKKK !!!

KLIKKK !!!

Bermacam-macam gambar cameraman tangkap.Sekeping dua aje gambar yang nampak formal..yang lain hampeh !

Ada yang yang gaya beku..Ada yang gaya gila-gila..Ada juga gaya yang acah cute..Yang pastinya, bermacam ragamlah jawabnya..

- TAMAT SUDAH -

The end ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience