81

Romance Completed 77939

"mana wife I ? anak I ? mana you sembunyikan diaorang ? I dah buat apa yang suruh.. please, Harina..please.. pulangkan semula wife dengan anak I.. I need them.."rayu Hareq tatkala bersemuka dengan Harina.

Baru sahaja si Botak ingin menerpa ke arah Hareq, Harina terus menahan.

"no need.."ujar Harina sambil memalingkan muka kepada Botak.Bibirnya terukir sebuah senyuman.Yang pasti, senyuman penuh makna yang tersirat.

Botak hanya akur.

Harina menapak ke arah Hareq.Dia berhenti apabila sudah berada betul-betul depan Hareq yang sudah menahan amarah.

Harina buat muka tak bersalah.Jarinya sengaja bermain-main pada dada Hareq yang ditutupi dengan baju t-shirt kelabu.Kemudian jarinya beralih pada wajah Hareq.

"I miss you Biey.."rengek Harina.

Terus sahaja tangan yang mengusap lembut pipi Hareq, ditolak kasar."tangan You tak layak nak sentuh I ! You ni dah gila tahu tak ?!"ujar Hareq.

Harina ketawa untuk beberapa seketika.Kemudian, tiba-tiba sahaja berhenti ketawa.

Matanya terus mencerlung tajam ke arah Hareq di hadapannya."yes I am ! memang I gila ! I gila dekat You !!!"jerit Harina.

"stop Harina.. I dah kahwin..and I also had a child.. berapa kali I nak cakap yang I just anggap You macam adik I sendiri.. Tak lebih dan tak kurang.."berbuih rasa mulut Hareq ulang benda yang sama tapi Harina buat endah tak endah umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"apa yang You nampak pada pompuan tu ? apa kurangnya I dari dia ? kita berdua kenal lagi lama berbanding You kenal pompuan tak guna tu !!!"teriak Harina.Air mata mula menitis satu per satu.

"cinta tak kenal masa Rin. Sejak dari mula-mula kita kenal kat sekolah lagi, I memang anggap You macam kawan ataupun adik I..please Rin..tolong terima takdir.. Kita hanya boleh berkawan..I rasa you will get a better person than me.."

"no !!! I taknak orang lain.. I cuma nak You..please Biey..I love you so much.."ujar Harina lalu mengelus lembut kedua-dua pipi Hareq.

Cepat-cepat Hareq tempis."please Harina..stop it.."

"stop it ? You tak rasa betapa sakitnya hati I tengok You dengan pompuan tak guna tu..bawak pompuan tak guna tu keluar !"teriak Harina.

Aku mula keluar dari bilik sambil mendukung Harraz.

"Sayang.."panggil Hareq.Matanya tertancap pada lengan kananku yang terluka dek torehan tadi.Yang hanya tinggal, darah kering pada lenganku.

Langkah kaki Hareq yang ingin berlari ke arahku ditahan dengan si Botak.

"lepaskan akulah ! kau ni pekak ke apa ?! aku kata lepas, lepaslah !!!"jerit Hareq sambil meronta.

BUKKK !

Satu penumbuk dihadiahkan pada pipi Hareq.Kemudian beralih ke perut dengan bertubi-tubi sehingga Hareq berlutut.Dia memegang perut yang terasa senak.

"Abang !!!"jeritku sambil menangis teresak-esak.

Baru saja aku ingin berlari mendapatkan Hareq, lenganku sudah dipegang kasar oleh si sado yang dari tadi berdiri di sebelahku.

Apalah sangat kudrat perempuan macam aku ni nak dibandingkan dengan si badan sado tu.

Harina tepuk tangan tiba-tiba sambil gelak."seperti yang dijangka .. drama air mata dah start..good job !"ujar Harina sesudah menepuk tangan.

Dia tersenyum sinis."macam mana rasa ? sakit tak ?"soal Harina sambil memandang ke arah Hareq.

Hareq angkat muka memandang Harina."How could you Rin..I tak sangka You.."belum sempat Hareq menghabiskan kata-kata, tiba-tiba saja si sado jatuh terkulai dek ditembak di bahagian kaki.Diikuti pula dengan si botak yang ditembak pada bahagian yang sama.

Kedua-dua penjahat tadi mengerang kesakitan.

Harina pandang Hareq.Giginya diketap."arghh ! shit !!! You memang tak sayang wife you kan ? now, you will see it !"ujar Harina lalu menapak ke arahku.

Dia menyeluk poket seluar jeans lalu keluarkan sebilah pisau lipat.Dihunuskan pisau di hadapan leherku.

Harraz yang tadi senyap, kini sudah mula menangis seolah-olah tahu nyawa ibunya menjadi taruhan.

"stop it Harina.. please.. I merayu dengan You.."Hareq mula bangun berdiri lalu menapak ke arahku.

"don't move ! lagi dekat korang datang, lagi cepat pompuan ni mati.."ugut Harina.Dia melangkah ke belakang perlahan-lahan.

Beberapa orang polis yang turut mengacukan pistol ke arah Harina.

Hareq berdiri kaku.Air mata mula jatuh berjujuran.

Tak lupa juga diriku yang bagai telur dihujung tanduk.Satu je silap, terus sahaja boleh rebah.

Aku dah mula menangis teresak-esak diikuti dengan Harraz yang turut sama menangis kuat.

"bisinglah !!! arghh !!!"teriak Harina.Mukanya usah dikata.. memang bengis !

"please Harina..let her go.. I'm begging you..please..don't do that.."rayu Hareq dengan muka yang sudah berair mata.

Harina senyum senget sambil memandang ke arah Hareq kemudian beralih kearahku."harini jugak kau akan mati.."ujar Harina perlahan namun telingaku dapat dengar dengan jelas.
Mataku dipejam rapat.

'Ya Allah, kalau betul ini takdirku..aku rela..Sesungguhnya hidup dan mati itu pasti..Aku..'belum sempat aku berdoa dalam hati, satu tembakan menerpa gegendang telingaku.

Aku cuba membuka mata dan ternyata..tangan kanan Harina ditembak oleh salah seorang polis.

Pisau tadi automatik jatuh ke lantai.Harina mula berundur dari berdiri di belakangku.Terpancul keluar darah dari tangannya. Dia mula menjerit kesakitan.

Aku pulak terus jatuh bersimpuh di lantai.Lemah.. sungguh aku lemah..Tanganku mula terketar-ketar.

Aku memeluk erat Harraz yang berada di pangkuanku sambil menangis sepuasnya.

Hareq terus menerpa ke arah isteri tercinta lalu memeluknya.Kemudian,dahiku dikucup lama.Tak lupa jugak Harraz yang berada di pangkuanku.Dia kucup dahi Harraz dengan penuh kasih sayang.

"I'm so sorry Sayang..Abang datang lambat.. Maafkan Abang.."ujar Hareq tatkala selesai mengucup dagi Harraz.Dia pegang kedua dua-dua bahuku sambil menatap wajahku.

Aku balas pandangannya.Dengan muka yang masih basah dengan air mata, aku geleng kepala laju."Abang tak salah..Abang datang tepat pada masa.. bukan salah Abang.."

Hareq terdiam.Dia hanya menatap wajahku sambil mengesat air mataku dengan jari kasarnya.

Tanpa berlengah, Harina yang masih dapat mengawal kesakitan pada tangan kanannya terus mencapai pisau di lantai menggunakan tangan kirinya lalu menusuk laju ke belakangku.

Namun Hareq sempat bangun lalu menghadang badannya dibelakangku.

"Arghh !"Pisau yang tertusuk pada perut Kiri Hareq.Kakinya mula lemah lalu jatuh berlutut sambil memegang perutnya yang berlumuran darah.

Harina yang tidak menjangka dia menusuk Hareq, terus menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya.Matanya membulat.Kepalannya pula digeleng laju seakan tak percaya apa yang berlaku di depan matanya.

Kaki Harina terundur ke belakang perlahan-lahan.Terus saja polis yang berada di situ mengambil kesempatan untuk menangkap lalu memegang kemas tangan Harina dan digari.

Polis yang berada di situ jugak tidak sempat menghalang perbuatan drastik Harina.

Aku memusingkan belakang dan tengok Hareq sudah berlumuran darah."Abang ?!!"jeritku lalu menerpa ke arah Hareq yang hampir rebah.

Cepat-cepat aku tahan dengan tangan kananku.Tangan kiri masih memegang erat Harraz."Abang...tsukk.. tsukk.. tsukk.."air mata mulai jatuh satu persatu.

Hareq cuba melemparkan senyuman dalam kesakitan."Sayang.. Walau apa pun yang terjadi.. hanya maut je yang boleh pisahkan kita.. don't worry okey ? I love you so much, Sayang.."ujar Hareq sebelum menutup mata.

"Abang ?!!! Abang ?!!!"teriakku tatkala Hareq sudah memejamkan mata.Aku pula sudah menangis teresak-esak.

gais.. part ni sedih sikitlah.. apa2 pun enjoy ye baca ? dah nak habis dah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience