75

Romance Completed 77939

'kau memang tak faham atau buat-buat tak faham ? aku dah warning kau awal-awal tapi kau ? just wait for the right time !'

Skrin phone aku ditenung lama.Untuk sekian lamanya, mesej ugutan itu kembali menerjah.

Lama.. Memang lama dah aku tak dapat mesej.. Tapi di usia kandunganku yang sudah mencapai 9 bulan, tiba-tiba sahaja mesej itu kembali.

Jantungku mula berombak kencang.

'apa.. apa yang aku kena buat sekarang ? aku taknak kehilangan Hareq .. dan aku.. aku takut kalu-kalu dia apa-apakan anak aku.. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku nanti..aku tak sanggup nak kehilangan dua orang yang aku cinta..'monologku, sendirian.

Butiran kaca halus jatuh membasahi pipi.Tangan kiriku mengusap lembut perut yang masih menghitung hari yang tepat untuk melahirkan cahaya mata sulung.

"Sayang.."sapa Hareq yang baru sahaja memasuki biliknya.

Terus aku matikan skrin phone.Takut-takut Hareq perasan.Wajahku yang penuh dengan air mata, dilap dengan telapak tangan.

Bahu aku dipeluk mesra.Hareq pandang wajah isterinya disebelah.

Basah !

Terus je Hareq leraikan pelukan dan berdiri di hadapanku.Dagu aku dinaikkan sedikit.

"hey.. why you're crying ? anything happens ?"soal Hareq.

Aku diamkan diri..Mata masih lagi memandang ke arah lain, bukan mata Hareq.

"Sayang.. look at me, please !"ujar Hareq.

Aku terus menangis dengan tiba-tiba lalu memeluk Hareq.Ye..aku nak peluk Hareq puas-puas !

Aku takut..aku takut nak kehilangan dia lagi buat kali kedua.. aku taknak.. please, aku taknak !

Pelukan aku kemaskan.Aku menangis sepuasnya.

Hareq hanya membiarkannya.Tangannya pula dah mengusap perlahan belakang badanku.Ubun-ubunku dikucup dengan kasih sayang.

"Sayang..You takut apa ? kenapa You menangis ?"soal Hareq yang masih tak puas hati.Yelah, orang dah tanya tapi tak jawab.Haihla..

Pelukan aku leraikan seraya air mata dilap kasar.

"Dahlia..Dahlia .."ujarku tersekat-sekat.

"yes ? You.. what ?"soal Hareq dengan kedua belah keningnya yang terangkat.

"Dahlia takut nak bersalin"tipuku.

Hentam ajelah labu ! asalkan Hareq tak was-was dengan aku.

Tersembur ketawa Hareq."hahahahaha.. Sayang, I punyalah ingat apa tadi.. rupanya..hahahahaha"Hareq masih sambung ketawanya.

Aku dah mula gigit bibir bawah.Dahlia mintak maaf, Abang.. Dahlia terpaksa tipu Abang..Maafkan Dahlia..

Ketawa Hareq mula kendur bila tengok muka aku yang masih lagi membeku.

"eleh Sayang.. time ehem tu pandai.."ngenat Hareq sambil kecilkan mata kearahku.

Perkataan ehem dikeraskan.

Bukan tak tahu, saje je nak kenakan aku..huh !!!

Aku pukul perlahan lengan sasa milik Hareq.Hareq tu apa je.. Hanya tersengih macam kerang busuk.

"Sayang..nak ehem malam ni boleh ? yelah .. nanti dah bersalin, 44 hari I kena tahan..Hurmm.."ujar Hareq dengan muka simpati.

Aku terus cubit lengannya. Yelah, kalu pukul, bukannya dia berasa pun..nak kena cubit, baru pandai mengaduh sakit.

"auchhh ! sakitlah Sayang.."ujar Hareq sambil mengosok-gosok bekas cubitan dari sang isteri.

"tulah ! gatal lagi ! Padan muka !"marahku.

Geram.. Tak habis-habis nak mengatal !

Hareq tayang sengih.Tanpa sebarang kata, terus je Hareq mencempungku.

Terjerit kecillah aku.. Mana taknya.. Si Hareq tu angkat aku pakej sekali cium pipi aku bertalu-talu.

"Abang.. dahla.."aku berhentikan perbuatan sang suami.

"one more !"ujar Hareq lalu mengucup dahiku.

"okey, done ! ahh! ahh !"ujar Hareq tatkala tubuhku sudah diturunkan semula.

Tangannya memegang pinggang.Muka pulak dah berkerut.

"Sayang dah beratlah.. sakit pinggang I.."ujar Hareq yang masih lagi berkerut.

Aku mencebik sambil menjeling."salah Abang jugak.. Abang yang buat Dahlia jadi berat.."ujarku, selamba.

Hareq dah tersengih.

*****

Bilik yang samar-samar itu dibuka perlahan.Kerusi yang ada disitu ditarik dan dihenyakkan punggungnya.

Bibir disenyum senget.Gambar Hareq ditatap penuh minat.

"Hareq.. tak lama lagi You akan jadi milik I.. Tak lama pun Hareq.. lepas pompuan tak guna tu bersalin, I akan buat You jadi milik I sepenuhnya.."ketawa Harina terserlah di ruangan bilik samar-samar itu.

Kalu malam-malam kat jalan raya ni, memang aku dah chauu dulu.. memang tak cukup tanah aku lari.. Seremmmm...

*****

Selepas bersihkan diri, aku aturkan langkah ke arah balkoni luar.Hirup udara segar malam-malam.

"Sayang.. buat apa kat luar ni ? sejuklah nanti.."tegur Hareq.

Sebelah tangannya melingkar ke pinggangku.

"ambik udara segarlah..nak tengok bintang.. cantik.."ujarku sambil menatap bintang di langit.

"yeke bintang tu cantik ? bintang lain ?"soal Hareq.

Aku palingkan wajah ke arah Hareq."bintang lain ? Ada bintang lain ke ?"soalky semula.Dahi dah berkerut.

Hareq tersengih."mestilah ada..bintang hati I ni.. bintang ni lagi super duper cantik.."

Pipiku dicubit manja.

Aku dah tersenyum.Tapi sekejap je..

Tiba-tiba pulak perutku seakan memulas.Kening mula berkerut.

Perut yang sakit aku pegang."ahh !! ahh !!"

"eh, Sayang !"

Aku yang hampir nak rebah sempat ditahan oleh Hareq.

"Abang..sa..sakit .."ujarku tersekat.

Pantas Hareq mencempungku lalu bergegas keluar dari bilik.Sempat dia tarik kunci kereta yang tergantung di dinding.

Datin Aisya dengan Datuk Fareq yang sedang menonton televisyen pun tersentak bila tengok Hareq dukung aku.

"ehh, kamu nak ke mana tu ? soal Datin Aisya.

"Dahlia nak bersalin !"jerit Hareq lalu hilang disebalik pintu.

"Abang ! jom pergi hospital.."ujar Datin Aisya.

"haa..yeye.. jom !"ajak Datuk Fared.

Langkah kaki diatur laju ke arah pintu utama.Siapa tak gelabah weyh bila ada orang nak bersalin ? Kan ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience