78

Romance Completed 77939

"macam mana boleh hilang ? kan Tasha..."kata-kata Hareq terhenti tatkala terpandang wajahku yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

Muka Hareq tiada riak.Dia masih lagi dalam keadaan terkejut.

"kenapa Abang pandang Dahlia macam tu ? siapa telefon Abang ?"soalku sambil menatap wajah Hareq yang dari tadi tiada reaksi apa-apa.

Satu keluhan Hareq dikeluarkan.

"kau dengan Tasha tunggu aku kat situ..kejap lagi aku sampai"panggilan ditamatkan lalu diselukkan di dalam poket seluar.

Aku masih terpinga-pinga.

Hareq mula mendekatiku.Kedua bahu aku dipegang erat.Kepala aku donggakkan..Yelah, Mr. Bossku tu lonjong..aku ni ibarat cendawan je haa.. pendek..

"kenapa Abang ? siapa call ?"soalku.

"Harraz.. Harraz.."Hareq tak mampu meneruskan kata-katanya..Anak mata yang tadi memandang wajah sang isteri terus saja dilarikan.Bibir dikemam.Serba salah untuk beritahu perkara sebenar.

Kening aku mula bertaut."Harraz ? kenapa dengan Harraz ? kan tadi Tasha bawak dia pergi jalan-jalan kat mall ?"soalku.

Ya..tadi memang si Tasha tu mengedik nak bawak sekali Harraz jalan-jalan ...katanya nak suruhnya aku dengan Hareq spent time.. Gediklah..

"Harraz hilang.."nak taknak, kebenaran perlu jugak bagitahu..

"hah ? Ya Allah, Abang.. Harraz.."aku mula gelabah.Air mata mula membasahi pipi.

Kaki aku mula terasa lembik untuk berdiri.Tanpa apa-apa, aku mula jatuh terduduk.

"Sayang !"pantas Hareq menahanku dari terkulai layu.Tubuh kecilku dipeluk erat.

"Abang...Dahlia taknak kehilangan Harraz.."aku mula menangis teresak-esak.

"shuu.. I pun taknak hilang dia, Sayang.."Hareq cuma menenangkanku.Pelukan dilonggarkan.

"Sayang.. You duduk rumah okey ? I nak pergi kat Danish..Nanti, I call ummi dengan babah untuk tengokkan You.."beritahu Hareq.

Hareq mula mengeluarkan phone yang berada di kocek seluar.Jarinya lincah mendail nombor Datin Aisya.

"hello ummi.. ummi, ummi tolong jagakan Dahlia ? Angah nak pergi balai jumpa Danish.."tutur Hareq.

"pergi balai ? kenapa ? apa yang dah jadi ni ?"soal Datin Aisya di talian.

"Harraz..Harraz kena culik..ummi, tolong Angah.. tolong jaga Dahlia.."pinta Hareq.

"haa.. yeye.. ummi dengan Babah pergi rumah Angah.."jawab Datin Aisya lalu mematikan panggilan.

"Abang ! cucu kita kena culik !"beritahu Datin Aisya.Datuk Fared yang tadi sedang menghirup kopi di ruang tamu, terus saja tersedak.

"apa ? kena culik ? siapa yang culik ? macam mana boleh kena culik ?"soal Datuk Fared bertubi.

"ishh Abang ni ! manalah saya tahu..tadi pun Angah cakap macam tu je..jomlah kita pergi rumah Angah.. temankan Dahlia.."beritahu Datin Aisya.Lengan si suami ditarik lembut.

"haa..Jap jap..Saya ambik kunci kereta.."Datuk Fared mula kalut.

*****

Sesudah sampai di balai polis, terus saja Hareq meluru ke arah Danish.Bahu Danish dicengkam kasar.

"mana anak aku ? macam mana dia boleh kena culik, hahh ?!"Hareq naik berang.

Danish hanya terdiam seribu bahasa."maaf Abang..aku.."Danish tak mampu memandang wajah bengis Hareq.Takde siapa berani nak pandang muka si Hareq bila dia buat muka ketat.. Serious, memang seram.

Bahu yang tadi Hareq cengkam, kini ditolak ke belakang. Danish hanya membiarkannya.

Danish hanya terdiam sambil memandang lantai.

"penjahat tu cuma ambik Harraz..Dia pun ada acukan pisau dekat Danish dengan Tasha.. kitaorang.." Tak sempat Tasha bercerita, Hareq dah mencarut.

"oh, shit !"opss ! Hareq tercarut.. Jangan ikut perangai Hareq ye, reader..

Rambut yang tadi rapi terus jadi berserabut dek tangan Hareq yang dah mula meramas kasar rambutnya sendiri..Habislah lunyai..

"Encik.. sabar dulu..kami sedang siasat nombor plat van hitam tu.. "beritahu seorang anggota polis yang cuba menenangkan Hareq.

Nafas Hareq naik turun naik..Mata dipejam.Sungguh, perit hatinya tak dapat ditahan lagi..Air mata jantannya mula mengalir keluar.

Tak lama kemudian, muncul satu nombor yang tidak dikenali menelefon Hareq.Lambat-lambat dia menekan butang hijau.

Skrin telefon dilekapkan pada gegendang telinga.

"hello ?"ujar Hareq.

"hello Biey.. I ni.. You rindu tak nak dengar suara I ?"soal suara di hujung talian.

"you're psycho, Rin ! mana anak I ? I tahu, You yang culik Harraz kan ? where is him ?!"nada Hareq naik tinggi.

"apa You ni ? main tuduh-tuduh pulak ?"soal Harina dengan nada bersahaja.Acah-acah tak tahu pulak..

"You jangan nak menipu Harina ! I tahu You yang culik dia .. bagi balik anak I, Harina !"jerit Hareq.

"hahahaha.. you're so brilliant, Hareq.ouh, lupa pulak I.. sebelum tu.. I ada lagi satu 'benda berharga' You kat sini.."beritahu Harina.

Kening Hareq mula bertaut.

"why are you silent, Biey ? You tengah fikir eaa ? kejap.. I nak bagi You dengar.. lepas You dengar, mungkin You tahu kut.."ujar Harina lalu menyambung ketawanya.

"one .. two .. three .."Harina mula mengira lalu telefon didekatkan dengan seseorang.

"Abang ! Tolong Dahlia, Abang !"jeritku.Air mataku mula jatuh setitis demi setitis.

"apa yang You buat ni Harina ?! macam mana Dahlia.."soalan Hareq terhenti.

"well, You pun dah dengar kan, apa yang berlaku tadi ? halah..setakat dua orang tua nak mampus tu, apalah sangat kalu I just main acah dengan pisau ni haa.. kompemlah diaorang takut nak mati kan ? hahhahahahaha.. "

"please Harina.. jangan buat benda bodoh ! I merayu dengan You.. please,Rin.."Hareq mula merayu di talian.

"auchh.. luluhnya hati I bila dengar suara You yang merayu kat I.. but, sorry Biey ! you're late !"balas Harina disertakan dengan gelak ketawa.

"please, Rin..jangan apa-apakan anak dengan isteri I..I'm begging you..please..jangan buat keje gila.."air mata mula membasahi pipi Hareq.

Tanpa sedar, rengekan halus berserta tangisan sudah dihambur keluar dari Hareq.

"ouh.. so sad.. Are you crying Biey ?"soal Harina dengan suara yang acah-acah kesian.

"kalau You nak pompuan tak guna tu dengan anak dia, jangan libatkan polis ! atau kalau You nak tengok anak dengan pompuan tak guna tu mati, silakan bawa polis .. Choose one ? "soal Harina.

Hareq mengetap giginya.Keluhan berat dilepaskan." okey.. I will listen you.. I takkan bawak polis..just tell me, where are you ?"soal Hareq.

"okeyy ! nanti I text you.. remember ! I just want you ! don't you ever dare to cheat me ! You kenal I macam mana kan ?"tegas Harina.

Hareq terdiam.Bibir dikemam.

Ya.. aku kenal Harina macam mana.. sekali dia nak benda tu, sampai ke lubang cacing dia akan pastikan dia dapat apa yang dia nak..

"you silence show that you know me, right Biey ? so,You jangan buat benda yang I warning tadi.. atau nyawa pompuan tu dengan baby You.. You sendiri tahu kan apa yang akan terjadi nanti ? so, keep your promise, Biey ! see you soon.. love you, muah !"ujar Harina sebelum mematikan panggilan.

"What ?! Harina you so... urghhh !"amuk Hareq sehingga kakinya menyepak kerusi yang berada dekat dengannya.Sampai-sampai terbalik kerusi tu.

Hareq duduk mencangkung sambil meraup wajahnya.Kemudian, rambutnya diramas kasar lalu menangis sepuas-puasnya.

Danish yang dari tadi senyap terus sahaja meluru ke arah abang iparnya.Bahu Hareq ditepuk perlahan untuk meredakan hatinya.

sorry readers.. Jua lama dah tak updated citer ni kan ? sorry.. Jua dah tak banyak idea dah sebenarnya.. Hurmm.. harap korang enjoy dengan chapter ni.. sorry kalu buat korang tertunggu.. lagipun, citer ni dah nak sampai penghujung dah..thanks yg sudi tunggu dan support Jua.. love you guys !!! >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience