60

Romance Completed 77939

Aku duduk temenung.

Patut ke aku ambik masa untuk tenangkan fikiran ? walaupun aku akan berjauhan dengan Hareq ? mampu ke aku nak hadap semua tu ?

"hoi !" jerkah Ika.Dia tayang sengih.

"ish kau ni.. terkejut aku..bagilah salam dulu.nasib aku ni takde sakit jantung.."marahku.

Ika duduk atas kerusi kat pantry tanpa dipelawa.

"hahaha..rileklah weyh..kau apasal monyok je aku tengok ? ada problem ke weyh ?"

"entahla beb..aku just rasa diri aku ni hina sangatlah..yelah, aku ni apa je yang ada.."

"eh, kau ni..dah apehal nak rendahkan diri bagai ?"

"bagi kau, boleh tak kalu aku ambik masa untuk rilekkan kepala aku ? okey tak beb ?"

Kening Ika dah berkerut."kau ni demam ke weyh ? asal semacam aje kau ni ?"

"aku sihat ajelah..Mana ada demam.."

"iye iye je kau tu.."Ika pandang pelik kat aku.

Eh, budak ni.. dah kenapa tanya soalan gitu kat aku ? Pelik pelik je..

"kau janganlah pandang pelik macam tu kat aku.."

"dah tu kau nak suruh aku pandang macam mana ? sampai juling mata ?"

"ish kau ni..aku sebenarnya.."

Haa, JENG JENG JENG ! nantikan jelah apa yang jadi lepas ni..Siyess ahhh, Jua memang takde idea yang masuk.. ni pun just pakai buat ajelah.. sorry ye gaisss..

*****

Selesai je tunaikan solat berjemaah berimamkan Mr. Bossku, aku angkat tangan untuk berdoa.Doa yang dilantunkan Hareq, cukup buat aku terharu.. Lembut aje dia tuturkan..

Dan dalam masa yang sama, aku masih lagi memikirkan masalah aku sendiri..Boleh bagi aku ruang untuk diri aku sendiri ?

"Amin ya rabal alamin.."usai sahaja berdoa, kedua-dua tapak tangan disapukan pada muka.Dan aku terus menangis.

Hareq pelik."hey.. kenapa ni Sayang ?"soal Hareq,lembut sambil mengusap kepalaku yang tersarung dengan telekung.

Aku angkat muka.Tangan suamiku aku kucup lama.

"Sayang.."panggil Hareq,lembut.

"Saya mintak maaf kalu saya buat awak terasa dengan saya sepanjang saya jadi isteri awak..halalkan makan minum pakai saya.saya hargai sangat-sangat apa yang awak buat selama awak jadi suami saya..I'm sorry.."ujarku tatkala mata bertembung mata.

"hey, You takde pun buat salah dengan I.. I je yang banyak buat salah dengan You..asyik je kutuk You..buat You sakit hati..I yang sepatutnya mintak maaf, Sayang..Not you.."ujar Hareq sambil mengelap perlahan titisan jernih pada pipi tembam aku.

Bibir Hareq terukir sebuah senyuman..Mungkin senyuman yang terakhir aku akan dapat tengok depan mata.

Aku cuba untuk balas senyuman tu.

"You ! You memang sangat cute ! You buat I hanyut.."Hareq mendendangkan sekerat lagu dengan suara dia yang..Hurmm..

Aku cepat je tutup mulut Hareq."dah-dah ! Tak payah nak tunjuk bakat terpendam awak tu..Tak sedappp !"

Hareq gelak.

Dan akhirnya,aku pun sama gelak.I'm sorry Mr. Bossku..mungkin hari ni kita boleh bahagia macam ni.. bagi saya masa untuk tenangkan diri.. lagipun saya tak suka nak bermasam muka dengan Kak Zahra..Dan saya pun taknak awak bergaduh dengan family hanya disebabkan Saya..Jadi, izinkan saya pergi..Saya mintak maaf Hareq..

Dan aku dekatkan diri aku dengan Hareq.Betul-betul dekat.

Hareq masih lagi tersenyum memandangku.

Mataku menatap tepat ke dalam anak mata milik Hareq aka. Mr. Bossku..Pipinya aku pegang dan usap perlahan.

Manik-manik jernih mula turun ke pipiku.Sungguh, aku tak dapat tahan ia dari jatuh..

"Abang.."panggilku.

"You panggil I apa, Sayang ?"

Aku tersenyum."Abang.."

Hareq dah tersengih."I tak mimpi kan ?"

Aku geleng.

"Abang, Dahlia nak Abang tahu yang hanya Abang je yang ada dalam hati Dahlia..Hanya Abang..Takde orang lain..Jadi, maafkan Dahlia ye.."luahku.

Kening Hareq bertaut."Sayang..Sayang mana Ada buat salah..kenapa perlu banyak kali mintak maaf ni ? I don't understand.."

Aku tayang senyum palsu."takde apa..saja aje nak mintak maaf..bukan selalu.."

"You ni..Mengada !"ujar Hareq sambil cuit hidungku.

Aku dah tersenyum.Aku pasti nanti aku akan rindukan sentuhan Hareq yang selalu dia buat kat hidung aku ni.Walaupun annoying tapi benda tu yang buat aku happy..I like it !

Dan aku terus peluk Hareq.Seerat yang mungkin..

"I love You, Abang.."ujarku sambil memelukku erat badan Hareq.

"I lagi berjuta kali ganda cintakan You.."balas Hareq.Pelukan dibalas.

Halah, Halah ! Hareq pun.. cibukk jer nak tambah secukup rasa pasal ayat tu..Haihlah..Hareq..Hareq..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience