25

Romance Completed 77939

"uishh ! so sweetlah pengantin baru ni.."ujar Tasha sambil tersengih-sengih.

Puan Yana hanya tersenyum.

Aku pulak dah macam cacing kepanasan.Err..nampak sangat ke aku malu sangat ? Ishhh, Mr. Bossku lah punya pasal..tetiba je nak sweet muit ni dah kenapa ?

"Assalamualaikum.."laung Encik Kamal.Baru balik dari minum kopi kat warung dekat dengan masjidlah tu..

"waalaikumusalam.."jawab semua penghuni rumah.

"haih..borak apa je ni ?"soal Encik Kamal, ayahku lalu duduk sebelah Puan Yana.

"tengah layan drama sweet tadi Ayah.."jawab Tasha..Bab-bab mengenat ni boleh bagi kat dia..Sama jelah macam adik aku tu..

"siapa hero dia ? hensem tak ?"soal si ayah mertua.Adeh ! percaya bulat-bulat je dengan menantu dia..Tak patut..tak patut..

"tu haa Ayah..depan mata Ayah tu hero dengan heroin dia.."Tasha tunjuk ke arahku dengan Hareq dengan muncung bibirnya.

Ada jugak kang aku ikat muncung tu, baru tahu !

"Abang ni pun..percaya je dengan menantu Abang tu..dia main-main jelah.."ujar Puan Yana.

"ishh ! kamu ni Sha..main-main je..punyalah Ayah ingatkan betul-betul tadi.."ujar si ayah mertua.

"haha..Ayah ni..rileklah..Sha gurau-gurau je.."ujar Tasha sambil gelak.

Encik Kamal hanya geleng kepala dengan perangai menantunya.

"okla mak, ayah..Sha masuk dulu lah..Ryan dah tido dah ni.."pinta Tasha.

"yelah..pergilah letak dia dalam bilik tu.."beritahu Puan Yana.

So, tinggallah mak, ayah, Mr. Bossku dan aku..Hurmm..

"gembira Ayah bila kamu dah kahwin Lia..ada jugak orang yang boleh jaga kamu..hensem pun hensem jugak..pandai kamu cari ye.."ujar Encik Kamal.

Aku senyum ajelah..Lepastu pandang kat sebelah.

Sukalah tu Ayah puji dia hensem..tahulah muka dia tu ala-ala Thanapob tu..jejaka Thai tu haa..kalu korang tak kenal, sila lah ye cari kat google tu haa..Wokey ?

Hareq tersenyum kambing."mana ada hensem Ayah..lagipun kan Ayah, Dahlia tau yang ngorat Hareq dulu.."

Terbeliak mata ayah dengan mak aku..Ni, sekali dengan mata aku sekali terbentang luas tahu tak ?!

Aku pandang Hareq.Whattt ? pandai-pandai dia je reka citer..
"yeke ?"soal Encik Kamal dengan Puan Yana serentak.Tak percaya dowh..

Hareq gelak."takdelah..Hareq acah je.."

Baru semua orang rasa lega.

"haih..bertuah punya menantu..dua-dua suka main-main aje kerjanya.."luah Puan Yana.

Hareq tayang sengih.

"kamu ni Hareq..haihlah.."tambah Encik Kamal.

"Ouh ye..lupa Ayah nak tanya..kamu ni asal mana ?"

"Hareq asal KL..Lagipun umi dengan babah dua-dua anak yatim.."

"lah yeke ? dah tu kalu time raya, raya kat KL jelah ?"

"haah Ayah..tak pernah lagi Hareq rasa duduk kampung.."

"macam tu..takpelah..nanti bolehlah ikut kitaorang balik kampung..seronok tau duduk kampung.."

"kalu tak ajak pun Hareq nak ikut jugak.."ujar Hareq lalu ketawa.

Urghh ! tak malu nak ikut orang..

"lepastu korang berdua ni bila start bercintan cintun ni ? time keje lah ni ?"soal Encik Kamal.

Hareq pandang aku."aa..haah Ayah.."

"kamu berdua pergilah rehat..penat kan pergi tangkap gambar sana sini..layan kawan-kawan lagi.."ujar Puan Yana.

"aa..takpe mak..takdelah penat sangat pun.."ujar Hareq.

"alah..malam ni kan malam pertama kamu berdua..pergilah manja-manja tu.."

Hareq buat-buat gelak.Lepastu pandang aku yang masih lagi suapkan kek dalam mulut.

"mana ada penat mak..biasa-biasa je haa.."tambahku.Taknak aku duduk terperuk dengan Mr. Bossku ni..Memang idoklah kite weyh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience