66

Romance Completed 77939

SETELAH SEMINGGU...

Sedang Ika dengan Amir rancak berborak, tetiba aje ternampak kelibat Mr Bossku masuk office.

Terbuntang luas mata Ika.Jantung mula berdengup kencang.Yelah, bila simpan rahsia besar si Dahlia tu.. memang takutlah nak berdepan dengan Mr. Bossku.. Tacodlah baby !!

Ika telan air liur.Perit.

"morning boss.. "sapa Amir.

Ika pulak cuma tundukkan kepala tanda hormat.

Dan muka Mr. Bossku bapak lain dari dulu.Sikit pun takdak senyum maa..

Uishhh ! Kompem makin menyinga beb !

Hareq cuma pandang sekilas dengan muka beku dia lepastu menapak ke arah tempat kerjanya.

"whuuu.."Ika menghela nafas lega bila Mr. Bossku tu hilang dari pandangan.

"kau ni dah kenapa? lain macam je aku dengar bunyi pernafasan kau ? kau sesak nafas ke apa ? kalu kau nak pengsan, bagitau.. aku nak cabut lari sebab tak larat aku nak gendong kau.." ujar Amir dengan muka selamba.

"yaishhhh ! hareyyy betul kau ni !!!"marah Ika.

Amir gelak.

"gelak ! gelak ! ingat lawak ke ?!"marah Ika.

"weyh ! kau merajuk ke ?"soal Amir.

Boleh pulak si mamat tu tanya soalan bodoh kat aku ? huhhhh !!!

Ika buat muka.

"alaa kau ni.. aku main-main ajelah..bukan betul pun.."Gelak Amir dah terhenti.

"dahla..malas layan kau..aku nak buat keje.."ujar Ika..Acah-acah majuk gituewww..

Langkah kakiku diatura laju menuju ke arah tempat keje.

"weyh ! janganlah majuk..kau ni..tunggulah aku.."ujar Amir sambil mengejar langkah Ika.

*****

Hareq duduk temenung ke arah meja kosong di bahagian depan bilik kerjanya.Kosong.

"Sayang.. You pergi mana ? I rindu You.. baliklah Sayang..I betul-betul rasa kosong bila You takde kat sisi I.. please Sayang..come back to me..I very miss you, Sayang.."luah hati Hareq.Sikit je lagi air matanya mahu menitis.

Tapi tak sempat sebab ada orang masuk biliknya.Dengan tak ketuk pintunya dulu..

Main masuk je..Haih ! Ada kang aku ketuk pale dia satgi kang !!! nak ajar skit guana cara-cara nak ketuk pintu.

"bro !!! kau dah okey ke ? kau dah jumpa Dahlia ? kau jumpa dia kat mana ?"soal Khai, tetamu yang tak diundang.

Muka Hareq beku tanpa ada perasaan apa-apa.Matanya tenung tetamu yang tak diundang tu.

"kau ni ada tangan ke tak ? Tak pandai guna eaa untuk ketuk pintu dulu ? ke nak suruh aku ajarkan cara-cara dia ?"soal Hareq.

"marah nampak
? hehe..sorry bro ! aku excited lah..yelah, aku nampak kau tetiba masuk office..maknanya kau dah okeylah kan ? kan ?"soal Khai.

Hareq buat muka lepastu bukak fail yang ada tersedia atas meja.

"weyh ! aku tanya kau ni..macam mana ? kau okey dah ke belum ?"

Hareq menghela nafas.Matanya sibuk membaca kertas kerja atas meja."aku tak jumpa dia lagi.."

"dah tu ? kau masuk keje sebab apa ?"

Hareq angkat muka."kau ni banyak tanya betullah ! aku nak buat keje pun tak boleh !"

Wajah singa Hareq terjadi semula.

"ala kau ni..aku tanya je..tu pun nak marah.."

Kening Hareq bertaut.Marah ni, marah !

"rilek bro ! kau buat keje kau dulu eaa..just be a cool bro.nanti mood kau down sikit, aku datang lagi.wokeyh ?"ujar Khai.Sempat lagi dia kenyit sebelah mata.

"ishhh kau ni !!!" belum sempat Hareq nak baling pen kat Khai, dia terus lesap.

"tahu pun takut ! nak main kenyit mata dengan aku ! geli siyottt !"marah Hareq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience