BAB 6

Horror & Thriller Completed 5820

Betapa terkejutnya mereka melihat Az terbaring di atas tangga. Dia sudah pengsan. Iz menepuk-nepuk muka Az manakala Zai berlari mengambil air. Setelah itu, air direnjis-renjis sedikit demi sedikit di muka Az. Nasib baik dia menunjukkan tindak balas positif. Mereka risau memikirkan tahap kesihatan Az yang kurang baik kerana menghidap penyakit jantung berlubang.

Mereka membawa masuk Az ke dalam bilik. Dia meminta mereka menemaninya malam itu. Dia keliahatan seperti sudah hilang semangat. Mereka mula berasa hairan dengan kejadian apa yang telah berlalu kepada Az. Terasa badannya mula panas. Mungkin dia mula nak demam.

“Aku dah kata, rumah ni berhantu. Korang tak percaya.Tengok apa dah jadi dekat Az.” Kata Iz.

“Kenapa celupar sangat ko ni, Iz. Az jadi macam ni mungkin terkejut. Kan dia ada penyakit.” Balas Zee.

“Yelah mu ni. Kita lupa seme yang berlaku tadi. Yang penting kita jaga Az malam ni.”

Zai berkata sambil meletakkan kain tuala basah di atas dahi Az.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience