BAB 4

Horror & Thriller Completed 5820

Malam itu, Zee dan Zai ada latihan lakonan untuk drama Laywer Dahlan yang tidak lama lagi akan dipentaskan di panggung budaya. Mereka kelihatan sibuk sejak akhir-akhir ini. Hanya Iz dan Az sahaja tinggal di rumah. Mereka berdua berbual-bual sambil mendengar siaran radio Hot FM. Mereka berdua menanti siapa yang menjadi mangsa ‘panggilan hangit’. Ketawa terbahak-bahak dibuatnya ditambah dengan telatah penyampai radio yang gila-gila menyenakan mangsanya.

Tanpa mereka sedari, langsir berwarna biru di hujung katil Az terbang menyebabkan Iz dan Az tersentak. Terasa angin malam seperti menyucuk-nyucuk kulit tubuh badan mereka. Dada mereka berdegup kencang.

“Ko tak payah buat muka macam Maya Karin pulak kat sini. Ko tutup tak tingkap tadi?”

Jerit Iz dengan serta merta memandang muka Az.

“Aku lupa nak tutup tadi. Aku takutla nak tutup. Ko tutupla, Iz.”

Rayu Az.

“Alamak! Ko ni mematikan mood aku jer malam ni. Nak kata umur tua baru 21 tahun. Tapi pelupa mengalahkan nenek aku kat kampung jer. Kalau masuk dek pelesit malam, baru kau tahu. Dahlah tengah kecoh sekarang ni.”

Bebel Iz.

Az senyap dan berlari ke atas katil Iz. Iz bangun menuju ke birai tingkap lalu menarik tingkap kaca berwarna hitam itu. Dia terasa bulu roma tengkuknya meremang. Hai…dahlah malam ni malam jumaat. Kata orang tua-tua, mak oiii! Iz berlari terjun ke atas katilnya.

“Naper Iz. Ko nampak apa?”

Tanya Az dengan nada yang cemas apabila melihat aksi Iz yang seperti disampuk.

“Aku nampak pakwe lama aku masih sekolah dulu.”

Senyum Iz sambil membuat muka selambanya.

Az menepuk bahu Iz dengan yang muka yang geram. Dengan tak semena-mena, siaran radio mereka bertukar kepada Sinar FM dan kemudiannya X Fresh. Selepas itu, kedengaran siaran Tamil dan Cina.

Az telan air liur sekuat-kuatnya sambil memandang tepat ke arah mata Iz. Iz tak terkata apa-apa. Mengapa pulak radio aku ni? Kena sampuk jugak ker. Siapa pulak yang tukar siaran radio aku ni? Ah…kau rasakan, biar panas sikit.

Iz bangun lalu menukar siaran radio Ikim FM. Kedengaran bacaan ayat-ayat Al-Quran. Terasa tenang kembali suasana dan hanya kedengaran bunyi kipas berputar ligat. Ambik kau! Namun begitu, setelah habis siaran itu, kedengaran lagu nasyid bergema di corong radio. Mereka berdua lihat dengan mata kepala sendiri, radio itu bertukar dengan sendiri. Iz dan Az pucat lesi. Lalu Iz menutup radio tersebut. Dia menyelimut muka dan Az turut berbuat demikian.

Pagi itu, mereka berdua bagai hilang kata-kata. Terasa berat mulut untuk menceritakan hal semalam kepada Zee dan Zai.

“Kenapa aku tengok mu berdua ni macam tak semangat jer hari ni?”

Tanya Zai kehairanan.

“Tak sedap ker sandwich yang aku buat tu. Selalunya kau berdualah yang bedal sampai habis. Ni senyap jer.”

Balas Zee.

“Tak ader apa-apala. Aku tak cukup tidur dengan Az semalam. Siapkan assigment Dr. Ehsan.”

Selindung Iz.

“Mu tak payahlah tipu aku ni. Mu ingat aku ni kenal mu baru semalam ker. Tidor lewat apa kebendanya. Semalam aku balik dah gelap-gelemat bilik tu.”

“Ha, betul kata Zai tu. Korang nak sembunyi apa dari kita orang ni.”

“Mana ada. Eh, korang tak alami benda yang pelik-pelik ker kat sini.”

“Benda pelik apa pulak ni. Biasa aja. Tulah kau tu. Asyik tengok cerita hantu jer. Poconglah, pontianaklah, sundel bolonglah.”

Balas Zee.

“Hah! Nang Naklah. Semua korang tengokkan. Main games pun ‘mistery case files’. Lepas tu, mimpi entah apa-apa.”

Sampuk Zai sambil membaca akhbar Kosmo.

“Tulah korang tak akan percayanyer apa kami cakap. Lebih baik tak payah cakap.”

Kata Az.

“Bukan kami tak nak percaya. Kau berdua tu memang suka mengarut. Tambah sekali si Iz ni.”

Kata Zee sambil menggelengkan kepalanya.

“Aku serious ni. Kami semalam…”

Handphone Iz berbunyi. Terhalanglah niatnya untuk dia menceritakan perkara tersebut kepada kawannya itu.

“Woi! Aku nak pergi kampus jap. Nak jumpa dengan Qaisarah.”

“Dengan Qaisarah ker dengan Ashrafizree?” Usik Zai.

“Mengarutlah ko ni. Aku ada hal dengan Qaisarah. Aku nak pulang buku dia. Bukan dengan mamat skema tu.”

“Ehem…Ashraf skema tulah esok nak jadi laki kau.”

“Hah, baguslah tu. Esok habis seme keturunan aku jadi skema macam dia tuh.”

Mereka ketawa melihat aksi Iz yang tidak keruan apabila diusik dengan Ashraf. Iz memang begitu. Sampai bila dia ingin buka hatinya untuk bercinta. Entah apa nak jadi dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience