BAB 2

Horror & Thriller Completed 5820

Di hadapan rumah itu, ada sebatang pokok mempelam. Ada sebuah buaian besi berwarna biru dan sudah luntur warnanya di hadapan pintu utama rumah itu. Kami berempat sudah bersetuju untuk menyewa rumah itu. Semasa sedang berbual rancak, kedengaran desir daun berterbangan ditiup angin yang seakan-akan menyambut baik hasrat kami itu.

Zai terlihat buaian itu bergerak-gerak perlahan seperti ada orang yang mengayunkannya. Dia memandangnya dari jauh dan suasana menjadi seram. Dia terlihat seorang perempuan yang seperti menunggu seseorang di atas buaian itu. Pelik? Siapa dia? Tapi lamunan Zai itu hilang apabila disergah oleh Zee dari belakang.

“Hoi, sempat lagi kau berangan. Dah sampai ke mana? Pasir Puteh? Ke rumah mak mertua kau? Jomlah balik. Aku ada hal ni.”

Ajak Zee.

“Alah, aku tahulah kau nak dating dengan Arish Khusyairi tu.”

Kata Az sambil mengenyitkan matanya kepada Zai dan Iz.

“Pandailah kau tu. Kalau bab-bab ni kau cepat je ek. Tak guna punya kawan. Tak der privacy langsung.”

Senyum Zee kepada Az.

“Weh! Ni bukan masanya nak mesyuarat pasal couple-couple ker anti couple ker. Aku rasa sakit perut ni. Terasa nak melabur sahamlah pulak. Aku dah tak tahan ni. Jom balik.”

Kata Iz sambil memegang perutnya itu dengan muka yang berkumat-kumit.

“Ish…kau ni potong stim kita orang jer nak ambil angin kat sini.”

Kata Az sambil mentertawakan Iz.

“Hai, kau ni buat lawak tahap babun dah ni. Aku buang kat sini baru kau tahu.”

“Hah, baik kita lari jer. Nanti ader pulak budak berak dalam seluar ni. Kang abis tercemar udara kat sini.”

Sampuk Zai disertai gelak ketawa mereka bertiga.

“Hoi! Coverlah sikit cakap tu. Kalau didengarnya kat pakwe hensem kat sana tu, jatuh saham aku wei.”

Kata Iz sambil memandang sekeliling kawasan taman itu.

“Dah-dahlah tu. Jangan nak bergaduh pulak kat sini. Cepatlah. Hari dah nak gelap nih.”

Balas Zee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience