BAB 13

Horror & Thriller Completed 5820

Di hospital, Iz duduk keseorangan di wad perempuan kerana ibuya pulang sebentar. Kakak iparnya hendak bersalin. Dia sudah sedar dan menunggu kata putus daripada doktor untuk pulang ke rumah. Dia sudah bosan tinggal di wad tersebut. Dia merindui kawan-kawan dan keluarganya. Terbayang tugasan yang masih bertimbun-timbun yang belum sempat disiapkan. Dia melihat sebakul buah-buahan yang diterimanya daripada Ashraf. Ashraf datang bersama rakan-rakannya yang lain. Dia berasa malu dengan tindakan itu. Terlalu sukar untuk dia menerangkan sebab sebenar dia mengambil pil tidur itu. Bukan niatnya untuk membunuh diri.

“Iz, jaga diri baik-baik. Ada apa-apa jangan lupa call saya ek. Saya balik dulu.”

Kata Ashraf kepada Iz.

“Hai, mimpi apa pulak mamat ni datang jenguk aku. Dahlah romantik gila ayat dia kat aku. Ni bleh cair beb. Kalau tahu dek Zai, Zee dan Az, kantoi aku. Baik juga mamat skema ni.”

Bisik dalam hatinya.

Tiba-tiba, pintu bilik wadnya terbuka luas. Kain langsir berterbangan membawa masuk angin yang bertiup kuat. Kesejukkan mengcengkam tulang kakinya sehingga ke tangan terasa. Dia menarik selimut ke paras dada.

Iz ternampak bayang-bayang yang menghantuinya di hadapan tingkap wad tersebut. Iz semakin menggeletar dan dia menjerit sekuat-kuatnya. Namun suaranya seperti tidak keluar. Perempuan itu datang dan berdiri di hadapannya.

“Aku datang untuk memberitahu kau bahawa rakan-rakanmu dalam bahaya. Kau perlu selamatkan mereka. Jangan biarkan orang itu membunuh rakan-rakanmu.”

Bisik suara itu di telingannya lalu hilang bersama mimpinya.

Iz tersentak dan terjaga dari mimpiku. Iz merasakan sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap rakan-rakannya. Mungkin benar kata-kata perempuan itu. Apa yang sebenarnya telah berlaku???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience