BAB 5

Horror & Thriller Completed 5820

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.15 tengah malam. Mereka berempat melepak di hadapan ruang tamu rumah itu sambil menonton filem Prince Caspian. Az berlalu kerana ingin ke tandas. Dia terasa seperti ada orang yang mengikuti pergerakkannya dari belakang. Ternampak bayang-bayang yang menyerupainya.

Tiba-tiba, lampu dapur terpadam. Az kelam-kabut mencari suiz lampu. Namun dia terjelepuk jatuh ke lantai apabila melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Jelas kedengaran suara itu gema memanggil namanya.

“Azreesa…Azreesa…Azreesa…”

Suara itu diiringi dengan helai tawa yang sungguh menggerunkan. Macam mana dia tahu nama aku. Az ingin menjerit sekuat-kuat hatinya namun tiada suara yang keluar dariapada anak tekak. Dia ternampak pintu dapur terkuak luas. Kelihatan kelibat seorang gadis berambut panjang berjalan ke arahnya sambil memandang tepat ke arah anak matanya. Az mengesot perlahan-lahan ke tepi tangga dapur. Dia sudah rasa seperti ingin pitam dan dadanya berdegup kencang. Dan dunianya tiba-tiba berpusing dan gelap.

“Lamanya dia pergi toilet. Sembelit ker apa dia nih.”

Tegur Iz sambil berbaring di atas sofa.

“Ko pergi tengok dia, Zai. Dah pengsan ker apa kawan kita tu.”

Kata Zee.

“Aku takutlah. Malam-malam ni. Mu pegilah Iz.”

“Sengal betul kawan aku nih. Mana ader apa-apa. Kau ni aku siku baru tahu. Aku tengah syok-syok tengok citer ni. Dahlah hero hensem nih.”

“Jomlah kita tengok sekali. Aku tak sedap hati ni.”

Kata Zee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience