BAB 14

Horror & Thriller Completed 5820

Di rumah no. 2 Jalan Semai, kelihatan tiga orang gadis yang telah diikat tangan dan mulutnya. Mereka bergerak-gerak namun tidak dapat melepaskan ikatan yang begitu kuat itu. Kelihatan juga pemilik rumah itu, bersahaja duduk di atas kerusi sambil menghisap rokoknya. Dia kemudiannya mundar-mandir ke kanan dan ke kiri. Dia pergi ke arah Zai lalu membuka ikatan di mulutnya.

“Kami tak sangka pak cik sanggup buat semua ni. Lepaskan kami.”

Kata Zai.

“Apa? Lepaskan kau semua. Itu tidak mungkin kerana aku akan bunuh kau semua. Satu per satu. Haa…Haa..Haa.”

Gelak Shaharudin dengan terbahak-bahak lalu menghembus asap rokok ke arah muka Zai. Zai terbatuk.

“Kalau korang nak tahu, akulah yang bunuh perempuan tu. Perempuan tu isteri aku. Salmah namanya. Hah! Aku nak korang semua ikut jejak langkah dia.”

Tambah Shaharudin lagi.

“Pak cik ni memang dah gila ker? Kenapa buat semua ni. Kami tak bersalah pon. Kami tak buat apa-apa. Tolonglah lepas kami.”

Merayu Zai sambil menitiskan air matanya kerana takut dengan situasi yang menggetirkan itu.

“Aku nak bunuh kau sebab kau orang ganggu keluarga aku. Ini rumah aku. Kau datang sini sebab nak cari bukti pembunuhan aku kan. Kau ingat aku bodoh.”

Balas Shaharudin sambil menyepak kerusi dan meja di dalam bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience