BAB 8

Horror & Thriller Completed 5820

Mereka ketawa seperti melupakan apa yang telah berlaku di rumah itu. Malam itu, Iz sedang menaip tugasannya yang perlu dihantar pada esok harinya. Dengan berbekalkan mata empatnya, dia meneliti dengan tekun setiap ejaan takut ada kesalahan yang terlepas pandang. Selepas itu, dia meletakkan kertas putih di atas pencetak. Sambil menunggu tugasannya dicetak, dia mengemas meja tulisnya.

Terasa sunyi setelah Az pulang ke kampung. Dia tersenyum membaca sms dari Az yang menyuruh aku menutup tingkap sebelum Maghrib. Aku dah tutuplah minah oiii. Kau ingat aku ni pelupa macam kau ker. Dia menekan butang ‘sent’.

Dia melihat gambar kenangan mereka ketika bercuti di Cameron Highland. Sungguh indah detik itu. Hubungan yang terbina sejak mula menjejakkan kaki ke universiti sehinnga kini semester tujuh. Mereka bagaikan adik-beradik dan seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Jam loceng berbentuk ayam jantan sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.

“Dah lewat ni.”

Bisik hati Iz.

Dia menutup laptopnya setelah semua kerjanya selesai. Cuma tinggal nak staple dan tape lagi.

“Sakit perutlah pulak. Malam-malam macam ni dia nak buat hal. Dahlah aku sorang-sorang ni.”

Kata Iz sambil berjalan keluar ke tandas.

Bilik sebelah sudah gelap. Zee dan Zai sudah lama dibuai mimpi. Iz berjalan perlahan-lahan sambil mencari suiz lampu dapurnya. Semasa sedang berjalan ke dapur, dia terdengar bunyi derap tapak kasut yang bergerak semakin lama semakin hampir dengannya. Iz sudah kecut perut. Niatnya untuk membuang air besar hilang dengan serta merta.

Kemudiannya, Iz melompat anak tangga dapur untuk balik semula ke biliknya. Tiba-tiba, dia terdengar suara orang menangis. Ya Allah! Apa benda pulak ni. Dia cuba memberanikan diri mengintai di sebalik tiang. Terbeliak mata Iz melihat sesuatu yang menakutkannya dan tidak diduga olehnya.

Terasa lutut kakinya lembik untuk berdiri dan rasanya seperti tidak berdaya lagi. Tangannya menggeletar kesejukkan. Kelihatan sekujur tubuh perempuan berambut panjang dan berbaju putih sedang duduk di atas kerusi rotan di ruang tamu. Kerusi itu bergerak-gerak perlahan dan semakin lama semakin pantas.

Iz teringat kembali mimpinya semalam. Dia sudah tidak mampu berjalan lagi. Dia hanya mampu merangkak untuk ke biliknya. Perempuan itu bergerak ke arah Iz sambil mengilai-ngilai. Terasa bayang-bayang perempuan itu berterbangan dan semakin hampir dengannya. Iz gagahi untuk berdiri tetapi tidak berjaya. Dalam kekelam-kabutan itu, Iz melihat darah menitis di atas kakinya. Tekaknya terasa mual. Hanya yang ada dalam kotak fikiran Iz adalah menyelamatkan diri daripada perempuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience