BAB 11

Horror & Thriller Completed 5820

Pagi itu, selepas selesai solat Subuh, pintu kedengaran diketuk perlahan. Kedengaran suara Az. Zee bergegas membuka pintu. Mereka menghampiri pintu dan terdengar suara Az memberi salam. Zai menunduk ke bawah pintu lalu melihat jelas kelihatan kaki Az di bawah. Kata orang tua-tua, nak tahu orang ke hantu ker tengok kakinya.

“Kenapa lama sangat buka pintu ni? Letih aku menunggu kat luar ni. Dahlah banyak barang aku bawa ni. Yang korang tercegat macam tugu negara ni, kenapa?”

Kata Az sambil membawa masuk beg dan barang-barangnya ke dalam bilik.

“Ermm..nanti dulu Az. Mu sampai bila lagi? Semalam mu keluar ke mana?”

Tanya Zai dengan keliru.

“Keluar ke mana pulak. Aku baru sampai pagi ni. Kan aku cakap nak naik bas semalam. Sepupu aku tak jadi nak hantar.”

Terang Az.

“Kau tak bagi tahu kami pon.”

Tanya Zee dengan tanda tanya.

“Call apanyer. Dah penat aku call kau semalam. Taka de orang angkat pon. Kan aku bagi tau semalam. Aku sampai pagi ni. Aku tolak malam tadi. Kenapa kau tanya aku soalan yang pelik-pelik ni?”

Tanya Az.

“Abis tu semalam yang tidur dalam bilik mu tu sapa?”

Kata Zai.

“Eh! Tak der apa-apalah. Kau jangan percaya cakap si Zai ni. Dia mengigau malam tadi. Dahlah, kau pergi berehat dulu. Nanti aku sediakan sarapan. Lepas tu kita pergi tengok Iz dekat hospital. Dia dah sedar.”

Pintas Zee.

“Okaylah, terima kasih.”

Sapa Az lalu beredar ke dalam biliknya.

“Kenapa tak cakap ajer apa yang berlaku semalam. Siapa perempuan yang menyamar sebagai Az semalam? Yang bermain biola tu? Aku nak pindah. Aku dah tak tahan dengan semua ni.”

Balas Zai dengan nada kecewa dan terus beredar ke biliknya.

‘Ya Allah, kau selamatkan kami semua daripada sebarang gangguan syaitan, amin.’

Berdoa Zee dalam hatinya lalu terus ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience