BAB 3

Horror & Thriller Completed 5820

Mereka pun berjalan pulang ke rumah. Tanpa melengahkan masa mereka menghubungi tuan rumah itu dan berbincang soal sewa. Setelah menghubungi pak cik Shaharudin, kami telah bersepakat untuk tinggal di rumah itu.

Seminggu kemudian, kami berpindah dan mengangkat barang-barang ke dalam rumah dengan menyewa sebuah van. Rumah itu mempunyai tiga buah bilik, ruang tamu yang agak luas, dua buah bilik air dan dapur. Bilik tiga sahaja tidak berpenghuni. Kosong tetapi dikunci dengan mangga yang besar. Mungkin ini bilik pemilik rumah atau stor barang-barang.

Rumah itu telah dilengkapi dengan perabot dan memang selesa. Tetapi seperti ditinggalkan lama kerana habuk terlalu tebal dan semua perabotnya ditutupi dengan kain berwarna putih. Malam itu, kami tidur awal dan tidak khabar apa kerana terlalu letih mengemas barang-barang. Zee satu bilik dengan Zai. Manakala Az pula satu bilik dengan Iz.

Keesokkan harinya, kami ada kuliah Psikologi bersama Dr. Mahani. Lepas itu, kami berempat singgah ke perpustakaan. Banyak assigment yang masih belum disiapkan. Az sempat lagi singgah di rak novel. Itulah kegemarannya.

“Cepatlah Az. Aku nak turun dah ni. Sejuklah. Tak tahan aku.”

Kata Iz.

“Ish…kejaplah.”

Balas Az.

“Eh! Tu…tu…tu..tu, Tariq Syabil. Dia tengok kau tu. Bagilah respon sikit.”

Kata Iz sambil menunjuk-nunjuk ke arah Tariq yan sedang leka berbual dengan rakannya.

“Kau jangan nak bagi aku perasan pulak. Dia tu kan dah berpunya.”

“Eleh, baru berpunya, bukan dah kahwin pun. Jangan jual mahal sangat. Nanti tak laku baru tahu.”

Iz mencebik mulutnya kepada Az sambil berlalu membawa empat buah buku untuk dipinjam.

“Kau tak payah la nak nasihat aku. Kau tu apa kurangnya. Lagi teruk daripada aku.”

Sindir Az kepada Iz lalu beredar ke kaunter.

Semasa berjalan ke kaunter untuk meminjam buku, Az berselisih bahu dengan Tariq Syabil. Lalu Tariq menyapa Az. Mereka berbual lama sambil diperhatikan oleh Iz, melihat adegan romantik kawannya itu. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah. Petang itu, Zee dan Zai pergi ke padang kampus untuk latihan memanah.

“Eh, Iz, ko rasa rumah ni selamat ker kita duduk. Aku takut la. Macam ada sesuatu jer yang tak kena. Aku rasa tak sedap hatilah.”

Bisik Az kepada Iz.

“Ko ni jangan nak mengarut petang-petang ni boleh tak? Jangan diikut sangat hati kau tu.”

“Ermm…tapi aku nak bagi tau kat ko satu perkara. Boleh tak?”

Pinta Az.

“Sejak bila pulak ko ni beradap sopan dengan aku ni. Apa ke helnyer?”

Senyum Iz sambil melipat baju.

“Aku dah clash dengan Hazim.”

“Apa, dah clash? Biar betul ko ni. Bila? Apa alasan Nazarul Hazim kau tu?”

Tanya Iz dengan bertubi-tubi dengan wajah terkejut.

“Dah seminggu. Aku nak citer kat ko, tapi korang busy nak cari rumah. Lagipun aku malaslah nak kecoh-kecoh sangat hal ni.”

“Patutlah aku tengok ko ni termenung macam mati laki aje sejak akhir-akhir ni. Asyik dengar Lagu Matahari tu jer. Naik bosan dah aku ni. Rupanya tengah frust member aku nih. Kenapa dia tinggalkan ko? Cuba ko terang kat aku nih.”

Kata Iz dengan muka yang berminat.

“Entahlah, aku rasa dia dah bosan dengan aku kot. Dia kata nak tumpukan pada pelajaran. Aku rasa dia dah suka dekat Shazreen. Sebab aku nampak dia keluar dating hari tu dengan Shaz.”

“Hazim suka dekat perempuan gedik tu. Errr…buta ker apa mamat ni. Dahla over tahap cipan. Nak kena sembur mamat ni dengan aku.”

“Tak payahlah Iz. Aku sedar sapa diri aku ni. Biarlah. Mungkin dah tersurat aku dengan dia tak ada jodoh. Aku harap dia bahagia dengan Shaz tu.”

“Tulah kau, Azreesa Liyana. Orang pijak kepala kau pun, kau masih nak bela si Hazim tu. Kalau aku jadi kau, dah lama aku ganyang minah senget tu. Aku meluat betul dengan pompuan tu.”

“Biarlah. Aku dah malas nak fikir semua ni. Jadi macam kau lagi bagus. Single sokmo.”

Balas Az sambil tersenyum memandang Iz.

“Aku harap kau sabar. Kumbang bukan seekoq, itu kata orang tua-tua. Lagipun si Tariq tu macam minat bebenor kat kau. Apa lagi nak tunggu. Sapu jelah. Nanti melopas kau. Minah dua tu dah tahu ker hal ni.”

“Belum, nantilah. Aku malas nak kecoh pasal ni. Tariq tu baik sangat. Tak sesuai dengan aku ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience