BAB 12

Horror & Thriller Completed 5820

Setelah melawat Iz di hospital, mereka singgah di Tesco untuk membeli barang dapur. Peristiwa semalam masih belum terjawab dan menjadi rahsia antara Zee dan Zai.

Setelah berehat di rumah, datanglah seorang lelaki berumur lingkungan 40-an ke rumah mereka. Lelaki itu memperkenalkan dia sebagai Shaharudin. Rupa-rupanya, yang menyerahkan kunci rumah mereka ialah anak saudaranya yang menetap di Ipoh. Itulah Shaharudin. Rupanya bengis tapi peramah. Berjambang dan bermisai seperti tidak terurus sedikit wajahnya. Dia menceritakan kisah hidupnya sebelum berpindah ke Pahang.

Dulunya, dia tinggal bersama isterinya di rumah ini. Selepas itu, isterinya meninggal dunia selepas menghidap barah otak. Lalu dia membawa diri ke Kuala Lipis, Pahang. Sudah tiga tahun dia tidak pulang ke rumah ini. Dia menyatakan bahawa terlalu rindu dengan rumah itu.

“Pakcik, boleh saya tanya, bilik nombor tiga tu milik siapa?”

Tanya Az kepada pak cik Shaharudin.

“Ye, kenapa kamu tanya begitu?”

Tanya Pak cik Shaharudin. Wajahnya tiba-tiba berubah.

“Takdelah, sajer nak tanya. Sebab bilik tu berkuncikan. Dulu masa pak cik duduk dekat sini, tak ada ker berlaku benda-benda pelik kat rumah ni?”

Tanya Zai pula.

“Benda pelik apa pulak yang kamu maksudkan? Pak cik kurang jelas?”

Tanya pak cik Shaharudin seperti tidak memahami kata-kata Zai itu.

“Yelah, macam bayangan seorang perempuan yang menakutkan, terdengar gesekan biola dan benda-benda yang menyeramkan.”

Tanya Zee lagi.

“Maksudnya, kamu pernah ternampak seorang perempuan dengan biola?”

“Ha…a.”

Mereka mejawab serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience