BAB 10

Horror & Thriller Completed 5820

Zee dan Zai telah berada di Hospital. Mereka menunggu Iz yang masih tidak sedarkan diri akibat mengambil ubat tidur terlalu banyak. Mujurlah Zai tergerak hati untuk melihat Iz di dalam biliknya. Iz sudah pengsan di atas lantai biliknya. Kalau tidak apalah yang akan terjadi kepada kawannya itu. Keluarga Iz masih belum sampai.

“Aku peliklah sejak kebelakangan ini. Dulu Az, sekarang Iz pulak. Takkanlah Iz nak ambil ubat tidur. Nak kata frust dengan bercinta, tak mungkin. Apa sebenarnya masalah dia ni. Ada benda dia selindung daripada kita ker?”

Tanya Zee.

“Tulah. Aku kenal sangat dengan Iz tu. Tak mungkin dia akan buat kerja bodoh tu. Semalam dia okay jer cakap dengan aku. Aku rasa kita perlu siasat tentang benda ni. Mungkin betul apa yang Az dan Iz cakap pasal hari tu.”

Kata Zai.

“Ko rasa rumah kita tu berhantu ker?”

“Entahlah. Kita tak rasa apa-apa pun sebelum ni. Akupun pelik. Doktor kata ada kesan lebam dekat lutut Iz. Mungkin dia terjatuh semalam.”

“Apa-apapun kita tunggu Az balik malam ni. Kita bincang nak buat macam mana. Kita balik dululah. Aku nak mandilah. Melekit dah badan aku ni.”

“Okaylah.”

Az baru bertolak dari rumahnya. Dia mungkin sampai pagi. Malam itu, hujan turun dengan lebatnya diiringi dengan petir yang sambar-menyambar. Kilauan petir jelas terpancar di tingkap bilik mereka. Zee duduk di atas kerusi sambil menaip assigmentnya. Zai duduk meniarap di atas katil sambil bermain game ‘Feeding Frenzy’.

Kedengaran bunyi orang mengetuk di dinding biliknya. Zai mula memandang ke sekeliling biliknya. Perasaan takut mula menyelubungi mindanya.

“Eh…sapa pulak yang mengetuk malam-malam buta ni?”

Tanya Zai yang memecahkan kesunyian malam itu.

“Ish…jangan nak mengarut. Buat tak tahu jer. Malam-malam ni. Tak baik kita tegur benda pelik-pelik ni.”

Balas Zee yang menyambung kembali kerjanya.

Zai hanya menggaru-garu kepalanya. Jam di dindingnya menunjukkan 1.00 pagi. Tidak lama kemudian, kedengaran pintu diketuk berkali-kali. Zai memandang Zee dengan penuh tanda makna.

Agaknya Az sudah sampai. Zai dan Zee menyambutnya di hadapan pintu. Az kelihatan kesejukan dan wajahnya sedikit pucat. Mungkin dia terkena hujan. Dia tersenyum dan tidak banyak berkata-kata. Mungkin penat menaiki bas semalaman.

“Cepat kau sampai.”

Tanya Zee.

“Aku naik dengan sepupu aku. Malas nak naik bas. Lambat.”

Balas Az lalu masuk ke dalam biliknya.

Selepas itu, Zai dan Zee masuk semula ke dalam bilik. Mereka mengemas katil untuk tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Sedang asyik dibuai lena, Zai mula sedar apabila dia mendengar bunyi gesekan biola di luar biliknya. Zee yang bermain sms berhenti dan mula menarik selimut ke mukanya. Mereka mendengar dengan jelas sekali bunyi itu.

Semakin lama gesekan itu menjadi semakin rancak dan betul-betul menyeramkan. Zai memekup telinganya dengan bantal. Barulah kini mereka menyedari kehadiran sesuatu yang pelik seperti yang diceritakan oleh Az dan Iz. Zee dan Zai berharap Az sudah tidur dan tidak menyedari semua yang berlaku, takut kalau semangatnya akan hilang kembali setelah pulang dari kampung.

Zee mengejutkan Zai. Dia ingin menyiasat siapa yang menggesek biola itu. Zai tidak mahu dan menyuruh Zee pergi seorang sahaja. Namun dia berasa takut apabila ditinggalkan seorang diri dalam bilik. Lalu, Zai mengekori di belakang Zee. Tidak dinafikan, Zee memang seorang yang berani.

Zee membuka perlahan-lahan pintu biliknya lalu berjalan mengharungi kegelapan malam. Di mengintai di sebalik tiang. Alangkah terkejutnya dia melihat benda itu. Zai memerhati dan ingin menjerit. Namun, Zee menutup mulutnya. Takut benda itu menyedari kelibat mereka. Benda itu seperti yang diceritakan oleh Az tempoh hari. Zee berlari menuju ke bilik Az. Apabila pintu dibuka, Az tiada. Ke mana dia pergi? Mungkin dia ada hal dengan sepupunya itu. Nasib baik Az tak ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience