BAB 7

Horror & Thriller Completed 5820

Keesokannya, Az mula sedar. Dia menceritakan perkara yang berlaku padanya malam tadi. Hanya Iz sahaja yang benar-benar kata-kata Az itu. Zee dan Zai masih meragui kebenaran setiap kata-kata yang keluar daripada mulut Az dan menyatakan itu semua hanyalah ilusinya.

Beberapa hari kemudian, semuanya seperti sedia kala. Hari itu, giliran Iz mengemas rumah. Iz menyapu rumah sambil menyanyi lagu kegemarannya, Teenager. Tugas yang paling dia tidak suka. Kawannya yang lain keluar ke bandar untuk membeli barang keperluan rumah.

“Lebih baik aku buang sampah tiap-tiap hari daripada mop lantai dan menyapu nih. Tensionnya…”

Bisik hatinya.

Dia memandang bilik nombor tiga yang berkunci itu. Dalam hatinya tertanya-tanya apa yang ada dalam bilik itu. Entah-entah ada mayat hidup. Eh…mayat mana ada hidup. Sewel ke apa aku nih. Dia mengintai dari lubang-lubang kecil. Tak nampak apa-apa. Mungkin bilik stor kot. Eh! Aku ni macam FBI pulak macam dalam cerita-cerita orang putih tu. Tiba-tiba…Prang….

“Oh! Pocot. Mayat mati hidup balik. Ish…pinggan ni buat aku terkejut jer. Nasib aku ni muda lagi. Kalau tak mati kena kencing manis. Nasib baik diorang tak ada kat rumah. Tidak, abis aku kena gelak kerana melatah. Malunya.”

Kata Iz seorang diri.

Setelah siap kerja rumahnya, dia berehat di ruang tamu. Dia menonton drama kegemarannya, Tangisan Bulan Madu. Feeling la pulak aku ni. Mana diorang ni tak balik lagi ker. Aku dah lapar ni.Tiba-tiba dia terdengar pintu diketuk kuat.

Tok…tok..tok…tok.

“Panjang umur diorang ni. Baru aku sebut dah muncul.”

Iz berlari keriangan membuka pintu. Namun dia berasa hairan. Tiada siapa di luar rumah? Sepi dan hanya kedengaran bunyi.

Ukuk…ukuk…ukuk. Burung hantu! Iz tersedar, rupa-rupanya hari sudah malam. Dia tertidur sampai ke malam. Lamanya aku tidur. Mana kawannya yang lain. Belum pulang agaknya Kenapa mereka tak balik lagi? Iz terasa ada sesuatu sedang memerhatinya. Dia memerhati ke luar rumah. Jelas di telingannya kedengaran bunyi buaian di tepi rumahnya bergerak perlahan.

Krek…Krek…Krek.

Pokok mempelam di hadapan halaman rumahnya bergerak-gerak ditiup angin. Lalu dia terpandang seorang perempuan di atas buaian itu. Kemudiannya, terdengar isakan seperti orang menangis.

“Tolong aku…tolong aku…tolong aku.”

Iz bagai mahu tercabut jantungnya memandang perempuan itu. Putih pucat mukanya dan berambut hitam panjang mencecah ke lantai. Siapa dia? Apakah betul apa yang dilihat oleh aku ni? Dia terus menutup pintu dan berlari ke dalam bilik.

“Ha…Ha..Ha..”

Perempuan itu mengilai. Iz terus berlari tanpa menghiraukan apa-apa lagi. Tiba-tiba dia terasa dirinya ditarik dari belakang. Dia menjerit sekuat-kuatnya.

“Aaa……….”

“Hoi! Mengigau ker. Macam kena kejar dek pontianak aku tengok kau ni. Tulah tidur tengah hari lagi.”

“Ah! Ya Allah, nasiblah mimpi. Jauhkanlah aku dari mimpi buruk tadi.”

Bisik Iz sambil mengurut dadanya yang berdegup kencang. Mengapa mimpi buruk itu singgah di dalam tidurnya.

“Mu mimpi hantu lagi ko Iz.”

Tanya Zai sambil tergelak kecil.

“Tak abis-abis. Jomlah makan. Aku ada beli lauk kat kau ni.”

Ajak Az.

“Pergilah basuh muka tu dulu. Dahlah rumah tak habis kemas lagi. Boleh dia sedap-sedap beradu atas sofa tu. Ish…Ish…Ish…tak boleh harap langsung.”

Bebel Zee.

“Korang ni memang suka membebel. Nanti buka satu persatuan. Nama persatuan tu ialah Persatuan Membebel dan Mengumpat Sedunia. Baru best kan. Mesti banyak ahli yang nak masuk. Ha, cik Nor Afzeeriana jadi pengasasnya.”

Balas Iz lalu berlalu ke dapur.

“Em…Aku ingat nak balik kampung esok. Alang-alang cuti empat hari. Aku nak tenangkan fikiran aku ni.”

Kata Az sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

“Elok jugak tu. Boleh kau kembalikan semangat kau tu. Tapi kau kan masih demam. Larat ker kau nak balik sorang-sorang.”

Kata Zee.

“Ke mu nak balik dengan Hazim.”

Kata Zai.

“Erm…Buat pegetahuan korang, aku dengan dia dah tak ader ape-ape. Dah putus.”

Balas Az.

“Sebenarnya, kami dah tahu pasal tu. Iz yang ceritkan pada kami. Aku harap kau sabar ye. Iz cakap kau dah ader pengganti. Ke kau nak balik dengan Tariq?”

Usik Zee.

“Cepatnyer sampai berita ni kat korang ni. Ni mesti radio buruk bergerak ni yang bagi tau. Taklah. Aku balik dengan sepupu aku. Dia tunggu aku dekat Pudu. Korang tak payahlah risau dekat aku ni. Taulah aku jaga diri.”

“Selamat duit aku. Tak payah aku temankan kau. Sedaplah lauk-lauk ni. Korang beli kat mana ar. Kedai Juara Tom Yam ker?”

Tanya Iz sambil tersengih.

“Tak, Kedai Ashraf kau. Sebelum aku terlupa, tadi dia kirim salam dekat kau. Dia pesan dekat suruh ajak kau pergi tengok teater, hari Ahad ni. Dia yang menjadi pelakon utama dan tajuk teater tu Layang-layang Terbang Melayang.”

Kata Az sambil tersenyum menampakkan lesung pipit kepada Iz. Iz tersedak.

“Aduh! Sejak bila pulak si skema tu bukak kedai makan. Ni yang buat aku tak selera nak makan ni. Rasa nak terkeluar balik apa yang ada dalam perut aku nih. Dahlah ada hati nak ajak aku tengok teater dia. Tak hingin aku.”

“Tak selera apa kebendanya. Ni dah masuk tiga kali mu menambah. Pergi jelah. Free. Bukan senang nak dapat tiket free.”

Balas Zai diiringi ketawa mengenangkan telatah Iz yang melucukan. Terkena lagi aku. Tak guna….

“Kau Zai, tak payahlah nak kenakan aku. Korang tahu tak, Muizz Zhafri dia tu tolong bayarkan kita orang makan semalam. Lagi meletop.”

Kata Iz sambil tersenyum kemenangan kepada Zai.

“Tak guna punya member. Nantilah. Aku kenakan mu pulak.”

Kata Zai

“O…Diorang ni senyap-senyap jer ek. Tak bagi tau kita pon.”

Sampuk Zee.

“Tulah, bila nak ajak kita orang jumpa dengan Muizz tu. Aku teringin gak nak kenal dengan MPP yang famous tu. Huh! Bangga aku member dapat kaple dengan MPP.”

Kata Az.

“Mengarutlah, mu ni. Aku dengan dia tak der apa-apalah. Aku dulu satu sekolah dengan dia. Kawan biasa-biasa jelah.”

“Yelah tu. Kau jangan nak tipu akulah cik Zai oiii. Bukan aku tak tau, Muizz tu ajak kau tengok wayang cuti sem ni. Nak pergi senyap-senyap ek.”

Gelak kecil Iz.

“Dengarlah cakap Iz tu. Suka kenakan aku. Geramnya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience