chapter 3

Romance Completed 19365

Nak pakai baju apa eh? Dress or kemeja? shawl or bawal? Argh sepatutnya aku beli baju haritu takdelah aku kusut nak cari baju apa.
Eh nak keluar dengan Am je pun yang nak beria kenapa? Entah-entah dia ajak aku ke mamak sahaja dengar luahan blind date dia. Hmm pakai baju chelsea jelah memandangkan harini my favourite team lawan dengan Man United yang tak semenggah tu.

"Ibu Hannah nak keluar sekejap. Nanti Am ambil Hannah. "

"Yela, suka hati kamulah Hannah. Sambil keluar tu carilah jodoh sekali. Susah sangat ambil jelah Am tu sebagai boyfriend kamu. "

"Ish ibu ni. Bukannya ibu tak tahu yang Am dengan Hannah kawan jer. Kami tengah usaha lah ni cari jodoh. Parents ni memang tau bila kita takde calon jodoh sibuk suruh cari. Bila dah ada bila nak kahwin. Bila dah kahwin nanti sibuk bila nak beranak. Bila dah beranak... "

Tak sempat Hannah mahu teruskan bebelan dia tiba-tiba Am memberi salam dari luar pagar. Ibu dan Hannah menjawab salam. Hannah sekadar melihat Amran Firdaus menyalami ibunya sebagai tanda hormat.

"Makcik, saya bawa Hannah ya dengan saya. Tapi balik lambat sikit kot makcik. "

"Balik lambat? Ha okay jugak tu Am aku pun memang cadang nak ajak kau pergi tengok game chelsea. "

"Ish Hannah ni. Yela Am, makcik percayakan kau. Dah bertahun kau tu berkawan dengan Hannah. Jaga Hannah baik-baik ya. Tapi kalau dia banyak buat masalah, kau tinggalkan jelah dia dekat tepi jalan tu. "

"Ish ibu ini. "

Setelah mendapat izin dari ibu terus sahaja aku masuk kedalam kereta Audi Am. Bukan tak biasa naik kereta Am tu. Tapi sungguhlah jauh dari sudut hati, bukan sebab harta Hannah berkawan dengan Amran Firdaus.

"Weyh kau nak pergi mana Am? "

"Kau ikut jelah. "

Setibanya di sebuah butik busana terkenal rizman ruzaini. Hannah sedikit terkejut. Biar betul Am ni. Takkam nak lepak sini.

"Ha turunlah. Ikut aku. "

Dalam keadaan terpinga-pinga Hannah ikutkan sahaja. Yela mungkin Am ada urusan dengan pereka baju tu agaknya. Tapi setahu Hannah, Am datang ke busana ini hanya untuk ke majlis bersama mummy dia.

Hannah meninjau kawasan busana itu. Mewah. Harga? Jangan haraplah Hannah nak beli atau sewa dekat sini. Bagi Hannah elok beli terus dia buat kenduri arwah untuk duitnya. Tapi memang lawa baju-baju di busana ini. Padanlah kalau nak kata dengan harga pun. Jahitannya juga kemas.

"Hannah sini sekejap. " panggil Am. Kemudian ada seorang perempuan gayanya seperti pekerja busana ini. Dia mengukur badan Hannah. Hannah hanya biarkan. Dia mahu sahaja bertanyakan kenapa pada Am. Tapi kawannya itu sudah berlalu pergi.

Lima belas minit kemudian Am datang bersama satu suit yang sangat segak dipakainya. Entah kenapa dia bertambah kacak apabila memakainya. Warna suit putih dan kemeja didalamnya berwarna lavender amat sesuai dengan kulit Am yang putih itu. Nampak seperti orang yang kaya.

Yela selalunya bila dia keluar dengan Am. Baju Am seperti orang biasa sahaja. Kadang-kadang dia hanya mengenakan seluar pendek dan baju T sahaja. Simple and selesa katanya. Jadi bila dia beria pakai seperti ini naik segan pula Hannah berkawan dengannya.

"So how do I look? " kata Amran Firdaus sambil mengenyitkan matanya.

"Still look like a pervert. "

"Well, ramai tau berebut my heart dengan penampilan yang ini. "

"Well, kau tahu aku kawan dengan kau bukan sebab kau punya gaya or harta. Aku still suka gaya kau lepak dengan aku dulu. "

"Ya aku tahu Hannah. Sebab tu juga dalam banyak-banyak orang. Aku pilih untuk terus kawan dengan kau. Even sometimes kau ni creepy sikit. "

"Kau memang sukakan pecahkan suasana. "

Amran sudah ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience