chapter 12

Romance Completed 19365

Pening pula kepala aku ni. Kesan tak cukup tidur lah ni. Mananya cukup kalau otak tak habis-habis fikir tentang Hannah.

Amran terus sahaja memarkirkan kereta audinya dihadapan kedai 7eleven. Hendak beli panadol. Yela seharian ini nanti dia kena melawat tapak cawangan hotel yang baru Jadi dia perlukan tenaga lebih banyak lagi-lagi apabila bekerja di hari panas terik ini.

Sejak akhir-akhir ini cuaca di Malaysia begitu panas. Amran pun kadang-kadang begitu malas keluar dari office.

Sebaik sahaja dia buka pintu Audinya terdengar orang menjerit. "Aduhh.... "

"Eh cik sorry. Saya tak nampak. Maaf. Cik okay ke? Nak saya bawa pergi hospital? "

Amran cuba untuk melihat muka gadis itu. Namun gadis itu tunduk. Lagipun Shawl berwarna merah jambu lembut itu menutup muka gadis itu.

"Apa masalah awak ini? Kalau nak buka pintu tu pandanglah orang kat luar. Awak ingat jalan ni jalan awak ke? mentang-mentanglah awak tu orang kaya pakai audi boleh lah nak jatuh-jatuhkan orang rendahkan orang lain? Orang kaya ni semuanya sama je kan. "

"Tak semua orang kaya tu sama. Kalau orang kaya macam saya ni jahat dah lama dah saya tinggalkan Cik Hannah dekat sini. Cik Hannah tu dari dulu memang suka tuduh orang macam ni kan? "

"Am am amran? "

"Ya Hannah. Aku ni Amran. "

Hannah segera bangun dari jatuh. Dia membetulkan baju kurungnya. Ada kesan terkoyak. Dia menutup dengan tangan lagi sebelah. Kesian pula Amran melihatnya.

Tapi entah kenapa kepalanya yang pening tadi sudah hilang. Mungkin Hannah ialah penawar yang terbaik tika ini.

"Kau baru habis kerja ke Hannah? Kalau macam tu jom ikut aku. "

Bukannya Amran tak tahu yang memang Hannah sudah habis kerja. Yela Hannah kan cikgu tadika 12;30 selepas budak-budak balik. Dia pun boleh balik terus.

Hannah hanya berdiri tegak. Tiada tanda pun yang dia ingin ikut kata Amran. Bila Am melihat Hannah begitu. Am terus sahaja tarik Hannah masuk dalam kereta.

Suasana diam dan agak kekok dalam kereta. Hannah selepas sahaja tahu yang itu Amran. Satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut dia. Mati kutu Amran dibuatnya.

"Hannah.. aku kena lawat site dekat Putrajaya sekejap. So kau tunggu aku eh. Lepas aku lawat site kita pergi jalan-jalan. "

"Am kalau nak kerja. Pergi jelah buat kerja kau. Yang kau heret aku sekali kenapa? "

"Because we need to talk. "

"Sekarang boleh kan kau cakap apa halnya. Cakao jer sekarang. Nanti aku boleh tahan teksi balik rumah. "

Tapi Amran hanya diam. Malas nak bertengkar dengan Hannah. Marah betul Hannah padanya. Tapi Hannah marah pada sebab yang tidak kukuh. Ataupun Hannah juga mempunyai perasaan yang sama seperti dirinya?.

Setibanya di site kerja Amran. Amran terus keluar dan memakai topi keselamatan berwarna putih. Sempat juga dia berpesan kepada Hannah supaya duduk dalam kereta atau berdekatan dengan kereta sahaja jika ingin keluar.

Haish apa lah Am tu. Ajak aku tapi tinggalkan sahaja aku kat sini. Macam mana kalau aku kene culik? Macam mana kalau kereta Am ni kene curi and pencuri tu bawa sekali aku. Ish tak puas hati betullah.

Sedang Hannah membebel dengan diri dia sendiri. Tiba-tiba pintu pemandu sebelah dibuka. Hannah diam sahaja malas nak pandang Am. Dia pura-pura tido.

Dia pejamkan sahaja mata sehinggalah dia terasa satu tangan memegang peha dia.Hannah terbangun. Dia menolak tangan itu. Dia memalingkan muka dia di sebelah tapi disebelah itu bukannya Amran Firdaus kawan Hannah.

Tapi seorang lelaki yang dia sendiri tidak kenal. Ya Allah kenapalah mulut aku ni cabul sangat. Kan betul-betul kereta Am dicuri!!!

"Kau ni siapa haaa???? Baik kau bagitahu sebelum aku call polis " Jerit Hannah kemudian mengeluarkan Iphone nya.

Tapi nasibnya malang apabila satu lagi tangan merampas beg tangan Hannah dari belakang. Kemudian tangan itu menarik tudung yang dipakai Hannah.

"Kau ni lawa juga. Kalau ratah macam ini pun lagi lawa. Shawn kau hentikan kereta ni kat semak-semak yang dekat. Aku dah tak tahan. "

Kata lelaki di belakang kepada pemandu didepan tu. Jadi namanya Shawn. Kenapa harus Shawn? Sumpah lepas ni aku delete smua lagu dan gambar Shawn Mendes aku.

Lelaki dibelakang itu terus sahaja meraba Hannah. Hannah sudah menangis. Entah kenapa hilang terus seni mempertahankan dirinya apabila dia sendiri yang berlaku dalam kejadian ini. Dalam hati dia tidak habis-habis berdoa supaya sesiapa dapat selamatkan dia.

Hannah rasa tidak bermaya. Dia menjerit sekuat hatinya "Amrannnnnnn tolong aku!!! Aku tahu kau akan selamatkan aku... Ammmmmmmm"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience