Last Chapter

Romance Completed 19365

Sudah setahun kejadian itu berlaku. Reeta dan orang-orang dia sudah masuk penjara. Hukuman 20tahun penjara dan denda 5 ratus ribu.

Bungalow yang menjadi tempat kejadian itu sudah dirobohkan oleh keluarga Reeta. Keluarga dia mengaku bersalah. Syarikat keluarga Reeta? sudah muflis dan bukan lagi partner Firdaus Holdings.

Hannah? Masih tak boleh melupakan kejadian itu.Kejadian yang dia akan ingat sampai dia mati. Dia juga tidak tahu sama ada mahu bersyukur ataupun tidak. Bersyukur untuk terus hidup? Ya dia amat bersyukur. Tapi apa maknanya hidup jika orang yang dia cintai sudah tiada.

Siapa lagi jika bukan Amran Firdaus. Hero buat Nurul Hannah. Takdir mereka hanya sampai disitu. Gembira mereka hanya sekejap apabila masing-masing sempat melafazkan kata cinta yang selama ini dipendam jauh disudut hati.

Jika ini takdirnya, tidak mampu aku tolak ya Allah. Terima kasih kau sudah pinjamkan seorang pahlawan cinta yang sanggup korbankan takdir hidupnya demi cintanya.

"Amran Firdaus, walaupun takdir kita hanya sementara. Tapi nama kau didalam hati aku tetap selamanya. Andai takdir kita terukir dibintang. Percayalah yang bintang itu tak akan pernah pudar. Jika setakat ini sahaja takdir kita Am, aku sudah cukup bahagia. Aku cintakan kau Amran Firdaus. Tiada takdir lain melainkan kau."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience