chapter 9

Romance Completed 19365

Entah apa yang merasuk Amran, dari tengah hari tadi tak balik-balik. Inipun sudah malam. Katanya penat nak drive balik. Tapi bila aku nak tolong panggilkan teksi atau grab, dia melarang pula.

"Biarlah dia Hannah. Kau pun pelik kan kenapa dia macam tu, dah tu kau pergilah tanya dia kenapa. Bukannya asyik nak marah je. "

Ibu ni pun satu kalau si Amran tu disinikan macam Am tu pula anaknya. Asyik bela budak tu memanglah dia naik lemak.

Hannah melihat Amran Firdaus duduk di panking depan rumah tu. Dia baru sahaja pulang dari masjid selesai solat isyak.

Am ni dah kenapa? Esok Isnin tak kerja ke dia? Buat perangailah dia ni. Lagi aku nak jauh dengan kau, lagi dekat kau datang.

Hannah mengambil tempat disebelah Amran. Jauh juga Am termenung.

"Am jauhnya kau melayang. "

"Hannah, tak ada apa-apalah cuma sekali sekala dapat tenangkan fikiran seronok juga. "

"Kita dah nak masuk 27 tahun. Tapi masih tiada jodoh. Agaknya kita ni setia forever ever gamaknya. Am bila kau nak kahwin? "

"Aku tengah tunggu perempuan lamar aku la ni. "

"Ish kau ni tak gentleman langsung. Takkanlah perempuan yang mulakan? Jatuhlah maruah. "

"Apa salahnya kan? "

"Well takkan perempuan yang cakap... Amran Firdaus Bin Dato' Mustaffa will you be my husband? Will you marry me? Will you give all of your heart only for me? Will you live with me forever ever and ever after? "

"I will and I do. "

Suasana jadi janggal seketika. Jap Niat Aku nak bergurau yang Am terima tu kenapa? Eh mana aku tahu Am tu terima. Entah-entah dia pun bergurau! Jap kenapa aku rasa malu pulak ni? Hannah relaks.

"Kau ni pahal do, aku bagi contoh je. "

"Kenapa? Aku pun bagi contoh juga. Kalau perempuan lamar aku macam kau tadi. Aku akan cakap lah I will and I do. Muka kau merah tu dah kenapa? Hahahaha. "

"Even kalau yang lamar kau tu Reeta? " tiba-tiba Hannah meluahkan apa yang dipendam selama sehari ini. Ya Reeta lah yang buatkan dia tidak mahu bercakap dengan Amran.

Amran sudah pelik, Reeta? Macam mana Hannah tahu tentang Reeta? Ya Reeta memanglah suka aku dari dulu, tapi tak pernah pula aku layan minah tu.

"Kau rahsiakan apa dari aku Hannah? "

"Tiada apa lah Amran. It's your life not mine. If kau nak kahwin dengan sesiapa pun siapa aku untuk halang. I am just your friend right? "

Hannah sudah bangun untuk masuk kedakam rumah. Tidak betah pula dia duduk lama-lama dengan Amran. Entahlah hantu apa yang merasuk Hannah. Sejak Reeta datang jumpa Hannah. Dia rasa seperti ada satu perasaan yang himpit dia. Cemburu kah dia? Cemburu untuk apa? Sepatutnya dia gembira apabila ade wanita yang sanggup kejar cinta Amran seperti Reeta. Ha mula la ni air mata nak jatuh. Tahan Hannah Tahan. Jangan jatuhkan air muka kau depan Am.

Baru selangkah Hannah mahu pergi, tangan Amran tangkas memegang tangan Hannah. Entahlah Amran pun tidak tahu kenapa dia lakukan seperti itu. Ia seperti tindak balas dia sendiri tanpa dia sedar.

Apa yang dia tahu, dia tidak boleh melihat keadaan Hannah begitu. Bukannya dia tak sedar Hannah tahan air mata nya dari keluar. Amran hanya rasa sakit apabila Hannah juga sakit. Yela mereka kawan sudah lama. Hubungan mereka walaupun bukan pasangan kekasih tetapi mereka cukup bahagia.

"Hannah, kalau aku nak kahwin pun.. orangnya bukan Reeta, bukan Nina De Luthfy atau semua calon jodoh mummy untuk aku. "

"Aku tak kesahlah Amran ! Kau nak kahwin dengan alien sekalipun aku tak kesah ! Cumanya jangan sebab perempuan yang kejar kau tak dapat, diorang jumpa aku ugut aku demi kau Am. Ya aku kawan kau Am ! Tapi kawan jenis apa kau ni bahayakan kawan kau sendiri? "

"Hannah aku tak berniat pun nak bahayakan diri kau. Okay kalau aku salah aku minta maaf. Tapi sumpah Hannah sejak aku kenal kau Hannah, sejak dari mula kita jadi kawan... aku dah berjanji dengan diri aku untuk sabar dengan kau. Untuk sentiasa ada dengan kau kalau kau perlukan aku. Untuk setia sampai kau jumpa lelaki yang boleh jaga kau sampai mati. Tak pernah sekali pun aku cuba nak ambil kesempatan atas kau."

"Sudahlah Am..sudah..." Hannah sudah tidak dapat tahan lagi. Air mata dia malam ni murah sangat. Asyik keluar jer. Apatah lagi bila Amran sudah berkata begitu.

"Ya Hannah, Kita ni macam langit dan bumi. Jauh beza. Tapi hati kita sama Hannah. Kau faham aku dan aku pun faham kau. Bila aku dengan kau, aku lupa segala kepayahan yang aku lalui dalam hari-hari aku. Yang paling penting Hannah. Bila dengan kau aku boleh jadi diri aku sendiri. "

Tiba-tiba sebuah lampu kereta memasuki perkarangan rumah Hannah. Kereta ayah Hannah yang baru pulang dari rumah kawannya. Hannah cepat-cepat meleraikan genggaman Amran dan lari masuk kerumah. Amran hanya mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience