chapter 14

Romance Completed 19363

"Hahahahahahaha, Kenapa Hannah? Kau takut dengan aku? " kata Reeta apabila dia menembak kearah siling rumah itu. Saja Reeta nak takut-takutkan Hannah.

"Hannah ! " Amran Firdaus terjerit kecil apabila dia terdengar tembakan dari tingkat atas bungalow itu. Dia cepat naik ke atas dan melihat Hannah yang sudah terbaring dengan luka dimuka. Hannah juga sudah tidak lagi mengenakan tudungnya. Mungkin mereka yang menanggalkan tudung Hannah.

Amran mencari idea untuk menyelamatkan Hannah.Namum dia tahu dia perlu cepat dalam membuat keputusan ini. Tiba-tiba dia mendengar Reeta menjerit.

"Aku dah kata jauhhh dari Amran tapi kau tak dengar ! Sekarang kau dapatlah balasan kau. "

Kali ini Reeta lihat seperti tidak lagi bergurau. Amran tidak sempat berfikir apa-apa melainkan dia sendiri datang dan memujuk Reeta dengan cata yang elok.

"Reetaaaaa stop it ! This is me Amran. Lepaskan Hannah please. I sanggup buat apa sahaja demi you janji you lepaskan Hannah."

"Amran !" serentak Reeta dan Hannah berkata.

"Reeta, please. Kalau you want me to marry you. Okay I will ! but promise me dont be a killer. "

"Betul you nak kahwin dengan I? You tak tipu? You maksudkan apa yang you cakap?" tanya Reeta sambil memegang rambutnya.

"Yes Reeta. Anything for you ! Anything !"

Dalam hati Amran betul-betil berharap yang Reeta akan tertipu dengannya tapi malang apabila Reeta mengacukan sekali lagi pistol ke arah Hannah.

"You ingat I ni bodoh ke Amran Firdaus !? Once perempuan ni ada depan mata you selagi tu you tak akan pandang perempuan lain ! "

"Am...Aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau Am. Kau cakap dekat ibu dan ayah aku. Aku sayang sangat dengan diorang. Am klau takdir kita hanya sebagai kawan dan inilah hujungnya. Aku nak kau tahu aku sangat gembira jadi kawan kau." tulus Hannah bicara bersama air matanya yang laju bercucuran.

"Tak Hannah. Takdir kita tak akan pernah berhenti Hannah ! Takdir kita jauh lagi ! Ini bukan penghujung jalan cerita kita. Masih banyak lagi aku nak ciptakan bersama kau Hannah. Aku sayang kau Hannah dan Sayang aku ni !!! sayangnya lebih dari seorang kawan ! Aku nak kau tahu tu Hannah. Aku......"

Belum sempat Amran menyelesaikan kata-katanya, Dia terus berlari untuk mendapatkan Hannah kerana dia lihat Reeta yang sudah mahu melepaskan tembakannya.

Peluru itu tepat terkena kearah belakang badan Amran ketika itu Amran tengah memeluk Hannah. Cuba untuk selamatkan Hannah.

Hannah memeluk kembali Amran apabila dia terasa darah dibelakang badan Am. Air matanya sudah jatuh. Dia melihat Am yang memandang tepat ke arah anak mata Hannah.

Tangan Am memegang lembut pipi Hannah. Tidak membenarkan Hannah terus menangis.

"Am jangan macam ni Am. Amrannnnn Kau kena kuat. Kau kan Hero. Kau tak boleh mati kat sini. Kau juga cakap kita tak cukup lagi cipta memori. Amran Firdauss ! cakap dengan aku sekarang Amrannn yang ini bukannya hujung takdir kita !"

Amran senyum sambil menahan sakit. Air mata lelakinya juga turut mengalir apabila melihat hannah seperti ini.

"Hanhannah aku.. aku.. aku cincintakan kau."

"Ya Am. Kau dah buktikan yang kau cintakan aku. Aku pun sama Am. Aku cintakan kau juga. Jadi bangunlah Am ! Bangun! Lengkapkan takdir kita. Amran bangun !"

Amran tersenyum mendengar pengakuan Hannah. Kemudian dia memejamkan mata dengan air mata yang mengalir.

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience