chapter 2

Romance Completed 19365

"Assalamualaikum. " kata Amran Firdaus sebaik sahaja ingin memasuki rumah agamnya. Kelihatan seperti tiada orang sahaja di rumahnya. Tiba-tiba..

"Amran Firdaus !" laung Datin Salima mummy Amran.

"Yes mummy, why? Set up my next blind date again? "

"Why not? Kawan mummy semua datang majlis with their future daughter in law. Mummy? sentiasa seorang. Am tak kesian ke dekat mummy? "

"Riana kan ada. "

"No Am. Riana tu adik kamu. Kawan mummy bawa calon menantu. Bukannya anak perempuan mereka. Mereka sampai ingatkan Am ni.... "

"Gay? "

" Iya. Ke memang betul Am ni... "

"Bukan lah mummy.. nanti-nantilah kita sambung tentang ni. Am penat. "

Haih anak aku seorang ini. Sampai bila nak jadi begini. Tak pernah seorang pun perempuan dia pernah bawa pulang untuk berkenalan dengan aku. Bila kita carikan semuanya tak kena.

"Ibu... semalamkan Hannah pergi kedai baju ni lawa sangat baju dia ibu. Tapi mahal sangatlah macam tak berbaloi je harga dia sedangkan Hannah tahu ibu buat baju Hannah lagi senang tak payah bayar. " bebel Hannah.

"Ibu ini Hannah, boleh sahaja buat baju kamu. Malah baju kahwin pun ibu boleh jahitkan. Usia kamu tu dah lanjut dah Hannah tiada ke calon untuk ibu? "

"Ala ibu ini. Pasal baju pun boleh dilencongkannya ke arah kahwin. Apa kene mengena entah. "

"Hannah ayah kamu tu sibuk cakap dekat ibu kalau boleh tahun depan dia mahu juga kamu kahwin. Bukan apa kami ni dah tua dah Hannah kalau boleh nak lah ibu dan ayah kenal bakal suami kamu. Boleh ke tidak jaga kamu kalau kami tiada nanti. "

"Ibu Hannah nak mandi. Then tidur mana tahu Hannah mimpi kahwin dengan Shawn Mendes ke kan senanglah ibu dan ayah. Dapat menantu popular satu dunia."

Inilah anak aku seorang sebut pasal kahwin lari. Kalau cakap nak taja majlis kahwin pun lari jugak. Apa kena anak aku ini. Ataupun dia memang sudah ada pilihan sendiri?

Oh Ive been shaking
I love it when you go crazy
You take all my inhibitions
Baby There's nothing holding me back

Hannah swipe iphone 6 plusnya untuk menjawab panggilan yang diterima.

"Ha walaikumsalam. "

"Hannah this weekend kau free? "

"Jap aku tengok jadual aku. Ha free kenapa. Nak ajak aku date ke Am. Aku okay jer tapi aku sekarang tengah kering so selaku member yang mengajakkan wajarlah kau belanja aku. "

"Yela Hannah untuk kau semua boleh. Tapi pastikan jadual kau kosong nanti aku amik kau kat rumah. Bye"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience