chapter 11

Romance Completed 19365

Kata-kata Mukhriz tentang perasaan dia terhadap Hannah semalam memang membelenggu otak dia. Oh My God tak mungkin dia jatuh cinta dengan kawan baik dia sendiri.

Kenapa harus wujud perasaan ini??? Oh tidak! Kalau Hannah tahu aku macam ini mumgkin dia tidak mahu kawan dengan aku lagi. Eh sekejap yang aku beriya kenapa? Bukannya aku pasti yang aku betul sayang dia sebab cinta atau sebab kawan kan. Yang aku takut sangat kenapa?

Tidur malam Amran tidak lena apabila teringatkan Mukhriz. Argh Mukhriz saja mahu psiko aku. Tak payah layan lah Am. Tapi semakin dia cuba jauhkan perasaan tu, semakin kerap pula dia fikir.

Amran turun ke dapur untuk mengambil air. Sudah puas dia kehulu kehilir didalam bilik dia. Dia perlukan ruang yang lebih besar untuk sucikan minda dia daripada kata-kata Mukhriz.

Tiba-tiba Dato' Mustaffa datang ke dapur. Mungkin untuk menghirup secawan kopi. Itulah rutin sebelum tidur Dato' Mustaffa.

"Eh Amran, tidak tidur lagi? "

"Tak daddy. Minum air sekejap"

"Kamu ada fikirkan apa-apa ke? "

"Mana ada Am fikirkan Hannah daddy. "

"Daddy tak cakap pun tentang Hannah. Daddy cakap pasal Project Marketing kita. Memandangkan pihak BOD sudah setuju dengan projek hotel kita. So maknanya kamu fikir tentang Hannah la ya? "

Haduh kan dah kantoi. Siapa suruh kau melulu sangat. Jawab lah kau dengan daddy.

"Daddy, masa daddy mula-mula jumpa mummy.. Daddy buat apa? "

"Mummy? Daddy jenis gentleman. Kalau dah suka daddy terus saja jumpa tok nek dan tok ayah kamu minta restu nak kahwin. "

"Oh. Apa yang menyebabkan daddy yakin mummy tu jodoh daddy? "

Tak pasal-pasal daripada COO bertukar kepada wartawan melodi tanya tentang cinta Dato' Mustaffa. Haha.

"Hati. Hati ni Am tak pernah tipu diri kita. Bila daddy jauh dengan mummy, hati daddy ni resah, risau. Bila perempuan lain yang jauh lebih cantik lebih seksi dari mummy, Hati daddy ni Am tak rasa apa-apa. Tapi bila nampak sahaja mummy kamu. Hati daddy ni gembira sangat-sangat. Hati daddy tak boleh terima perempuan lain melainkan mummy. Sebab hati daddy tak pernah menipu. "

Amran terus sahaja balik ke biliknya. Tengiang-ngiang dia dengan kata-kata daddy. "Hati tak pernah menipu. "

Jika hati dah kata sayang, patutkah aku menolak hati dan terima sahaja status hubungan aku dan Hannah?

Jika aku memilih hati untuk terus sayang Hannah. Dia terima ke? Atau aku akan terus letak Hannah dalam bahaya? argh.

Aku serahkan sahaja pada takdir. Andai takdir aku dan Hannah terukir dibintang. Tak mungkin bintang itu akan pudar. Andai takdir Hannah bersama orang lain yang lebih baik dari aku. Tetap juga aku akan hadiahkan Hannah bintang yang tiada gantinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience