chapter 8

Romance Completed 19365

"Hannah? Dah balik ke? Kenapa tak dengar pun skuter kau tu? Rosak lagi ke? " Bertubi-tubi ibu Hannah tanya. Risaulah dia akan Hannah. Yela Hannah lah satu-satunya anak perempuan mereka walaupun kadang-kadang dia macam lelaki.

"Takdelah makcik, Hannah tumpang kereta saya. Tadi dia terjatuh. Bengkaklah juga buku lali dia. Tapi saya dah letak ais dah. Kuranglah sikit bengkaknya. " Balas Amran apabila Hannah seperti tidak mahu balas kata-kata Puan Sofiah.

"Ya Allah budak ni. Am Hannah ni memang tau, kalau buat sukan apa pun mesti nak jatuh. Kadang-kadang tu jalan pakai selipar pun jatuh. Cuai sangat. Nasib baik Am ada. "

"Pasal skuter Hannah. Nanti Am call kawan Am dia boleh tolong hantarkan. "

"Terima kasihlah Amran. Ha alang-alang tu meh lah makan tengah hari di sini. Makcik masak banyak harini. Memang ingat nak ajak kamu."

"Dia ada meetinglah ibu nanti. Tak sempat. Nanti lambat dia kene marah dengan daddy dia pula. "

Hannah tolak lawaan ibunya untuk Amran Firdaus. Bukan apa sejak kejadian tadi, serious dia rasa tak mahu dah kawan dengan Am. Biarlah dia alone dekat dunia ni.

"So you ni Nurul Hannah Zulkiflie? Muka, not bad even tak make up. Takdelah class sangat. Tinggi macam model pun tak. Harapkan putih sahaja. Well Im Reeta. Amran's Fiance. "

"Oh tahniahlah dah bertunang. "
Kau ingat aku nak percaya ke? Entah-entah kau lah perempuan pertama Am reject. Ingat kau tu lawa kau boleh ke rendah-rendahkan aku walaupun aku memang rendah. Apahal nak tinggi macam model? Tinggi-tinggi pun sesuai sangat ke nak jadi model? sesuai cuci kipas jelah.

"Kau ingat, aku tak nampak ke kau pura-pura jatuh sebab nak dapatkan perhatian Amran? Hello perempuan gold digger macam kau ni memang suka pun berselindung didalam tudung kau pakai tu. "

"Apa cik nak sebenarnya? "
Naik marah pula aku. Bukannya aku tak boleh balas kata-kata kau tapi aku takut nanti aku cakap bukan-bukan kau akan hebahkan dan malukan mummy dan Amran. Sedangkan mummy pun boleh terima aku. Kau tu dah kenapa?

"Jauhi Amran Firdaus Dato' Mustaffa! or kau akan dapat balasannya. Simple right. "

"Hannah, Aku kan cuti hari Ahad. Tiada meeting pun. Orang tua-tua cakap tak baik tolak rezeki. Lagipun aku dah kat rumah kau dah. Jomlah makan sekali. "

Hannah melihat muka Amran yang memang dari tadi lapar. Cuma dia buat tak dengar je dalam kereta tadi. Dia pura-pura tidur.

"Suka hati kau lah. Masuklah duduk dulu. Aku carikan baju dan tuala. Kau punya bau tu dah macam kambing. "

Puan Sofiah melihat Hannah dan Amran. Seperti ada yang tak kene. Bukan Amran tetapi Hannah. Hannah bukan seperti ini. Malaslah dia nak masuk campur. Tak pasal-pasal lain pula jadinya. Tapi Amran tetap sabar dengan Hannah. Hmm kalau Amran jadi menantu aku pun bagus juga. Tapi apakan daya Amran dan Hannah bagai langit dan bumi kedudukannya.

Tapi andai itu yang ditakdirkan bezalah setinggi langit, mereka pasti bakal bersatu ! datanglah beribu taufan, gengaman tetap juga akan bertaut. Walaupun jalannya bukan mudah tapi selagi mereka percayakan takdir, Takdir akan tetap bersama menolong cinta mereka.

Walauoun mereka hanya kawan, jauh di sudut hati mereka aku tahu ada rasa sayang. Rasa yang mereka sendiri tidak sedar ! Rasa yang mereka sendiri pendamkan kerana takut persahabatan mereka akan terungkai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience