chapter 10

Romance Completed 19365

"Eh Amran! lama pakcik tak jumpa kamu. Apa kamu buat disini? " tegur pakcik Zulkifle apabila melihat Amran Firdaus di panking rumahnya.

"Tiada apalah pakcik, Am hantar Hannah tadi. Dia jatuh tunggu kawan hantar skuter dia. Tu yang duduk dekat panking ni. "

"Oh yela makcik Sofi kamu tu ada cerita pasal pagi tadi. Ni dah minum ke? Sekejap pakcik suruh makcik kau buat air teh. "

"Eh tak apalah pakcik. Sekejap sahaja ni. Pakcik, sebenarnya selain tunggu skuter Hannah, saya pun tunggu pakcik balik. Nak bincanh sesuatu. "

"Ha kenapa Am? "

"Tentang Hannah. "

Sudah hampir sebulan sejak Amran ceritakan tentang Hannah berlakon menjadi kekasihnya pada majlis harijadi mummy.

Sebulan juga Hannah tidak menelefon atau menghantar whatsapp kepadanya. Argh semuanya serba tak kena bila Hannah seperti hilang dari hidupnya. Namun jika hubungan dia dan Hannah hanya menyakitkan diri Hannah. Amran sanggup berjauhan.

Entah kenapa perasaan ini timbul. Tidak tahu bila ia datang. Hadirnya dia tidak pernah dijemput. Bila dihalau pergi, tidak juga perasaan ini hilang. Galau! Perasaan apa ni? Rindu? Risau? Sayang? semuanya seperti dicampur.

"Brooooo!!!! " Mukhriz menolak pintu pejabat Amran. Namun silap besarlah Mukhriz hari ini.

"Kenapa kau tak reti ketuk pintu dulu? Kalau aku ni ada sakit jantung. Mati dah tau. "

"Relaks lah bro. Selama ni aku buat begini kau okay jer. Kenapa kau serabut sangat? selama 5 tahun kau kerja dekat FH ni tak pula kau serabut dengan kerja. Malahan kerja kau tiptop. "

"Entah aku pun tak tahu kenapa dengan aku sekarang. Aku rasa macam something missing lah riz. And aku tak tahu benda tu apa? "

"Tentang? "

"Hannah. "

Mukhriz tahu tentang Hannah dengan Amran. Yela Hannah juga kawan sekolahnya dulu. Cuma tidaklah serapat Hannah dan Amran. Mungkin kerana Mukhriz melanjutkan pelajaraannya ke luar negara. Boleh dikatakan semua rahsia antara Hannah dan Amran dia tahu.

"Okay tell me. "

"Last aku jumpa dia, kita orang gado. Dia ada sebut nama Reeta. Aku kenal Reeta tu Riz. Dia tu manja sangat dengan mak bapak dia. Apa dia nak semua dia dapat. Bila dia nak aku dan dia tak dapat. Kau boleh bayangkan kan apa dia buat? "

"Oh shit bro! kalau membunuh pun dia sanggup Amran! But macam mana dia boleh tahu tentang Hannah? "

"Aku minta tolong Hannah jadi awek aku masa birthday party mummy. And satu party kecoh apa lagi. Semua nak tahu siapa Nurul Hannah Zulkiflie. "

"Kau gila lah Am. Seriously? Kau punya tindakan tu macam budak-budak! Kau tahu kan betapa ramainya anak-anak Dato' dan Tan sri nak kau jadi menantu diorang sebab kau punya aset harta? "

"Ya aku tahu, tapi aku taknak pun anak diorang tu. "

"Then? Kau nak selamatkan diri kau.. kau suruh Hannah jadi kambing hitam kau? Orang mesti cari dia lah Am demi nak jadi isteri kau. "

"Aku tahu aku bodoh sebab bahaya kan Hannah. Tapi aku tak berniat masukkan dia dalam dunia aku macam ni. "

"Then mana Hannah? "

"I dont know. Lepas dari haritu aku takut nak dekat dengan dia dah. Aku takut dia lebih terluka disebabkan aku. "

"Aku tak rasa dia terluka Am. Sebab aku tengok kau yang lebih terluka bila dia terluka. "

"Maksud kau? "

"Bila kau dekat dengan dia, kau takut dia akan terluka right? But bila kau jauhi dia, dia tidak akan apa-apa but end up kau yang rasa kehilangan. Kau yang rasa semua benda tak kena. Kau nak tahu sebab apa? "

"Sebab apa? "

"Sebab kau dah jatuh cinta dengan kawan baik kau sendiri Am. You are in love with Hannah. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience