chapter 7

Romance Completed 19365

Puan Sofiah membancuh secawan milo panas untuk puteri keayangannya Hannah. "Nah, anak dara aku seorang ini pemalas sungguh. Milo pun malas ya rabbi nak buat. "

"Ala ibu ni orang nak manja-manja pun tak boleh. Kerja nya membebel sahaja. Tapikan ibu Hannah rasalah kan Hannah ni ikut ibulah sebab asyik bebel macam ibu juga. "

"Banyaklah cekadak kau. Ni pagi-pagi begini nak jogging dengan siapa? Amran? "

"Yela ibu. Hannah ni mana ada kawan lain dah. Tu seoranglah yang tahan dengan baran Hannah ni."

"Ibu pun dah lama tak nampak budak tu. Kuat sangat dia kerja. Tak apalah Hannah nanti kau ajaklah Amran tu datang sini makan tengah hari dekat sini. Ibu rindu pula dengan dia. "

"Yela ibu. Bye. "

Hannah terus mengambil kunci dan helmet. Kemudia dia hidupkan enjin moto skuternya itu. Dia melihat jam. Sempat lagi ni kalau lambat nanti tak pasal-pasal kene perli dengan si Am tu. Pantang betul dia kalau aku buat salah.

"Hannah you are late! "

"Lima minit je pun bukannya lima jam okay. "

"Still lambat. Mengaku jela jangan ego. Kalau dah salah tu minta maaf bukannya pertahankan. Inilah dia budak zaman sekarang takda etika hidup langsung. "

"Dahlah, jom jogging. "

"Eh kau tu tak warm up lagi. Nanti cramp aku yang susah. "

"Aku dah warm up dah dengan bebelan kau. "

Mereka teruskan sahaja jogging walaupun Amran sudah melarang untuk Hannah panaskan badan dahulu. Degil sangat budak tu. Malaslah Am nak cari gaduh yela banyak hari juga mereka tak bertemu. Jadi dia taknaklah jadi pemusnah suasana.

"Am aku senak kat perutlah. "

"Aku dah bagitahu warm up. Kau jog lah slow-slow dulu. Aku jog satu lap dulu. "

Sudah suku jalan juga Am jogging melepasi Hannah. Tiba-tiba dia dengar satu suara menjerit. Dan dia kenal sangat dengan suara itu.

"Hannah! "

Am terus berlari kearah Hannah kembali. Dia sudah lihat Hannah yang terduduk jatuh.

"Kau okay tak? "

"Ankle aku sakit. Aku rasa terseliuh kot. "

"Boleh bangun tak. Try slow-slow. Jap meh tangan kau. "

Tapi Hannah tetap mahu berdiri dengan sendirinya. Tapi Amran sudah pegang tangannya.

"Aku bukan sengaja pegang kau nak ambil kesempatan. Kau tu sakit. Silap-silap kalau paksa sendiri kaki kau boleh luka lagi teruk. Cuba sekali sekala kau buang sikit sikap ego kau tu. Tak payah lah nak buat aku risau. Kau tu dah besar, tapi diri sendiri pun tak boleh jaga "

Am memapah Hannah untuk duduk di kerusi berdekatan dengan mereka. Hannah hanya diam apabila dimarahi Am sebegitu. Ya dia jujur dia memang ego. Amran lah yang selalu sabar dengan dia.

"Tunggu sini. Aku pergi kedai depan tu sekejap. Nanti aku datang balik. "

Haih dahlah lama tak jumpa lepastu kau marah-marah aku pulak. Ni yang nak merajuk ni. Tapi salah aku juga. Dia dah suruh warm up aku buat tak tahu je padanlah muka. Bebel Hannah dengam dirinya sendiri.

Tiba-tiba ada seorang berdiri didepannya. Dia sangkakan Amran. Tetapi seorang peremouan yang berdiri didepannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience