chapter 13

Romance Completed 19365

"Hello Polis! saya Amran Firdaus Dato' Mustaffa. Saya nak buat laporan tentang kereta saya telah dicuri! Kereta Audi nombor plat AF1. Tapi yang paling penting ada seorang gadis bernama Nurul Hannah Zulkiflie didalam kereta tersebut! Tolong kesan kereta saya sekarang juga!!!!!!!!!!! "

Hannah mana kau. Tolong Hannah tolong jadi kuat. Hannah tolonglah kau dekat mana. Hannah kau tunggu aku datang! Aku akan selamatkan kau walau apa cara sekali pun Hannah!

Suasana di site amat kecoh dengan berita kehilangan kereta Amran. Apatah lagi kereta itu dibawa lari bersama seorang gadis didalamnya.

"Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk untuk cari Hannah. Berikan aku peluang untuk terus lindungi Hannah ya Allah. Jika takdir Hannah untuk terluka pada kejadian ini ya Allah. Kau tukarkanlah takdir kami! Kau biarlah aku yang terluka! Sungguh ya Allah aku tak boleh hiduo ketika lihat Hannah berduka. "

Dengan izin Allah, Amran terfikir yang Iphonenya sentiasa connect dengan kereta Audinya! Dia boleh kesan dimana keretanya berada. Dia melihat sebuah motosikal berkuasa tinggi dihadapannya. Tanpa meminta izin Amran terus sahaja menunggang motor itu tanpa memakai helmet. Dia juga sempat mengeluarkan kad dia kepada tuan motor itu supaya senang tuan motor itu hendak mencari dia.

Dia teru memecut laju dengan bantuan pengesan Iphonenya. Dia berharap Hannah kuat menangani masalah di sana.

Dia melihat pengesan itu berhenti dia persekitaran 10km dari sitenya. Dia hanya mamou berharap yang pencuri tu tidak akan membuang Hannah dia mana-mana

Dia memecut laju. Tapi dia amat pelik apabila dia sampai di suatu rumah bungalow yang seperti tiada orang. Dia melihat ada kereta Audinya. Dia dengan senyap masuk kedalam rumah itu.

"Berapa kali aku nak cakap dengan kau ha? Jauhi Amran! He is only mine! So beginilah senang. Kalau kau tak nak jauh dengan dia. Biar aku yang hapuskan kau Hahahaha. "

"Kau tu yang tak boleh terima kenyataan Reeta! Kalau Am tu dah tak nak dengan kau kenapa kau nak paksa? Apa dah pupus ke jantan kat dunia ni? Kenapa perlu Am? Sebab kau nak harta dia? Kau tu yang Gold Digger bukan aku! "

"Kurang ajar!!!!!!!!! " Reeta terus sahaja melempang pipi putih Hannah. Pedih? Ya memang pedih. Tapi pedih lagi hati ni bila Reeta tu sanggup rancang semua ini untuk pisahkan aku dengan Amran. Pedih bila teringat yang diri ni hampir diperkosa oleh orang suruhanya!!

"Kau ingat aku takut ke dengan kau Reeta? Mentang-mentanglah kau tu anak orang kaya. Kau boleh bayar orang untuk buat aku macam ni kau beh pijak aku. Kau ingat kau hebat ke? Kalau kau hebat sangat kau akan menangi hati Am tanpa perlu musnahkan aku. Dan sekarang memang terbukti kau tu lemah. "

"Eh perempuan! Kau tu sedar diri sikit. Hidup tu dahlah tak seberapa. Cuba berkawan dengan orang setaraf kau! Ini sibuk nak kejar Amran. Dasar perempuan murah! "

Reeta meludah ke muka Hannah kerana geram dengan Hannah yang tak mengaku kalah. Walaupun diikat kuat tangan dan kakinya. Namun dia tetap melawan!

"Shawn give me the gun now! "

Setelah orang suruhan Reeta memberi pistol itu ketangan Reeta. Reeta mengacukan tepat ke arah kepala Hannah. Kemudian Powww....

Sedas tembakan Reeta lepaskan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience