chapter 4

Romance Completed 19370

Suasana hangat apabila tibanya satu pasangan yang amat tidak dijangka hadir di majlis sambutan ulang tahun Datin Salima yang ke 43.

"Sebab itukah Amran menolak semua calon Datin Salima? "

"Siapa perempuan dengan Amran? She looks kinda pretty. "

"Perempuam itu dari mana? Anak orang kaya juga kah? "

Panas sahaja Hannah dengar orang-orang disini kata tentangnya. Kalau dia tak fikir ini majlis orang, sudah lama dia balas balik kata-kata orang itu. Apa mereka fikir kaya itu melambangkan hati budi? Pangkat Dato Datin tu kalau mati sama je orang panggil arwah. Argh.

Kalau bukanlah semua ini sebab kawan aku ! Bayarlah berapa juta pun tak sanggup jadi begini. Ya tuhan selamatkan aku dari golongan seperti ini. Aku mohon ya Allah kuatkan hati aku.

"Hannah ni baju kau. Cuba kau pakai dulu. Aku tunggu. Miss please help her. "

" Eh Am kau ni kenapa? Aku tak naklah pakai baju ini. Baju chelsea aku ini baru lagi tau. Walaupum copy ori tapi sayang tau. "

"Aku suruh tukar bukan suruh bakar pun chelsea kau tu. Jangan banyak bunyi sangatlah. "

Aku masuk juga ke ruang persalinan bersama Miss tadi tu. Ikutkan sahaja Si Amran tu suruh. Kang betul-betul dia tinggalkan aku tepi jalan macam ibu cakap susah pulak aku.

"Mr Amran, this is Nurul Hannah 2.0 seperti Mr. Amran mahukan " kata Miss kepada Am.

Hannah keluar dari bilik persalinan dengan dress labuh lengan panjang berwarna putih dan renda warna lavender serta mengenakan selendang berwarna lavender juga. Hannah juga mengenakan make up yang amat sesuai dengan pakaian. Sangat cantik. Kalau dibandingkan cinderella, jauh lebih cantik Hannah.

"Kalau macam ini baru setaraf nak keluar dengan aku Hannah. Baru bagai pinang dibelah dua. Kau pun dah belah-belah hati aku tengok kau. Haha"

"Kau saja kan perli aku. Tapi kenapa kau suruh aku pakai macam ini? "

"Okay, kau kenal aku and aku pun kenal kau. You know my mummy, cerewet. Aku kenal keluarga kau. Tapi kau tak pernah tahu keluarga aku depan-depan. So kalini I'll let you know more about my family. "

"Sekejap apa maksud kau Am? Cuba jangan berkias sangat."

"Hmm, jadi partner aku? "

"Wait what? tak nak lah aku. Kau gila ke? "

"Please, semua kawan mummy ingat aku ni gay. Takkan kau tak boleh tolong kawan baik kau. Kau sanggup ke tengok kawan kau malukan mummy sendiri dekat majlis harijadi mummy. Please Hannah. Kau je yang sesuai sekarang Hannah. Okay macam ini, aku bayar kau. "

Tiba-tiba Hannah rasa seperti dunianya terbalik apabila dia tiba-tiba rasa mahu terjatuh apabila tumit heels yang dipakainya patah.

Nasib baik Am sempat memegang bahu Hannah. "Awak okay ke? Awak fikir apa sampai jalan begini. "

"Am, aaaa... "

belum sempat Hannah habiskan kata-katanya tiba-tiba Am mencelah.

"Ayang punya kasut ke? Tak apalah nanti Am bagi ayang kasut baru. "

Nasib baik sempat cover, Hannah ni pun satu masa ni lah dia nak berangan. Kalau kantoi dia panggil aku kau dengan aku tadi habislah lakonan ni Hannah oi. Cover la sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience