1kawin

Vampire Series 24935

Gadis yang bernama Mariyana ,gadis yang sangat cantik dengan kulitnya putih ,bibir yang seksi, sesiapa yang melihatnya akan terpukau dengan kecantikanya yang asli, tak kira lelaki atau pun perempuan. Dan kadang ada juga dengki dengan rupa paras Mariyana yang sangat sempurna, biasa lumrah dunia..

"Selepas ibunya meninggal dunia,kini mariyana tinggal berdua bersama ayahnya dato wiliam di rumah agam . dan disebapkan ayahnya risau meninggalkan mariyana seorang diri dirumah. sebelum Dato wiliam  pergi keluar negara
dato wiliam meminta bantuan pada adik arwah isteri untuk jagakan mariyana selama satu minggu kerana ayah mariyana akan keluar negara untuk menguruskan kerja disana......

***

MARIANA POV

Aku duduk diruang tamu bersama papa sambil bersembang kosong tiba tiba terdengar bunyi ketukan pintu, aku lantas berdiri kepintu dan buka, OH rupanya kawan papa yang datang

"Hai ana apa khabar,? papa ana ada dirumah? "tanya uncle max .. Uncle Max ni sangat baik pada aku,dia dah anggap Papa aku macam abang kandung dia, semua yang megenali ku hanya memanggil nama ku Ana termasuk Mama dan Papa..

"Eh uncle max Ana sihat? Uncle masuk lah, papa ada didepan tu?, "jawap ku. Uncle max pun masuk kemudian bersalam dengan papa, dan bertanya khabar papa siap peluk - peluk lagi.Papa memandangku dan bersuara,

"Ana tolong buatkan minum ," kata papa aku. Aku hanya anggukan kepala dan melangkah kedapur membuat teh o panas kegemaran mereka berdua , selepas membuat air  aku masuk semula ke ruangtamu dan duduk di sebelah papa dan memberikan minuman kepada uncle max dan papa.

"Bila kau nak bertolak ke U.S " soal Uncle Max pada papa dengan matanya memandang papa dan aku yg duduk di sebelah papa...

"Mungkin lusa kot ,kenapa kau tanya ,kau nak ikut kah , mana lah tahu kau ada plan nak bungkus minah mata biru tu buat bini " balas papa aku sambil senyum - senyum...

"Kau ni saja nak malukan aku kan depan Ana , aku tanya ja lah sebap aku kesian kan anak kau ni nanti kalau pergi siapa nak teman dia kat rumah, tinggal pula seorang - seorang  dalam rumah.kalau Ana ni lelaki tak apa juga" jawap Uncle Max.

Aku dan papa dah gelak kan uncle max bila tengok muka uncle max yang tak boleh dilukis tu

"lah tak payalah kau nak risau ,aku dah minta tolong pun dengan Rosa untuk jaga kan Ana selama satu minggu aku di sana" Kata papaku

"Rosa adik arwah tu kah,kenapa kau tak kawin saja dengan Rosa, jadi senang lah juga ada yang akan jaga makan minum kau dan Ana dalam rumah ni, lagi pun dia kan janda anak satu, jadi apa salah kalau kau kawin saja dengan dia"

Aku yang main game Subway surf tu terkejut dengan kata - kata uncle Max, terus aku pandang muka papa, papa dan uncle Max pun pandang aku,

kemudia uncle Max pandang aku lagi dan angkat gelas dan minum Teh yang buat aku buat selepas keadaan sunyi seketika, Uncle pun bersuara

"kenapa Ana tak suka kah kalau Papa Ana kawin dengan Rosa, umur Ana pun dah nak masuk 18tahun nanti kalau Ana dah kawin siapa lah yang akan jaga Papa Ana. Kalau Ana bersuami orang jauh Mau tak mau Ana kena juga ikut suami Ana bila dah kawin"

Selepas mendengar  uncle Max bercakap, aku pun terfikir ada betulnya juga kata uncle Max , kalau aku dah kawin terpaksa juga ikut suami, lepastu siapa yang akan teman kan Papa aku , kalau papa sakit siapa pula nak jaga, kalau kawinkan Papa dengan Auntie Rosa boleh buat Papa bahagia dan terjaga apa salahnya Aku setujuh. Dengan cadagan Uncle Max Aku

"Auntie Rosa nak kah kawin dengan Papa," kataku sambil memandang wajah papa. Tiba - tiba Papa yang tenggah minum, tersedak dan tersembur pula kemuka ku. Habis muka aku basah...

Uncle Max apa lagi gelak kan aku sampai tak ingat dunia, kemudia, dia ambil sapu tangannya dan dihulur ke aku.aku hanya mampu menjeling Uncle Max sebap dia masih lagi gelakkan aku,

kemudian aku tarik kasar sapu tangan itu yang di hulurnya. Merah padam muka aku,apa lagi lagi aku terus marah kat Papa, Marah - marah manja lah katakan,

"Apa ni papa habis basah Muka Ana , Kenapa muka Ana dah tak cantikkah...sampai kan papa nak srmbur - sembur air teh tu "fuuuhhhh nasip lah air tu tak panas.

"Alah Ana sory lah Papa bukan segaja pun , Papa terkejut dengan soalan kamu tadi, tapi kalau Auntie Rosa setuju kawin dengan Papa, kamu pula macam mana setujuh tak , Papa tak nak lah ambil keputusan sendiri tak pasal - pasal kamu marah kan Papa pula.." soal Papaku

Aku yang duduk di sebelah papa terus berpusing dan menghadap wajahnya tanganya aku genggam kemudian aku senyum kecil padanya.

"Ana setujuh lah papa , lagi pun apa yang uncle Max cakap tadi tu ada betul juga, sekurang kurangnya ada lah peneman Papa nanti" jawap ku

Papa tarik aku masuk dalam pelukannya, kami pun berbalas pelukan, dia megucup dahiku dengan kasih sayang

"Terima kasih Ana, Papa janji walau pun papa dah kawin papa tak akan abaikan kam---" belum sempat papa habiskan ayatnya. uncle Max dah memintas.

"Haaa sudah - sudah lah tu kamu anak beranak nak berdrama depan aku, kamu buat aku ni macam tak hujud saja kat sini, kalau macam tu aku balik lah" kata uncle Max, dengan wajah yang masam mencuka.

Aku berdiri dan berjalan mendekati uncle Max, tubuhnya aku peluk.

"Uncle ni dah tua pun nak merajuk tak padan dengan tua lah uncle",aku senyum kecil kearahnya, kepala ku diusap

"Okay, sekarang lebih baik suruh Papa Ana call auntie Rosa, dan bagitahu tentang hajat Papa kamu," Belum sempat aku bersuara, papa aku dah berdiri lalu mencapai iphonenya yang terletak atas mejah, nombor wanita itu mendail.

*****

Rosa dan anaknya Rosita dah berpinda ke Rumah agam Dato wiliam. Selepas hajat dato wiliam diterima rosa, esoknya juga mereka berkawin, dan kini Rosa pun dah sah jadi isterinya Wiliam..

Semua keperluan Dato Wiliam juga diurus oleh Rosa, kerana
esok Wiliam akan ke U.S selama satu minggu. selepas saja mengemas barang keperluan suaminya Rosa pun memasak makan malam dan di bantu oleh Mariyana dan Rosita..

Selesai saja masak mereka menikmati makan malam mereka sekelurga. Hati Mariyana pun gembira melihat Rosa yang melayan papanya dengan baik..

Selepas makan Mariyana dan Rosita menyuruh mamanya untuk berehat, kerana wanita itu dari tadi buat kerja. tampa bantahan wanita itu menurut saja kata Mariyana dan anaknya.

selepas dua gadis itu membersikan dapur, mereka pun menujuh keruang tamu, Mariyana yang melihat kedua orang tuanya yang sedang bermesra dengan isteri.

Mariyana membatalkan niatnya untuk bergabung dengan dua pasangan itu.dia menarik tangan Rosi kehalaman rumah, Rosita yang ingin duduk tersentak.

"kita duduk kat luar saja ya kak Ros," Rosita ganya angguk, dia pun mengikuti Mariyana kehalaman rumah. Dia dapar faham apa yang ingin Mariayana sampaikan. dia pun ingin memberi ruang untuk mamanya yang baru berkawin.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience