18

Vampire Series 24935

Kereta hitam masuk ke pekarangan rumah miliknya. Seseorang  melihat sebelah kiri dan kanan yang dipenuhi anak buah yang menjaga kawasan rumah itu.

Tubuh tegap keluar dari kereta apabila pintu di buka. Dia mendongak kan wajah sedikit melihat rumah agam tersebut. Terukir senyuman dihujung bibirnya.

Kelihatan seorang lelaki berbadan besar berdiri dipintu utama. Lelaki itu datang kepadanya dan membuka pintu utama buat dirinya. Dia mengorak langkah masuk ke dalam rumah.

"Selamat datang Tuan Mariyo" Tegur lelaki yang bernama kriss yang datang kearahnya bersama senyuman manis.

"Dimana Azman meletakan gadis itu" Soal Mariyo pada Kriss. Kriss melihat wajah tegang bosnya yang sedang berdiri dihadapannya.

"Sila ikut saya tuan" kriss membawa lelaki itu kebilik tempat gadis itu dikurung.

*********

Mariyana terjaga dari tidur apabila melihat susuk tubuh Azman masuk ke dalam bilik kurungan bersama bekas makanan.

"Makan." arah Azman pada Mariyana, ditahu gadis itu kelaparan, sejak dia menculik Mariyana dia tidak memberi makan atau pun minum  Mariyana mengecilkan mata apabila lelaki itu mengarahnya makan.

"Aku tak lapar." jawap Mariyana yang lemah. Azman merengus kasar kerana gadis itu degil, dia tidak mahu gadis itu sakit sebelum bosnya datang. Azman yang geram itu mencengkam rahang Mariyana.

Secara tiba-tiba pintu bilik kurungan itu terbuka, dia melihat seorang lelaki yang ditungguhnya. Mariyo masuk kedalam bilik itu. Lalu Azman melepaskan tangannya dengan kasar.

Mariyo yang melihat gadis itu diikat dia mengetap kuat rahang dan tangan menggenggam erat penumbuk sehingga muncul urat hijaunya.
Dia cuba mengawal amarahnya dari meletus.

Mariyo membuka butang sut yang di pakai, lalu melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan Mariyana bersama senyuman yang sukar ditafsirkan.kerana banyak perkara untuk dibincangkan.

Tubuh tegap itu melihat tajam kearah lelaki yang berdiri disebalah Mariyana. Belum sempat dia berkata apa-apa satu das tembakan dilepaskan.

"Aarrrhhhh"

Mariyana menjerit terkejut dan melihat tubuh Azman yang sudah terbaring diatas lantai. Badannya menggigil kuat kerana takut melihat lelaki yang duduk didepannya itu.

"Kriss buka ikatan adik aku sekarang" Tegas suara mariyo mengarah kan anak buahnya, tersentak Mariyana mendengar perkataan ADIK yang keluar dari mulut lelaki yang tidak dikenalinya.

Selepas ikatan tali dilepas dari badan Mariyana
lelaki itu bangun dari duduk dan membuka luas kedua tangan ingin memeluk tubuh Mariyana.

"Jangan peluk aku..!! Jerit Mariyana dan mengangkat tangan memberikan tanda bahawa jangan berani memeluk atau menyentuh dirinya.

Mariyo berhenti apabila melihat wajah pucat Mariyana dan mengukir senyuman lebar apabila melihat wajah adiknya sudah berada depan matanya.

"Akhirnya abang jumpa juga kamu Mariyana, selama Papa meninggal abang cari kamu dan kamu pula....entah bersembunyi dimana." jelas Mariyo yang berpeluk tubuh. Wajah Mariyana hanya berkerut, kerana dia tidak faham apa yang di maksudkan lelaki itu.

"Apa maksud kau" Mariyo terus menghampiri gadis itu. Mariyana menapak ke belakang untuk menjauh. Mariyo mengeluh dia harus menjelaskan segalanya sebelum Mariyana membenci dirinya. Kerana tindakan Azman yang mengikat Mariyana membuatkan gadis itu takut padanya.

"Mariyana sebenarnya kita ni adik beradik" jelas  Mariyo sambil memandang wajah Mariyana yang terkejut.

"Kau cakap apa ni, saya anak tunggal dan tak punya abang atau adik" Mariyana berkata dengan tegas. Matanya tak lepas menatap tajam lelaki yang menggelarkan dirinnya abang .

"Kita adik beradik Ana tapi kelahiran abang dirahsiakan dari keluaraga arwah mama." jelas Mariyo, dia berjalan ke arah bangku yang berada didalam bilik itu lalu merebahkan duduk disitu.

"Aku tak faham, kalau kau abang aku, kenapa Mama dan Papa tak pernah cerita tentang kau" Mariyana datang kearah lelaki itu.

"Apa motif kau sebenarnya, aku tahu mesti kau juga nak kan harta papa aku kan" Mariyana merengus geram, disebapkan harta Rosa juga membunuh orang tuanya.

"Abang tak ada niat nak tipu kamu. Sebelum papa kemalangan papa jumpa abang, dan separuh harta yang di luar negara telah diberikan pada abang.

"Jadi tak ada untungnya untuk abang tipu kamu, dan ini gambar masa mama hamilkan kamu," Mariyo menghulurkan sekeping gambar lama. Gambar mama papa Mariyana dan ada seorang budak lelaki. Mariyana ambil dan lihat gambar lama itu.

"Ana, abang lahir sebelum Mama berkawin dengan Papa. Dan masa tu mereka masih belajar lagi, namun arwah Mama juga tidak mengabaikan abang. Sampai abang berumur 7tahun mama yang menjaga abang,

"Kerana arwah Mama dan Papa takut dengan Aunty Rosa dan keluarga. Abang dihantar dan stay dekat luar negara untuk beberapa tahun. arwah papa selalu datang melawat abang.

"Selepas Mama Papa tamat belajar mereka memutuskan untuk berkahwin, selama 2tahun Mama dan Papa tinggal di luar negara bersama abang. Dan secara tiba tiba Papa di suruh pulang ke Malaysia.

"Dalam pada masa itu mama hamil kan kamu. Abang selalu call papa bertanya tentang kamu. Kerana sejak kecil kita dipisahkan. Mungkin kerana itu kamu tidak mengenal abang" Mariyo tundukkan kepala, airmatanya menggalir mengenakan kisah hidupnya yang terpisah bersama keluarga.

Mariyana menghampiri Mariyo dan duduk disebelah lelaki itu sambil tangan naik mengusap belakang Mariyo. Dia juga menangis mendengar cerita lelaki itu. Yang dia sendiri tidak ketahui rahsia kedua orang tuanya.

Mariyo yang merasa belayan adiknya, dia terus memeluk tubuh Mariyana rindunya terhadap adik yang sudah lama dicari..

"Ana minta maaf, Ana tidak tahu apa-apa" tangis Mariyana dalam pelukan Mariyo.

"Mama dan Papa lakukan itu semua bersebab dan abang juga faham yang abang lahir tampa ikatan mereka yang sah." kata Mariyo lagi matanya memandang wajah Mariyana.

"Ana harap abang maafkan mama dan papa kalau mereka meyebab kan abang rasa tersiksa dan hidup berjauhan dengan keluarga. hukum lah Ana kalau itu mampu puaskan abang. Asalkan abang mampu maafkan mama papa" tangisan Mariyana semakin kuat kedengaran. Mariyo memeluk semula tubuh adiknya.

"Sushhh Jangan nangis lagi, abang dah tak sesiapa lagi. arwah papa dan mama juga dah tiada. Abang hanya ada kamu. Ana jangan risau abang dah lama maafkan mama dan papa" pujuk Mariyo pada adiknya yang menangis kuat didada bidangnya.

"Ana pun sama dah tiada sesiapa lagi, hanya ada abang saja jangan tinggalkan Ana lagi.." Mariyana megeratkan pelukan. Airmata matanya juga tidak berhenti megalir. Mariyo manarik bahu Mariyana dan mengesat air mata gadis itu .

"Abang janji lepas ni abang tidak akan tinggal kan adik abang, tapi selepas abang selesai urusan abang dengan Aunty Rosa. Kerana dia Mama dan Papa meninggal" Mariyana anggukkan kepala.

"Kenapa harus culik Ana. Lelaki botak tu jahat raba-raba badan Ana. Kenapa tidak terus terang yang abang nak jumpa Ana," Mariyo menggecilkan matanya melihat wajah Mariyana.

"Kan abang dah cakap, yang abang dah lama cari Ana, tapi abang tidak tahu pula yang Azman buat tidak baik dengan kamu" jelas Mariyo dan berdiri melihat tubuh Azman yang terbaring.

"Mesti Jonas risaukan Ana" suara Mariyana sedikit meleret lemah. Mariyo hanya senyum melihat adiknya yang tunduk meramas tangannya.

Walau pun dia tidak tahu dengan siapa Mariyana tinggal. Namun melihat gadis tidak apa-apa dia tidak kesah melepaskan Mariyana buat sementara. 

"Jom abang hantar kamu balik" Mariyana terus berdiri melangka kearah Mariyo. Pintu bilik itu dibuka. Mariyana yang ingin melangka keluar itu melihat Azman megacukan senjata kearah Mariyo  tiba-tiba.

"Bang...!!! Satu das tembakan dari Azman. Tampa Mariyo sedar. Kriss yang berdiri diluar pintu itu meluruh masuk dan menembak kepala Azman.

"Ana..!!! Jerit Mariyo, dia melihat Mariyana yang berdiri belakangnya.

"Arrhhhh...!!!" Mariyana menjerit kesakitan apabila tembakan yang dilepaskan Azman itu terkena dada, lalu tubuhnya rebah menyembah lantai. Mata terkebil-kebil melihat Mariyo. Dia cuba menahan rasa kesakitan tetapi malangnya penglihatan semakin lama semakin kabur.

***********

Share this novel

midzasaidin
2019-09-23 23:39:32 

terbaik

midzasaidin
2019-09-23 23:39:32 

terbaik


NovelPlus Premium

The best ads free experience