23

Vampire Series 24935

"Good morning princess." suara seseorang yang amat dikenalinya, dalam keadaan mamai dia berharap suara itu hanya lah dalam mimpi. Dia mau suara yang ucap perkataan itu ada lah suara Jonas. Namun suara yang wanita itu masih berbisik di cuping telingahnya.

Membuatkan gadis itu membuka mata. Kepala Mariyana juga terasa sakit. Mariyana memandang sekeliling. Sebuah ruang yang kosong dan dia terbaring di atas lantai yang kotor.

"Lama aku tunggu kau bangun." Mariyana terkejut mendengar suara wanita yang sudah berdiri dihadapannya dengan gelak yang cukup sinis.

"Kenapa pelik tengok aku kat sini, Hairan nampak aku," Rosa memandangnya lalu tersenyum sinis.
terbuntang biji mata melihat wanita itu. Mariyana berundur beberapa tapak ke belakang selepas melihat wanita itu.

"Macam ni la, alang-alang kau pun akan mati tak lama lagi, biar aku cerita sikit dengan kau.
Kalau kau nak tahu. Aku kahwin dengan papa kau bukan sebab aku cintakan dia pun, tapi sebab aku nak balas dendam " Berkerut kening Mariyana mendengar.

"Apa salah papa" Mariyana memintas, sehingga Rosa naik angin lalu menolak kasar tubuh Mariyana sehinggah kepala Mariyana terhantuk pada dinding

"Jangan menyampuk kalau aku tengah bercakap!" tengking Rosa, Mariyana cuba untuk bagun walau pun kepalanya masih berpinar-pinar.

"Salah papa kau cuma satu. Dia lebih memilih mama kau berbanding aku, dia tahu aku cinta kan dia daridulu. Tapi papa kau tetap memilih mama kau."kata Rosa dengan nada lantang.

Wajah Rosa juga merah padam akibat terlalu marah. Dia memandang tajam kearah Mariyana yang masih berdiri kaku. sekali lagi wanita itu menunjal kepala Mariyana.

"Sebenarnya aku yang goda papa kau sampai dia jatuh cinta dengan aku semula, dan papa kau suruh si Max untuk pujuk kau supaya kau setuju untuk kahwinkan papa kau dengan aku.

"Tapi papa kau bodoh langsung tak sedar bila dia kahwin dengan aku, dia sebenarnya dah buka ruang keemasan untuk aku tunaikan dendam aku dan pada masa yang sama, aku boleh bolot kesemua harta dia"pengakuan Rosa menggejutkan Mariyana. Mariyana hanya menggeleng kan kepala.

"Kematian papa dan mama kau juga, semuanya dalam rancagan aku. Aku yang upah waitress dalam restoran untuk letakkan racun tikus dalam makanan pemandu papa dan mama kau dan buatkan semuanya nampak macam satu kemalangan.

"Pertama pemandu mama kau lepas tu. aku terpakasa bunuh papa Rosi sebap dia dapat tahu tentang kematian mama kau berpunca dari aku. Bila aku dah kawin dengan papa kau, papa kau pun aku bunuh, Puas hati aku dendam aku akhirnya terbalas itu yang aku nak selama ni" Air mata Mariyana yang ditahan dari tadi akhirnya  mulai menggalir deras.

" Kejam " Itu yang mampu Mariyana kata kan dalam hatinya. Dia teringin sangat nak membalas kata-kata wanita itu. tapi kalau dia membuka bicara mungkin Rosa akan bertindak lebih kejam.
Tiba-tiba wanita itu berpusing semula menghadap Mariyana.

"Kau nak cakap apa-apa" tanya Rosa dengan seebuah senyuman sinis. Mariyana tidak mampu nak membantah seolah-olah mulutnya terkunci rapat. lidahnya juga kelu. Akhirnya dia hanya mampu diam dan menangis.

"Oh, lagi satu..Untuk pengetahuan kau aku juga bukanlah Mama kandung Rosita. yang selama ni dia ingat aku mama adalah mama kandungnya. Rosi tu sebenarnya anak dari isteri pertama papa Rosi.

"Kalau kau nak tahu lagi. Aku memang dari awal lagi nak bunuh kau, tapi sebelum aku bunuh kau lebih baik aku siksa hidup kau." kemudian Rosa ketawa kecil.

"Aku akan minta peguam papa kau untuk ubah suai kandungan surat wasiat tu. Hah! Bila manusia ada duit, senang nak rasuah orang lain kan. Keluarga dia juga dalam tangan aku.

"Tapi kan, mesti dia tidak akan sanggup terima mayat keluarga dia. Sebab tu la aku pilih untuk culik kau. Sebap kau kena sign satu borang,"  kata Rosa yang tak habis-habis dengan ketawa sinis pada Mariyana.

"Bosan pulak kalau aku cakap sorang-sorang. Kau tak nak cakap apa-apa kh. Sebelum aku bunuh kau, " ujar Rosa yang masih berbaur sindiran. Kemudian dia berjalan menuju ke arah kerusi kayu di satu sudut lalu duduk sambil memerhatikan Mariyana.

"Langkah seterusnya aku akan hapuskan abang kau sebab abang kau si tak guna tu rupanya dah pindahkan segala harta dan hak pemilikan di bawah nama kau.

"Semuanya atas nama kau kerana abang kau aku dan Rosi tidak dapat apa-apa. Jadi, satu-satunya cara untuk dapatkan penama baru ialah bila kau dah mati" Mariyana mengigil ketakutan dengar ugutan dari wanita itu

"Kk..kau nak bb..buat apa dengan aku" tanya Mariyana yang terketar-ketar dia mula rasa tak sedap hati.

Mata dan hati wanita itu memang betul-betul dah digelapkan dengan harta. Tiada sifat kemanusiaan kerana terlalu taksub dengan kemewahan dunia. Rosa mengeluarkan sepucuk sampul surat berwarna putih dari dalam handbang hitamnya.

Sebaik saja sampul itu dibuka Mariyana dapat tahu bahawa isinya merupakan surat akuan persetujuan pemindahan harta pusaka dan hak miliki mendiang papa Mariyana yang sepatutnya menjadi miliknya.

Dan kini ianya akan dirampas oleh satu-satunya wanita yang sanggup membunuh orang tuanya
Rosa bangun dan menghampiri Mariyana.
Dia menghulurkan kertas itu kepadanya dengan sebatang pen hitam.

"Aku nak kau sign surat akuan ni sekarang" arah wanita itu dengan nada yang tegas, Mariyana menggeleng kan kepala tanda tidak setuju.

"Apa.!! kau tak nak sign" Rosa mula naik hantu lalu menarik kasar rambut Mariyana. Gadis itu terjerit kuat rasa seperti kulit kepalanya bakal tercabut.

"Sama ada kau nak sign sekarang atau aku bakar kau hidup-hidup" ugut Rosa lagi lalu menuang sebotol minyak tanah ke seluruh tubuh Mariyana.

Mariyana tetap berkeras tidak akan bersetuju untuk menandatangani surat akuan itu. Sama ada dia tandatangan atau tak, akibat yang menimpa dirinya adalah sama Mati!

"Kau ni memang degil" Rosa sekali lagi manarik kuat rambut Mariyana dengan sekuat hatinya, lalu menampar-nampar kedua pipi Mariyana.

"Padan muka kau.!! Rasakan.!!" jeritnya Rosa bersama ketawa besar. Dia berkali-kali menampar pipi gadis  itu. Tiba-tiba Rosa berhenti memukul gadis itu selepas wanita melihat seseorang. Lalu dia menjerit kesakitan Mariyana yang terkejut mendengar jeritan wanita itu.

Perlahan-lahan dia melihat kearah Rosa yang sedang menyentuh perutnya sendiri.
Mariyana ternampak darah merah pekat yang mengalir dari perut Rosa dan menitis-nitis ke lantai.

"Kk...kak R..Ros" Rosita menerpa ke arahnya dan memapah tubuh Mariyana untuk dibawa keluar dari gudang lama itu.

"Kita kena keluar sebelum orang-orang suruhan mama balik semula kesini." Jelas Rosita, Mariyana sempat melihat tubuh Rosa yang seakan tidak bernyawa terbaring diatas lantai.

Matanya juga tidak berkelip memandang wajah Rosita yang sanggup menikam wanita yang telah membesarkannya selama ini.

Flashback

Rosita yang melihat tiga lelaki bertopeng dan berbadan besar itu membawa tubuh Mariyana keluar dari rumah agam itu masuk kedalam kerata warna hitam.

Rosita yang tak dapat berfikir lalu mengejar kereta itu sehinggah lah ada seorang lelaki yang melihat gadis itu. Lelaki itu menumpangkan Rosita setelah gadis itu menjelaskan pekara yang terjadi

Rosita melihat kereta yang berwarna hitam masuk kesebuah gudang yang lama terbiar, lelaki itu ingin membuat panggilan untuk meminta pihak polis membantu mereka, namun Rosita melarang kerana takut sekirang penculik itu mengapa-apakan Mariyana.

Lelaki itu hanya akur tampa membantah, mereka melihat tiga lelaki itu keluar dari gudang dan bertemu dengan seseorang yang  wajah tidak jelas kelihatan.

Rosita hanya meminta lelaki itu menunggunya, disemak itu, dalam masa satu jam dan sekirang dia masih tidak keluar, baru lah lelaki itu boleh menelefon pihak polis.

Rosita Melihat kereta itu keluar dari gudang tersebut dengan perlahan-lahan dia memasuki tempat itu. Ruang itu tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Jadi ia mudah untuk dia mencari dimana Mariyana.

Rosita mencari setiap sudut diruang itu, tapi kelibat Mariyana langsung tak kelihatan. Ketika dia sedang cemas berpusing di tengah-tengah ruangan itu, tiba-tiba saja gema suara seorang perempuan kedengaran.

Rosita tercari-cari dari mana sumber suara itu, namun tiada sesiapa di situ kecuali dia seorang.
suara perempuan itu bergema lagi. Dia mengerutkan dahi sambil masih berpusing-pusing mencari dari mana arah datangnya suara itu.

"Mm..Mama" akhirnya terpacul juga gelaran itu daripada mulut Rosita setelah melihat wanita itu bersama Mariyana.

Rosita mencari sesuatu untuk objek yang boleh menolong Mariyana yang dalam tahanan Rosa, matanya teancap sebila pisau dapur lalu membawa pisau itu semula keruanggan tadi.

tiba-tiba Rosa menoleh ke belakang. Sebaik saja pandangan mereka bertembung dengan pantas Rosita menikam wanita itu. Pandangan mata milik wanita itu membuat kan dia menggalirkan air mata.

Rosita menghampiri Mariyana yang terbaring diatas lantai yang kotor, lalu membawa gadis itu keluar .

Flashback...off

********

"Jonas.!" panggil Rosita pada lelaki itu, Jonas yang sedang berjalan menuju ke arah bilik terhenti melihat wajah Mariyana yang bengkak dibelasah Rosa. Jonas berlari kearah Rosita dan Mariyana. tubuh Rosita ditolak kasar.

"kenapa Jonas marah Kak Ros, dia yang datang tolong Ana" Mariyana sudah mula bengang. Dengan Jonas tak reti nak ucap terima kasih bila Rosita membantunya.

"tolong apa, kalau dia dah cederakan sayang" Marah Jonas lagi. Melihat wajah Mariyana yang lebam dengan rambut yang kusut.

"Awak tahu tak kak Ros dah bunuh Aunty Rosa, sebap nak selamat saya. Kalau dia tak ada mesti saya dah mati" Marah Mariyana lagi, Jefrie dan Jonas terkejut .

Mata Jefrie tak berkelip matanya memandang Rosita yang hanya tunduk. Jonas juga terkejut buat pertama kalinya dia melihat wajah Mariyana yang sangat marah dan membebel. wajah gadis itu juga memerah.

"Jonas awak dah salah faham" kata Rosita lembut wajah Jonas berkerut." ikutkan aku boleh buat report polis tapi aku takut mama apa-apakan Ana," Rosita menitiskan air mata, dan berlari naik kebiliknya semula. Mariyana yang memanggilnya tidak diendakan.

"yelah. Abang tahu abang salah, nanti abang minta maaf dengan Rosi" Jonas memujuk Mariyana
kotak first aid dihulur oleh Jefrir. Setelah Jonas merawat Mariyana.

Jonas menghampiri Mariyana dan mencepung tubuh gadis itu dibawa naik kebilik. Mariyana terjerit kecil.

********

"Mama maaf kan Rosi.! Rosi minta ampun.! Rosi sayangkan mama. Sayang sangat-sangat, ma..." tangis Rosita dalam biliknya dalam keadaan sebak.

Tanpa Rosa, kini Rosita sebatang kara. Dia dah jadi anak yatim piatu yang paling menyedihkan dirinya, selepas mendengar penggakuan wanita yang pernah memanjakan dirinya.

dan sekarang Rosita kehilangan ibu tiri yang  sayangkan dia. Dia melihat telapak tangannya yang telah menikam mamanya.

"Klak.!" bunyi pintu bilik dibuka dari luar menyentakkan Rosita dia pantas mengelap sisa-sisa air mata yang masih melekat pada pipi lalu memandang ke arah pintu biliknya.

Rosita berharap Mariyana yang masuk ke biliknya tapi hatinya sedikit hampa apabila wajah Jefrie yang menjadi santapan matanya.

"kau tak apa-apa atau ada luka kat mana-mana" tanya Jefrie lembut.  pintu bilik Rosita ditutup kembali.

"Aku ok" jawab gadis itu perlahan entah kenapa sejak kebelakangan ini Rosita jadi tak selesa bila
Lelaki itu mula berlembut dengannya

"Aku nak minta maaf kau masih marah aku lagi" tanya Jefrie yang sudah duduk dibirai katil bersebelahan dengan Rosita. Gadis itu diam tidak menjawab.

Membuatkan Jefrie mencapai tangannya dan digenggam. Rosita terkejut lalu mengangkat wajahnya memandang lelaki itu. Melihat senyuman Jefrie yang menggoda itu membuatkan Rosita tunduk semula.

"aku dah mula sayangkan kau " ucap Jefrie ikhlas Rosita diam lagi terus mendongak memandang wajah Jefrie lama dengan mata membulat besar

"kau cakap apa ni" tanya Rosita yang terkejut mendengar luahan Jefrie. Rosita  menutup matanya semula, dia menarik nafas dalam. Jefrie hanya menunggu balasan dari Rosita.

"Kau jangan nak merepek lah Jefri" tangan lelaki itu di tepis, dan Rosita menggensot kan tubuhnya ke birai katil. kakinya dilunjurkan ke bawah.

"Kau nak pergi mana" tanya Jefrie lagi. Yang melihat Rosita yang ingin turun dari katil. Kerana soalannya tadi juga masih belum dibalas oleh Rosita.

"Aku nak mandi," jawab Rosita ringkas dan perlahan, Jefrie bangun dan menghampiri tubuh gadis itu. Rosita menolak tangan Jefrie yang mahu menyentuh tubuhnya.

Jefrie terus mencepung tubuh Rosita sehingga Rosita menjerit-jerit minta dilepaskan, Jefrie hanya ketawa dan geleng kepala. Jefrie membuka bilik air dan masuk bersama Rosita. Gadis itu meronta-ronta lagi.

"Kita mandi sama nak" Rosita terdiam lalu menggeleng laju tanda tidak mahu. Ketawa Jefrie makin kuat. Lalu menurunkan tubuh Rosita perlahan-lahan.  beberapa minit selepas itu Jefrie datang semula membawa tuala dan dihulurkan pada Rosita.

"Lepas habis mandi panggil tau" Jefrie mengeyitkan matanya. Dan meninggalkan Rosita dalam bilik air. Bersama gelak kuat dia sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba saja di nak usik gadis itu

************

Mariyana dan Jonas masuk ke dalam bilik dan tubuh Mariyana diletak perlahan-lahan diatas Sofa dalam bilik Mariyana, Jonas hampiri gadis itu. Mariyana pandang Jonas sekilas sebelum memalingkan wajah dan tubuhnya.

Jonas duduk diatas sofa bersebelahan dengannya. Mariyana menjarakkan duduknya sambil memeluk tubuh.

"Macam mana nak pujuk ni, aku dah lah tak mahir sangat nak memujuk ni", Bisik hati Jonas "sayang..!" Jonas memanggil, Mariyana hanya diam sedikit pun tidak menyahut panggilan dari lelaki itu.

"Sayang" bahu Mariyana disentuh dan ditepis oleh mariyana. Lalu berdiri dengan segera. jonas turut bangun dan menarik lengan Mariyana. Gadis itu  menoleh kearah Jonas dengan renungan tajam.

"lepas lah.!" kata Mariyana dengan kasar, Jonas geleng kepala mendengar suara Mariyana. Mariyana yang mahu merentap tangannya. Sekali lagi Jonas tarik tubuh Mariyana masuk ke dalam pelukan.

"Awak Jahat," kata Mariyana sambil meronta-ronta minta dilepaskan dalam pelukan Jonas.

"Apa sayang, salah kah kalau saya nak peluk bakal isteri abang yang kuat merajuk ni" jawab Jonas selamba dengan senyuman dibibirnya.

"Saya takda mood nak berpeluk sekarang saya masih marah dengan awak" Mariyana bersuara sambil meronta-ronta.

"kenapa sayang ni. datang bulan ya. Kan abang dah cakap nanti bila Rosi dah tenang abang minta maaf lah dengan dia, abang tau abang tuduh dia bukan-bukan." katanya sambil mengusap rambut Mariyana.

"Awak tahu kan sekarang ni kak Ros masih rasa bersalah, lebih-lebih lagi dia sudah menikam mamanya sendiri. macam mana kalau kak Ros kena penjara." luah Mariyana dia juga turut takut mengingatkan tubuh Rosa yang masih terbaring dalam gudang itu.

"Sayang jangan risau, masalah yang jadi tu saya boleh urus sendiri, saya akan minta Vj dan Jk hilangkan bukti yang ada dalam gudang tu." kata Jonas, sehinggah Mariyana menghembus nafas lega. Kerana Mariyana juga tahu dengan kemahiran dua beradik itu.

Jonas donggakkan kepala Mariyana agar memandang wajahnya dia melihat wajah gadis itu  tak sanggup dia melihat wajah Mariyana yang penuh dengan lebam. Air mata Jonas terus jatuh membasahi wajah.

"kenapa awak menangis ni, saya ada salah cakap kah" tanya Mariyana sambil menyeka air mata lelaki itu. Jonas menggeleng kepala.

"Saya tak boleh hidup tampa sayang, kalau jadi apa-apa dengan awak" Mariyana tersenyum terus memeluk tubuh Jonas. Pelukan makin di eratkan.

"Abang nak denda sayang" kata Jonas. Membuatkan mata Mariyana terkebil-kebil menatap wajah jonas yang dekat.

"Denda apa." tanya Mariyana yang pelik, mata Jonas memandang bibir Mariyana. Jonas tidak menjawap terus mencium bibir Mariyana. Mulanya Mariyana kaku tidak membalas.

Mulutnya juga tertutup rapat. Setelah Jonas  mengurut bibir itu dengan lembut dan menggigit bibir bawahnya berulang kali. Mariyana baru lah dia mulutnya.

lidah Jonas terus masuk menerokai setiap inci mulut Mariyana. pelukan makin erat dan ciuman mereka makin ganas. nafas Jonas juga mula tak tentu saat lidah bertarung lidah Mariyana menyedut kuat lidah Jonas membuatkan dia mendesah kenikmatan.

Ciuman dileraikan. Masing-masing mencari nafas tercungap-cungap Mariyana. Jonas menarik kedua bahu Mariyana. Mariyana hanya memandangnya.

"Ciuman tu sebab awak tinggikan suara." lepas ni sayang jangan begitu lagi, takut abang tengok wajah sayang macam tadi." kata Jonas. Mariyana hanya angguk kepala bersama ketawa kecil.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience