13

Vampire Series 24935

Mariyana..pov

Aku terbagun dari mimpi, aku merasakan pipi aku di tampar-tampar perlahan oleh Seseorang, aku membuka mata aku melihat wajah seseorang. Jonas yang duduk diatas katil. Aku menangis

Aku memandang wajahnya dihadapanku.Terus lehernya aku peluk kuat, menyembamkan muka aku dilehernya.

"Ssushh !,Jangan menangis saya ada sini," Jonas cuba tenangkan aku. Dengan mengusap kepala dan belakang. Lagi kuat aku mengalirkan air mata. Makin lama makin kuat aku memeluk leher dia.

"Jonas tolong benarkan saya balik. Aku nak cari uncle Aku." Aku tersedu sedan

Tiba tiba terdengar Jonas merengus kasar, nafas jelas kedegaran ditelinga aku. Lalu dia melepaskan tangan aku yang memeluk lehernya. Matanya tajam memandang aku.

"Aku tidak benar kan!!"  katanya tegas, setiap kali aku minta hantar, jawapan tetap sama. Aku mengangkat muka terkejut dengan Jonas yang tiba tiba meradang, bahu aku ditarik menghadapnya.

"Kenapa Jonas!!" Aku bertanya dengan wajah yang berkerut,

"Aku nak kau tetap tinggal disini, rahsia keluarga aku kau sudah tahu, untuk apa kau nak cari orang tu." soalnya dengan suara yang meninggi.

"Walau pun uncle Max aku tak tahu di mana, tapi aku harus cari dia, aku harus tunaikan janji aku pada arwah papa. Dan janji papa pada uncle aku".

"Saya janji tidak akan cerita dengan orang rahsia keluarga awak. Please tolong hantar aku," aku merayu-rayu.

Wajah Jonas makin memerah menahan marah, ini kali pertama aku melihat wajahnya tegang, bengis orang tak ada perasaan. Jonas berdiri lalu keluar dari bilik tampa berkata apa-apa.

Aku menjerit memanggil-manggil namanya, namun dia endahkan saja, aku mengeluh dengan air mata yang tak berhenti mengalir.

Mata aku makin berat, kepala terlalu pening.
Tampa aku sedar aku tertidur bertemankan air mata.Sudah hampir setengah jam aku teresak-esak sendiri. Hatiku hancur luluh.

*****

Suasana hening  pada waktu petang itu. Sejak tadi mata aku tidak beralih melihat kolam ikan.
Senyuman aku dulu selalu terukir dibibir semakin lama semakin hilang. Sudah tiga hari berlalu sejak mimpi itu,aku memutuskan untuk bersendirian.

Jonas mula sibuk di bandar, Uruskan syarikat milik keluarganya.Jefrie hanya dalam bilik, Vj dan Jk sentiasa keluar entah kemana. Hanya Jc yang sentiasa memanggil aku untuk makan atau mengajak aku bersambang.

Aku hanya menolak dengan cara lembut, aku tidak mahu dia terasa hati dengan aku. Jonas pula
Berkali-kali aku memintanya untuk menghantar aku pulang, namun jawapan yang aku terima adalah sama. Apa lah nasip aku berbulan-bulan hanya berkurung dalam rumah agam ini.

Aku memegang dadaku. Hati ku pedih bagaikan dicucuk-cucuk dengan pisau dan jiwa aku terasa terseksa. Aku memejam kan mata menahan air mata dari mengalir. Kenapa mimpi itu perlu muncul disaat aku rasa bahagia bersama Jonas dan gembira bersama sahabat baru aku.

Mingkin sekiranya aku luahkan perasaan aku pada Jonas rasa bersalah aku pada diri aku lagi besar atau, aku makin rasa bersalah jika tidak menunaikan janjinya kepada arwah papa.

Jiwa aku meronta-ronta menginginkan keluar dari tempat ini. Jika tidak memikirkan janji aku dangan arwah papa. sudah lama aku berada di dalam pelukan lelaki yang berjaya mencuri hatiku. sanggupkah aku berkahwin dengan pilihan papa itu, sedangkan hati aku milik Jonas.

*****

Mariyana menekup mukanya dengan bantal sambil menangis teresak-esak. Dia masih keliru dengan perasaannya sendiri. Tapi dia tidak sangup hiyanati  arwah papanya

Tok...tok..tok...

Ketukan pada pintu bilik Mariyana membuatkan tagisan Mariyana terhenti. Dia mengelap sisa air mata. Dan berdiri membuka pintu

"Ohh... Jc rupanya. Hmm masuklah.."Pintu terus dibuka oleh Mariyana. Mereka berdua memasuki bilik Jonas dan Mariyana itu.

Mariyana duduk diatas katil manakala Jc disebelahnya. Sempat lagi Jc mengerling kearah wajah Mariyana yang memerah pipi dengan matanya sembap, kerana terlalu banyak menangis

"Ana Kau ada masalah ke Nak share dengan aku tak "Pujuk Jc sambil cuba tersenyum memandang Mariyana.

"Jc aku rindu kan papa dan mama aku"Mariyana  melentokkan kepalanya kepada bahu Jc . Dia cuba menahan sebak tapi gagal. Disebap kan terlalu sedih air mata Mariyana megalir lagi.

"Sushhh,!!!! ... Jagan lah sedih Ana kami ada dengan kau,"Pujuk Jc sambil memeluk bahu Mariyana yang sedang menangis.

"Aku nak keluar dari rumah ni Jc, sudah berbulan aku tinggal sini, aku nak kerja dan sentiasa lihat dunia luar, aku nak jumpa kawan-kawan aku tapi Jonas tak nak hantar aku Jc, sampai bila aku akan duduk disini.dia jahat jc dia hanya nak sentuh aku dengan sesuka hati. Dia sengajah seksa aku "

Air matanya dikesat tadi mengalir dengan laju.
Dia harus mencari alasan, agar Jc dapat tolong dia
Kerana dia tahu, Jc sangat baik dan memahaminya
Mungkin dengan cara menipu. Jc akan tolong dia.

"Dia tak macam tu pun, Ana. Apa yang kau nampak tu semua luaran dia. Dalaman dia kau tak nampak lagi walaupun dia tak tunjukkan. Kau saja tak sedar, mungkin ada sebap dia tak nak hantar kau"Tangan Mariyana dipegang oleh Jc. Sedikit sebanyak menarik perhatian Mariyana.

"Jc please bawa aku keluar dari sini," Mariyana merayu-rayu lagi dia tahu hanya Jc seorang saja yang boleh tolong dia.

"Aku tak boleh Ana," Jc menatap wajah Mariyana," tak ada siapa yang yang berani lawan cakap Jonas, aku harap kau faham." Jc yang tak sanggup melihat air mata Mariyana, dan rasa bersalah tidak dapat membantu gadis itu. terus ingin keluar dari bilik itu.

Tiba-tiba mata Jc terpandang sebuah sofa, mata Jc beralih kearah Mariyana yang masih menangis teresak-esak.

"Ana...aku tahu kau masih dara lagi, buktinya sofa ni tempat Jonas tidurkan. kau dan dia hanya sebilik tapi dia tak tidur dengan kau, kalau kau cakap dia hanya nak sentuh kau aku tak percaya, Jonas sayangkan kau, tak mungkin dia akan lakukan sejauh itu. Dari bau darah kau saja aku dapat tahu, kau masih anak dara. okay lah aku keluar dulu, sebelum kau buat keputusan aku nak kau fikir dulu." Jc membuka pintu dan keluar dari bilik itu.

Mariyana yang duduk diatas katil terkejut dengan kata-kata Jc, semuanya ada lah benar, mariyana buntu dia hanya meramas tangannya dan mula menangis.

*******

Jonas yang baru balik kerja selama dua hari dia menguruskan syarikat kelurganya. Terus mencari Mariyana. Baru dua hari dia berpisah dengan gadis itu dia rasa bagai bertahun-tahun..

Dia juga rasa bersalah kerana selalu mamarahi gadis itu, Mungkin kerana Mariyana yang selalu memdesaknya meminta hantar, membuatkan Jonas naik marah.

Tiba-tiba Jonas terpandang Jc yang baru keluar dari biliknya. Dia mula tersenyum, kerana buah hatinya berada dalam bilik. Jadi tak payalah dia susuh-susah nak cari satu rumah. Jonas terus naik ke bilik. Belum sempat dia mau bertanya dengan Jc, yang baru turun dari tangga itu. Jc sudah menari tangannya.

"Ikut aku sekarang, ada benda yang aku nak cakap"
Jonas hanya angukkan kepala, lalu menggikuti langkah Jc dari belakang.

Sampai saja kehalaman rumah agam itu, mereka berdiri dekat dengan kolam air pancur. Wajah Jonas berkerut. Dia tidak faham kenapa sampai luar Jc membawanya.

"Kenapa" tanya Jonas.

"Jonas aku nak tanya, betul kah kau sayang kan Ana." tanya Jc yang sambil megalihkan padangan kearah kolam air pancur itu. Jonas terkejut  dengan soalan Jc yang.

Jc selalunya hanya menengur kesalahan orang lain, dan banyak berdiam,  tapi bila dah marah, baik siapkan kapas untuk sumbat dalam telinga, silap hari bulan boleh bernana telinga dengar Jc berceramah.

"Kenapa kau tanya" Jonas memeluk tubuh sambil tajam matanya melihat Jc.

"Kau tak jawap soalan Jonas, aku tanya betul kah kau sayang kan Ana, Mariyana." sekali lagi suara Jc yang tegas menyoal Jonas. Selagi Jonas tidak menjawap soalannya selagi itu dia tidak akan berhenti

Jc juga tidak tenang, dia kesian dengan Mariyana yang sudah berapa hari mengeluarkan air mata, selalu menangis dalam bilik atau tu pun dekat kolam ikan.

"Aku memang sayang dan cintakan dia," jawap jonas yang masih bepeluk tubuh .dia tidak faham kenapa Jc tiba-tiba bertanya.

"Dia cinta kan kau kah?" soal Jc lalu memandang jonas dengan senyuman sinis.

Terbuntang biji mata Jonas. Dia seolah dapat rasa Kepalanya bagaikan di hempap batu besar, Jonas hanya diam tidak membalas. Dia sendiri tidak  tahu apa yang ada dalam hati gadis itu dan apa sedang dia alami.

"Okay..mungkin soalan aku tu kau tak ada jawapan. Mungkin sebap kau sendiri tak pernah tanya dengan Ana, kalau kau sayang kan Ana kenapa kau buat dia macam tu.

"Tadi dia cakap dia rindu mama dan papa dia, berhari-hari aku nampak dia hanya menangis, aku rasa baik kau hantar dia," ujur Jc lagi

"Mariya dah tak punya siapa-siapa lagi Jc dia hanya ada aku," jawap jonas dengan lemah, kerana dia tahu mariyana sudah tidak punya ibu bapa.

"Habis tu kenapa dia minta aku bawa dia keluar dari sini, dia cakap--" belum sempat Jc menghabis kan soalanya, jonas sudah membalas.

"Kau tak faham Jc, kau ingat lepas kau tolong hantar dia balik, hidup dia akan senang kah," balas Jonas.  Dia tau mungkin Jc akan tolong Mariyana keluar dari rumah agam mewah itu. Kerana tak sanggup tengok Mariyana menangis.

"Maksud kau" tanya Jc lagi.

"Selama papa Mariya tiada, aku selalu perhatikan Mariyana dari jauh. Apa yang keluarga tiri dia buat pada mariya semua aku tahu mereka tak puas seksa hidup dia. Kau nak aku lepas kan dia, dan lepas tu mereka akan siksa dia lagi.

"Kalau ikut kan panas hati aku, masa mereka seksa dia aku nak saja gigit dua beranak itu sampai mati, tapi aku ada rancangan aku sendiri. Akhirnya Mariya sendiri lari dari rumah itu. Dan sekarang dia disini".

Kemarahan Jonas bagai tidak dapat dikawal matanya tiba-tiba bertukar merah, jelas kelihat urat dileher Jonas. Jonas menggenggam penumbuk bersama wajah yang bengis menahan marah. Terasa seperti ingin membunuh manusia itu sekarang.

Membulat mata Jc mendengar penjelasan Jonas, sungguh dia tidak sangka hidup gadis itu, rupanya banyak keluarkan air mata dan terseksa.

"Kau sendiri nampak dia terseksa macam tu,
Kenapa kau harus kurung dia dalam rumah ni, dia manusia Jonas, hidup mereka tak sama macam kita, sekali sakala kau bawa lah dia keluar dari sini."

"Aku takut dia lari dan tinggal kan aku, aku sayang dia Jc sudah bertahun aku menanti saat ini. pertama kali aku jumpa dia aku dah berjanji dengan diri aku sendiri. Aku tak akan lepas kan dia. Sebap tu aku hanya perhatikan dia dari jauh".

Muka Jonas bertukar sebak, air mata mula bertakung di tubir mata, bila-bila masa saja akan jatuh. Kerana takut kehilanggan gadis itu

Mariyana terkejut mendengar butir bicara keluar dari mulut Jonas, tampa mereka berdua sedar yang perbualan mereka dicuri dengar. Mariyana yang melihat wajah Jonas, terkejut bagai terpaku matanya memandang wajah Jonas yang kelihatan sebak.

"jadi selama ini Jonas tahu lah yang aku selalu di seksa dalam rumah agam itu, aku ingat Jonas tidak megenali diri aku, apa yang aku tahu Jonas hanya jumpa aku yang tertidur dalam hutan siapa kau sebenarnya Jonas," bisik hati Mariyana

"Jonas !"

Mariyana memanggil Jonas dengan suara yang perlahan dan lemah, Jonas dan Jc tersentak, melihat Mariyana yang masih menangis di pintu rumah agam itu.

Jonas dan Jc berpandang, seolah-olah mereka berharap Mariyana tak dengar perbualan mereka berdua.

Jonas melangkah kearah Mariyana dan menarik tangan gadis itu. Mariyana hanya tunduk diam tetapi kaki tetap melangkah masuk ke rumah agam dan mengikut langkah Jonas kebilik mereka.

Sampai kebilik Jonas membawa Mariyana duduk diatas katil. Lalu memeluk pingang Mariyana, dagu jonas diletak atas bahu Mariyana,

"Jonas Kenapa kau tipu aku Jonas, kenapa kau tak terus terang dengan aku, aku dengar semuanya, selama ni kau selalu perhatikan aku dari jauh" soal mariyana sambil menundukkan wajahnya kerana dia tak sangup melihat wajah Jonas.

Jonas yang terkejut itu melepaskan pelukan, dan memusingkan badan Mariyana, agar menghadapnya.

"Aku minta maaf Mariya, aku terpaksa rahsiakan semua ni, kali pertama aku jumpa kau, kau buat jantung aku berdegup dengan laju.Tak ada seorang perempuan yang berjaya buat jantung aku berdegup dengan laju hanya kau mariya" jawap Jonas lemah

"Tapi aku tak kenal kau Jonas, aku tak pernah jumpa kau, dan macam mana kau kenal aku, please jangan tipu aku," mariyana memandang wajah sedih Jonas,

"Kau pernah jumpa aku Mariya, daddy aku bawa aku time birthday party kau, aku tak tipu. Balas Jonas air mata yang di tahan sudah mengalir dipipi.

"Siapa Daddy kau, aku nak jumpa dia, hanya kawan papa aku saja yang datang party itu" Mariyana mula menilik setiap inci wajah Jonas ada kah dia pernah jumpa dengan lelaki itu sebelum ini.

"Jordan" balas Jonas, dia tahu Mariyana pasti kenal dengan Daddynya. Kerana dia juga nampak yang mariyana rapat dengan Daddynya.

"Papa aku tak ada kawan bernama Jordan, setiap kali papa jemput kawan-kawan dia, papa akan kenal kan aku dengan kawan papa. Aku tahu kau masih tipu aku Jonas, apa yang kau nak dari aku, sampaikan kau selalu perhatikan aku dari jauh. Aku tidak akan tahu kalau aku tidak dengar sendiri dari mulut kau tadi" marah Mariyana pada Jonas, dia rasa diri dia masih di tipu, dan dia rasa diperbodoh kan selama ini.

"Aku cintakan kau Mariyan. Aku nak kita kawin. Kawin dengan aku, aku tak ada niat lain, aku hanya cintakan kau Mariyana." lafaz Jonas bersama mata yang redup memandang wajah gadis yang berjaya mencuri seluruh hatinya.

"Aku tak boleh kawin dengan kau Jonas, " balas mariyana yang lemah mendengar permintaan dari
Jonas.

Kerana permintaan itu sangat berat. Dan akan memalukan dirinya dan arwah papanya. Kerana mariyana juga sangat kenal dengan bakal bapa mertuanya, sahabat pada arwah dato wiliam .yang juga sayangkan dirinya.

"Aku nak kita kawin juga" balas Jonas dengan perlahan dan tegas.

"Aku tak boleh kawin dengan kau. Aku kena kawin dengan anak kawan papa aku, dan itu adalah perjanjian aku dengan arwah papa, sebelum dia meninggal. Please Jonas lepaskan aku hantar aku balik!! Kau kena sedar diri kau Jonas, kau Vampire aku manusia, kita tak boleh bersama."jawap mariyana yang mula teresak-esak.

Jonas bagaikan naik hantu mendengar jawapan Mariyana, mata tajam melihat gadis itu yang tak henti-henti menangis.

"Kalau kau nak juga kawin dengan pilihan kau sendiri, okay fine. kalau aku tak dapat kawin dengan kau tak ada sesiapa pun akan dapat kau.
Aku sendiri akan kerat tangan kau dibawa. Lepas tu biar mereka makan kau dengan kejam. Kau tak nak terima sangatkan. Biar aku sendiri cepatkan ajal kau". Ugut Jonas

"Aku lebih rela mati dari kawin dengan kau Jonas,
Kau tak faham. Aku tersepit dengan perjanjian papa aku. Tapi kalau kau nak sangat aku mati, biar aku sendiri yang serah diri aku pada mereka berempat. Kau tak payah kotarkan tangan kau.

"Aku tak mahu orang yang aku cinta aku sayang, akan rasa bersalah kerana menjadikan orang yang dia sayang sebagai mangsa. Jadi biar lah aku sendiri yang korbankan diri aku. Anggap lah itu sabagai permintaan terakhir kau. Dan bukan ugutan dari kau"

Jonas tersentak seakan sedar, yang dia sudah terlepas cakap, dan sampai mengugut gadis itu. Belum sempat dia nak minta maaf Mariyana sudah berdiri dari katil dan mencapai pisau lipat di meja solek, namun tangannya di tahan oleh Jonas.

"Kau nak kemana!!! Tanya Jonas, dia manarik tangan Mariyana. Tubuh kecil Mariyana ditolak kasar kearah katil,

"Kau yang nak sangat aku mati kan!!!" jerit Mariyana dia berdiri dengan pantas dan ingin berlari kearah pintu.

"Mariyana!!!" Jonas menjerit, yang ingin menarik gadis itu.Disebapkan Mariyana terkejut dengan jeritan kuat Jonas tiba-tiba.

BAAMMMM!!!!!

Tubuh gadis itu tersembam. Mariyana tidak dapat mengimbangi badan sendiri sehingga kepala terhantuk kasar pada bucu meja.

"Mariya!!!" Teriak Jonas yang panik melihat Mariyana jatuh dengan bunyi yang kuat.

Mariyana yang mahu bangkit tetapi pandangannya mula berpinar-pinar. Jonas sudah tergesa-gesa mendapatkan Mariyana yang sudah lemah. Cecair  panas warna merah pekat mengalir di kepala.

Cepat-cepat Jonas mengangkat tubuh Mariyana keatas katil.Pandangan Mariyana gelap dan semakin gelap..

"Mariya!! Sayang please bagun" Rayu Jonas yang mula menangis. Pipi Mariyana ditepuk perlahan agar gadis itu membuka matanya.

"Please.. "

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience