2

Vampire Series 24935

Seminggu kemudian...

Nasip Mariyana tidak beruntung, menenggar khabar yang Wiliam bersama pemandunya kemalanggan dalam perjalan pulang ke rumah dan meninggal dunia di tempat kejadian bersama pemandu.

Bagi Rosa,untung juga Wiliam dah tak ada. jadi tak payahlah dia nak bersikap hipokrit lagi depan Wiliam. Sakit sangat hatinya kalau dia terpaksa berlembut-lembut dengan Mariyana .

"Sekarang  aku nak kau cuci sekali baju-baju yang dah berlonggok kat dalam bilik air ni! Senang-lenang kau ya!"

Perintah Rosa sambil menarik rambut mariyana sekuat hati. Apabila dia merasakan Mariyana tidak bergerak dan hanya mengeraskan tubuh di situ ,Rosa menarik sekuat hati dan terus mengheret tubuh Mariyana yang terkial-kial mengikut gerak Rosa sampai ke muka pintu bilik air.

"Aku pantang betul kalau orang degil ni! Lain kali bila aku suruh tu, cepat-cepat buat! Jangan sengaja kau nak lengah-lengah! Aku tak suka! Dahlah aku memang tak sukakan kau! Jangan pulak bagi kau tunjuk perangai kau yang aku tak suka tu!"

Menyeringai wajah Mariyana kerana menahan sakit. Sudahlah sedihnya atas kematian Papanya masih lagi dirasa, ditambah pula dengan perlakuan kasar si mama tiri.Ah!

***

Pada malam tersebut, mariyana bercadang nak keluar dari rumah agam. Dengan perlahan lahan mariyana membuka pintu bilik kemudian dia  melihat jam dinding yang menunjuk pukul 12.45am. Perlahan lahan juga dia menutup pintu bilik terus menujuh kearah tangga. Mariyana melihat dan mengintai kebawa kalau - kalau ada dua makhluk masih belum tidur. Kosong !

Mariyana melihat bahagian ruang tamu kosong tiada orang. Dengan pantas dia menuju kepintu utama tapi malangnya pintu itu berkunci. Di berlari menuju kepintu dapur kemudian cuba untuk membukanya. Berjaya!

Mariyana keluar dan tutup semula pintu dengan perlahan kemudian berlari dengan laju.

Di sebapkan belakang rumah agam itu hutan, jadi dia terpaksa juga masuk dalam untuk melarikan diri. Untuk kejalan raya dia harus berjalan sekitar 50 hingga 100 kilometer dari rumah agam itu.

"Macam mana aku nak keluar dalam hutan apa bagai ni" kata mariyana dalam hati, tetapi dia tetap meneruskan perjalanannya. Hampir setengah jam lebih dia berjalan langsung tak jumpa jalan besar.

Mariyana terpaksa menunggu dipokok besar untuk rehatkan diri. selepas 20min dia meneruskan perjalannya lagi. Malam semakin larut. Kawasan hutan itu hanya ditemani dengan bunyi tagisan cengkerik dan siulan burung.

Di dada langit, bulan purnama sedang mula mengambang megah dipagari bintang - bintang kecil yang bergemerlapan. Semua hidupan didalam hutan itu seolah - olah sedang lena diulit mimpi tampa sebarang ganguan.

Tiba - tiba ,kedengaran lolongan keras serigala memecahkan suasana hening di dalam hutan tebal itu . bunyinya sungguh lantang , kuat dan jelas seakan berada beberapa meter saja di hadapan.

"Aduh macam mana boleh sesat pula ni... Ana takut" kata mariyana sambil mengalirkan air mata. Mariyana yang sudah lemah ia terpaksa duduk lagi disuatu tempat lalu matanya tertutup rapat kerana  penat.

Di sebalik pokok ada mata sedang memandang Mariyana yang tengah tidur dibuai mimpi. Dia pun mendekati Mariyana sambil tersenyum sinis lalu memegang pipi Mariyana yang mulus dan gebu.

"Akhirnya kita berjumpa juga Mariyana, " kata lelaki tersebut sambil tersenyum sehingga menampakan gigi taringnya. Kemudian dia angkat Mariyana bawa pergi jauh dari situ

"Akhirnya kau jadi milik aku Mariyana .! Aku takkan lepaskan kau ." kata lelaki itu semula sambil mendukung Mariyana pergi ke rumahnya.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience