17

Vampire Series 24944

Jonas yang melangka masuk rumah agam itu selepas Rosa membuka pagar. Rosa yang terkejut melihat jejaka yang kacak berjambang dan berbadan sado datang kerumahnya.

Dengan senyuman Rosa yang lebar mengajak lelaki itu masuk kedalam rumah. Jonas hanya perhatikan isi rumah dan matanya melihat sekeliling mencari gadis pujaan hatinya.

"Anak muda ni siapa" tanya Rosa pada Jonas yang duduk bersamanya diruang tamu itu. Jonas hanya senyum sinis melihat wanita itu.

"Saya Jonas Anak kawan papa mariyana. boleh  panggilkan Mariyana" Jawap Jonas, yang masih melihat sekeliling.

"Ohhh Ana, dia tak ada dah seminggu Ana dan kakaknya Rosita pergi kebali bercuti." tipu Rosa dengan memadang Jonas dengan gaya memgoda.

Jonas yang dapat baca fikiran Rosa itu mula tidak senang duduk, meremang bulunya melayan wanita separu abad itu. Mengalahkan anak gadis.

Jonas juga mula tidak senang, kerana tidak dapat hidu bau badan Mariyana. Seolah-olah gadis itu tidak menjejak rumah agam itu. Tampa kata Jonas terus berdiri, meminta diri untuk pulang.

Rosa hanya merengus geram kerana Jonas seperti tidak melayan, dan buat tak tahu saja. Jonas keluar dari rumah itu, kerana dia ada plan untuk mencari Mariyana dalam rumah agam itu.

Lagi menyakitkan hatinya Jonas, wanita yang sudah separu abad itu tergedik-gedik dengannya. Selepas Jonas masuk dalam kereta. Jonas mengeluarkan iphone dari poket seluar dan membuat panggilan pada seseorang.

***********

Mariyana membuka mata secara perlahan, apabila ubat yang dibius dalam tubuhnya sudah hilang dan tidak memberikan kesan lagi. Mariyana cuba untuk bangun tetapi malang apabila tubuhnya yang duduk di atas kerusi diikat erat.

Mariyana tidak nampak apa-apa di sekelilingnya. Hanya gelap gelita dia juga tidak tahu yang dia sekarang berada dimana. Mariyana mula menangis ketakutan.

Dalam fikiran dia hanya ingin kan Jonas. Agar datang menyelamatkan dirinya dari penculik atau pun musuh Jonas yang perna membunuh dua orang vampire.

Mariyana cuba untuk menjerit untuk meminta tolong malangnya mulutnya juga diikat.
Tiba-tiba Mariyana mendengar pintu bilik itu dibuka
Mariyana memejam mata agar dia kelihatan seperti masih tidur.

Bunyi derapan tapak kasut yang kuat memecahi kesunyian di dalam ruang bilik tersebut. Membuatkan Mariyana cuba membuka matanya semula dan melihat susuk tubuh lelaki itu.

"Hidup lagi kau." lelaki yang menculikanya itu mengambil kerusi dan diletakkan di hadapan Mariyana, lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut.

"Lalaki yang di mall tadi" bisik Mariyana dalam hati. Mariyana berasa pelik dan hairan kenapa lelaki itu menculiknya apa salah dia sampaikan dirinya diikat, ada kah hanya sebap dia ketawa membuatkan lelaki itu menjadi marah.

"Terkejut kah" Soal lelaki itu dengan nada sinis.
Lelaki itu membuka ikatan mulutnya, agar Mariyana boleh membalas soalan.

"Lepaskan aku lah botak" jerit Mariyana dan  meronta-ronta. Ikatan tali itu yang membaluti tubuhnya membantaskan penggerakkan dirinya.

"Susah paya aku cari kau berbulan-bulan dan susah paya aku culik kau. kau ingat senang kah aku nak melepaskan kau." lelaki itu berkata dengan keras dan senyuman sinis.

Mariyana berhenti memberontak apabila sedar senyuman lelaki itu lebih menakutkan dari senyuman Vampire Jefrie.

"Aku tahu mesti kau terkejutkan kenapa aku culik kau." kata lelaki itu lagi, berkerut wajah Mariyana melihat lelaki yang duduk di depannya. Dia tidak faham kenapa lelaki itu mencarinya berbulan-bulan.

"Kau siapa..!! Kenapa kau culik aku..!!" jerit Mariyana bertanya dengan lelaki botak yang duduk didepannya.

"Aku Azman selamat berkenalan dan aku hanya orang yang suruhan bos aku. Jadi kalau kau nak tanya kenapa aku culik kau baik kau tunggu saja bos aku datang" jawap lelaki yang memperkenal kan dirinya  pada Mariyana tanpa rasa bersalah.

Membulat mata Mariyana kerana terkejut. Jadi lelaki itu hanya lah orang suruhan. Dan untuk menculiknya lebih tepat lagi sebagai anak buah.

"Kau nak tahu sesuatu" lelaki itu membongkok tubuh merapati wajah Mariyana, sebenarnya ibu tiri kau yang bunuh mak bapak kau." Terbuntang biji mata mariyana. Dia tidak sangka semua kejadian yang menimpa keluarganya ada kaitan dengan Rosa.

"Kemalagan itu sebenarnya dirancang, mesti kau terkejutkan. Tapi kau jangan tuduh aku pula yang bunuh mak bapa kau. Semua tu aku yang siasat"
Lelaki itu ketawa kuat melihat raut wajah gadis itu.
Mariyana tidak mampu berkata apa-apa.

"Apa yang aku tahu ibu tiri kau hanya inginkan harta keluarga bapa kau. Dan sebap itu dia terima untuk berkawin dengan bapa kau" Mariyana mengalirkan air mata yang ditahan sejak tadi. Tidak sangka yang bapanya bukanlah mati kerana kemalagan tetapi semuanya rancagan jahat Rosa.

Lelaki itu bangun dari duduk dan mengeliling tubuh Mariyana bersama senyuman jahat. Rambut Mariyana dibelai dan dihidu. Mau saja Mariyana menepis tangan itu. Mariyana hanya merengus kasar dan dadanya berombak apabila tangan lelaki itu membelai bibirnya.

"Agaknya apa yang patut aku buat pada kau ya sebelum bos besar aku datang" lelaki itu membelai wajah Mariyana.

"Jangan risau aku tak akan bunuh kau sebab aku hanya diarahkan untuk menculik kau." Mariyana menggelengkan wajahnya. Lalaki itu melepaskan tangannya dan memandang sinis pada Mariyana.

"Kenapa lah bos aku nak kan kau ya. Gadis yang cantik dan tak pernah aku lihat sebelum ini" Azman  mula menyentuh paha Mariyana yang terdedah bersama senyuman gatal. Mariyana cuba meronta lagi apabila tangan lalaki itu cuba menyentuh atas pahanya. Air mata semakin keluar dengan laju.

"Lepaskan aku, jangan buat aku macam ni." rayu Mariyana pada lelaki itu, yang masih membelai pahanya yang putih.

"Aku akan sentuh kau, tapi bukan sekarang" Azman menarik tangannya semula dan menghadiakan senyuman sinis kepada Mariyana yang kelihatan pucat.

Azman bangun dan berlalu keluar bersama senyuman jahat yang tidak lekang dari hujung bibirnya. Lelaki itu mengeluarkan iphone dari poket seluar dan membuat panggilan pada bosnya.

Dia memberitahu yang dia telah berjaya menculik gadis itu.

***********

Penumbuk digenggam erat sehingga muncul urat hijau menandakan dia sedang bengang. Merata tempat Jonas mencari Mariyana, namun gadis itu tidak dilihat dimana-mana.

Tiga beradik JC,VJ,JK, juga sangat marah pada Jonas, kerana membiarkan Mariyana sendiri kerumah agam itu.

Jefrie yang tidak senang duduk dirumah agam mewah itu keluar mencari Mariyana. Malam itu juga Jefrie memasuki rumah agam Dato wiliam untuk mencari mariyana. Dia terus melompat naik bilik Mariyana, dia hanya ingin tahu sekiranya gadis itu dikurung disitu.

Jefrie yang ingin melangka masuk itu terhenti bila terdengar suara. Lalu dia senyap dan duduk tepi tingkap itu mendengar perbualan Rosa dan anaknya. Rosita yang menangis teresak-esak.

"Kali ini saja mama minta tolong kamu, semua barang kemas mama dah pajak, untuk bayar orang cari Ana. Lepas kita dapat budak tu mama janji akan tebus semula kamu dengan along tu.

Rosita hanya membangkang kerana tidak ingin digadai pada along, kerana dia juga tahu selama mereka mancari Mariyana, sudah banyak duit yang Mamanya habiskan termasuk barang kemasnya.

Rosa manjadi begang dengan anak kandungnya lalu keluar dan mengunci bilik Mariyana itu. Rosita yang marayu-rayu pada Rosa tidak diendahkan.

Jefrie melangka kearah Rosita yang menangis. Jefrie melihat Rosita yang terbaring dengan kaki dan tangan dirantai di atas katil.

Rosi tersedar akan hadiran sesorang itu dalam bilik itu. Dia terkejut dan ingin menjerit. Namun dengan pantas Jefrie menutup mulut Rosita. Gadis itu meronta-ronta. Bunyi bising yang terhasil dari rantai besi itu. Membuatkan Jefrie menekan tubuh Rosi diatas katil.

"Aku akan tolong kau, tapi dengan sharat aku nak tahu dimana mama kau sorok Ana". Soal Jefrie pada Rosita. Gadis itu angguk, perlahan-lahan Jefrie melepaskan tagannya dari mulut Rosita.

"Ana sudah lama melarikan diri dari rumah ini. Disebapkan mama aku tidak jumpa Ana, diri aku akan digadai. Dan duit itu diguna untuk bayar orang yang mencari Ana." Rosi menarik nafasnya dan melihat Jefrie.

"Sebelum mama jumpa Ana, lebih baik kamu cari dia cepat. Kalau mama juga Ana dia tidak akan membiarkan Ana hidup tolong selamatkan Ana" ujur Rosi dengan dengan tagisan.

Dalam kesamaran bilik separuh gelap, Rosi melihat wajak lelaki yang berdiri disebalahnya, walau pun wajah agak seram namun tetap kacak, dan dia berharap agar lelaki itu boleh menolongnya.

"Aku mohon tolong lepaskan aku dari rantai ini dan bawa aku keluar dari rumah ini." Rayu Rosi pada Jefrie. Lelaki itu hanya tersenyum sinis, Rosita megeluh selepas melihat senyuman sinis Jefrie.

Rosi megalirkan air mata, mengenangkan nasip diri yang akan digadai oleh ibu kandungnya sendiri. Demi kepentingan dirinya. Lebih teruk lagi dirinya akan dijadikan pelacur oleh along itu, selama dirinya tidak ditebus. Dia juga akan jadi pemuas nafsu jantan-jantan yang inginkannya.

Jefrie yang melihat cecair jernih mengalir di mata gadis itu dan mendengar isi hati Rosita. Jefrie mula berlembut hati. Namun dia juga tidak mempercayai gadis itu sepenuhnya.

"Baik lah aku akan tolong kau. Tapi ingat kalau aku dapat tahu kau masih nak apa-apa kan Ana, aku tidak akan teragak-agak bunuh kau," ugut Jefrie keras ditelingah Rosi.

Dengan sekali tarikan saja rantai itu terlepas dari katil. Rosi terkejut dengan kekuatan Jefrie. Tubuh Rosi dicampung dan dibawa ketepi tingkap. Rosi meletakkan tangannya pada leher Jefrie.

Sempat lagi Rosi melihat kebawa kalau lelaki itu menyediakan tangga yang tinggi. Namun sangkaan meleset Setelah Jefrie melompat terus kebawa. Rosi terjerit kuat, kerana Jefrie yang melompat dari tempat yang tinggi itu membuatkan seluruh tubuhnya mengigil.

Kerana ketakutan Rosi pengsan dalam dakapan Jefrie. Jefrie melihat wajah Rosi yang pengsan itu kerana aksinya tadi. Dia hanya tersenyum sinis.

"Nasip lah awal-awal lagi aku dah dapat mangsa. Kalau tidak, kau yang jadi mangsa aku" bisik hati Jefrie. Dan membawa tubuh Rosi itu kerumahnya.

**************

Jonas bengang kerana memikirkan Mariyana, Jika masa itu boleh diputar dia tidak akan membiarkan gadis itu sendiri.

Dari pintu utama Jonas melihat Jefrie membawa seorang wanita, namun dari bau manusia itu dia  dapat tahu yang gadis itu bukan lah Mariyana.

"Aku ingatkan kau pergi cari Ana, rupanya kau cari lauk untuk kami." VJ melihat gadis yang di letak diatas sofa ruang tamu itu.

Mereka tiga beradik melihat gadis yang masih pengsan, dan melihat kearah Jefrie agar lelaki itu menjelaskan mengapa dia bawa gadis itu ke rumah agam.

"Yang ni kakak tiri Ana. Aku cari Ana dirumah agamnya tapi dia tak ada. Dalam bilik Ana hanya ada minah ni. Dikurung dan dirantai oleh ibunya.

Jc meramas kasar kedua tangannya kerana geram. penculik itu paling bijak tidak meninggalkan apa-apa kesan sesuatu dan situasi.

"Jangan manusia itu fikir dia boleh memperbodoh kan kita semua. Dengan menghilangkan Jejak Ana."  Jk berdiri mencekak pinggang dan melihat mereka semua yang ada disitu.

Jonas yang berdiri bersandar pada dinding itu memandang kearah Jk dan Vk. Kerana mereka juga mempunyai kemahiran yang boleh menghilang kan jejak atau bukti.

"Kamu rasa ini kerja manusia atau pun vampire" Jonas berkata dengan lemah. Dia juga takut kalau  kawan vampire yang pernah dibunuhnya membalas dendam pada Mariyana.

Jefrie berdiri dan menjelaskan apa yang Rosi beritahunya dirumah agam. Jonas melihat gadis yang baring atas sofa itu dengan geram.

Sekiranya Rosa terlibat akan kehilangan Mariyana. Dia tidak akan teragak-agak akan membunuh anaknya Rosi depan mata wanita itu termasuk wanita itu sekali.

Iphone Jonas berbunyi. Jonas angkat panggilan tanpa melihat nama pemanggil. Kakinya terus berjalan keluar ke halaman rumah.

"Jonas..!!." keras suara pemanggil.

"Dd..daddy" Suara Jonas bergetar bila dengar suara si pemanggil. Airmatanya juga menunggu masa untuk jatuh. Dia mula rasa tak sedap hati. Harap Tuan Max tidak memarahinya seperti sahabatnya.

"Jefrie dah beritahu Daddy yang Mariyana kena culik. Betul ke" Tuan Max bertanya pada Jonas dengan nada separu keras.

"Yy..ya.." Jonas dapat dengar suara Tuan Max mengeluh di talian. Dia rasa bersalah kerana lebih mementing kan kerjanya.

"Daddy dan mummy dalam perjalanan ke sana. Kamu buat apa yang patut. Tapi ingat, jangan sampai Rosi tahu. Daddy rasa tak sedap hati. Daddy tahu Rosa masih berdendam dengan Ana.
takut dia apa-apakan Ana kalau dia tahu yang kita juga mencarinya." Ujur Tuan Max pada Jonas dan panggilan dimatikan.

Tuan Max juga berusaha mendapatkan maklumat dari vampire yang lain. orang-orangnya juga diarah untuk mencari Mariyana. 

Puan Julia dan Tuan Max mula risau dan takut. Mereka berdoa harap Mariyana ditemui dalam keadaan selamat. Kerana takut sekiranya Rosa dalang dalam kes penculikan Mariyana.

*************

story ni tak best kah. sampai kan star baru dapat tiga je...
???????? sedih tau, perah otak buat story ni

Share this novel

Nur ain Solelah
2019-11-13 09:35:50 

Taklah.. Story ni best Sangat...


NovelPlus Premium

The best ads free experience