21

Vampire Series 24944

Rosita diarahkan untuk membersikan rumah agam yang besar. Dari jauh Jefrie hanya melihat Rosita dengan senyuman sinis. Melakukan kerja-kerja rumah itu.

Dengan baju t-shirt lebar serta seluar longgar menjadi pakaian gadis itu setiap hari. Dia terpaksa memakai baju buruk yang diberikan oleh Jefrie, kerana baju yang dia ada hanya lah sepasang, dan baju itu habis koyak.

Selepas Rosita masak, cuci kain dan cuci tandas.
Rosita turun semula kebilik tempat dia dikurung. Walau pun bau bilik itu tidak meyenangkan namun dia tetap bertahan duduk disitu.

Pintu bilik ditutup dan merehatkan dirinya diatas katil dengan tilam yang nipis. Rosita mengingatkan perbualannya bersama Rosa, sebelum dirinya diikat dalam bilik Mariyana.

Flashback

"Rosi esok kamu kena ikut mama. Buat sementara waktu kamu kena tinggal dengan Along, sebap mama nak guna duit untuk cari budak tu.

"Lepas tu kalau budak tu kita dah tangkap. Boleh lah mama tebus kamu semula dengan lelaki tu" kata Rosa tampa berlapik.

hati Rosita bergetar menahan marah, kerana mamanya sanggup menggadaikan dirinya untuk kepentinggan diri.

"Rosi dapat rasakan yang Rosi ni bukan anak mama.
Kalau Rosi anak mama, kenapa mama sanggup gadai Rosi. Rosi masih ingat lagi apa yang mama buat kat papa.

"Papa sebenarnya tak lari. Tapi mama bagi papa makan racun tikus, lepas papa mati Rosi tak tahu dimana mama sorok mayat papa.

"Selama ni papa baik dengan kita. Apa yang mama mahu semua papa beli, disebapkan mama dengki dengan kakak kandung mama sediri, mama sanggup bunuh Aunty Rosmary mama Mariyana.

"Tapi Rosi still lagi sayangkan mama.Tapi mama pentingkan diri. Mama pernah kah fikirkan Rosi Pernah kh.!!" Rosi menengking Rosa sehinggah bahu Rosa terhinjut.

"Rosi!. Jagan nak kurang ajar!!." Pap.. Satu tamparan hinggap dipipi Rosita. Hati yang sakit ditamba lagi dengan sakit dipipi. Hati Rosita semakin berkecai.

"Selama ni aku jaga kau, aku manja kan kau. Sikit  pun kau tak hargai. Kau memang anak derhaka!!. Susah mama nak maafkan kau Rosi" Rosita tersenyum sinis.

"Mama buat semua ni untuk kau, macam ni kau balas dengan mama ha! Ingat esok kau kena juga ikut mama pergi tempat Along tu." Rosa menunjal kepala Rosita.

"Rosi tak akan ikut mama, kalau mama nak cari duit untuk bayar orang untuk cari Ana, mama usahan kan sendiri." Rosa ketawa besar, membuatkan bulu roma Rosita meremang.

Seorang lelaki yang duduk disofa hanya memandang perkara yang terjadi didepan matanya.

"Kenapa, kau takut?..Rosi-Rosi kau belum kenal lagi mama macam mana, mama boleh buat lebih lagi, sehinggah kau tak mampu untuk melawan.

Rosa semakin dekat menghampiri tubuh Rosita. Rosita  yang memeluk tubuh naik kecut melihat watak baru mamanya. Apabila sampai sahaja di hadapan Rosita. Rosa menunding jari ke arah mukannya dan memegang kuat pipi gadis itu. Rosita hanya mendiamkan diri.

"Kau tahu tak lepas ni kau tak boleh lari lagi. Dan tubuh kau ni akan jadi mangsa kepada semua jantan yang nak kan tubuh kau. Kau tahu.!" Rosa ketawa lagi. Dalam hati Rosita sebelum apa-apa terjadi dia akan melarikan diri.

Namun hampa, setelah mendengar suara Rosa mengarahkan lelaki yang duduk disofa itu untuk mengheret tubuhnya naik keatas.

Rambut Rosita ditarik kuat sehinggah tubuhnya terikut naik kebilik Mariyana. Sampai kebilik tangan dan kaki Rosita dirantai berbetuk X.

Flashback...off

Derapan tapak kasut meyentakkan lamunan Rosita. Dia melihat kearah pintu. Seorang lelaki menghampir katilnya dengan senyuman yang sukar untuk Rosita fahami.

"Kau nak apa, boleh tak tolong jangan kacau aku" kata Rosita yang sedang berbaring. VJ datang mendekat kearah katil. Dengan pantas Rosita duduk lalu berdiri ingin keluar dari bilik itu.

"Alah rileks la. Jefrie bukan ada sini pun biar aku temankan kau dalam bilik ni okay. Aku tahu mesti kau bosan kan. Jefrie pun layan kau kasar." balas VJ  dengan senyuman gatal.

"Tolong pergi dari sini!" Marah Rosita yang ingin lari keluar namun laluannya dihalang.

"Sana la setan.! aku nak lalu.!" Jerit Rosita lagi yang cuba pergi ke kiri ke kanan tapi dihalang VJ. Dia Ingin menjerit meminta tolong dengan Jefrie, namum lelaki itu pun belum tentu nak tolong dia. Fikir Rosita

"Alah aku saja nak sembang dengan kau, bukan aku nak buat apa pun. Dah lama aku tak jumpa dengan kau kita berseronok lah dalam bilik ni sekejap" kata Vj lagi,

Lelaki itu semakin mendekati tubuh Rosita, Rosita berundur kebelakang. Belum sempat dia nak larikan diri. Sekali lagi tubuhnya dikunci oleh VJ

Rosita tersandar pada dinding dan tangan VJ kiri dan kanan mengunci Rosita. Kepalanya semakin mendekati bibir Rosita. Tangan Rosita juga memukul-mukul tubuh VJ untuk lepaskan diri namun gagal.

Bibir VJ dan Rosita semakin hampir. Air mata yang bertakung ditubir mata mengalir deras. Bunyi pintu dikuak dari luar menghentikan VJ yang ingin mencium bibir Rosita.

Rosita yang melihat Jefrie melangka masuk, lalu dia menghembus nafas lega. Mata Jefrie menikam wajah Rosita dengan riak beku.

"Kau buat apa kat sini" tanya Jefrie pada VJ, lalu memandang Rosita yang masih berdiri dengan menundukkan kepala.

Rosita tidak sanggup melihat wajah Jefrie. Seolah-olah pandangan lelaki itu ingin menikamnya.

"Saja lepak, lagi pun kat bawa ni kan ada lauk tak kan kau tak nak kongsi dengan Cikgu kau ni." jawap VJ lalu berpeluk tubuh didepan Jefrie. Jefrie hanya tersenyum sinis.

"Kau perna nampak aku kongsi lauk aku dengan sesiapa, tak kan. So kau jangan kacau makanan aku" Jefrie mengangkat sebelah keningnya. VJ hanya ketawa kecil, dia tahu Jefrie tidak suka kalau barangnya dikacau, jadi dia pun menggalah.

"Rileks lah aku gurau ja tadi, okay lah aku keluar dulu," tampa rasa bersalah, lelaki itu keluar dari bilik kurungan tampa memandang kearah Rosita yang masih menggalirkan air mata.

Melihat saja tubuh VJ hilang dibalik pintu Jefrie datang mendekat kearah Rosita. Rosita hanya diam membisu. Rambut Rosita ditarik kuat.

"Arrhhh...sakitt" rintih Rosita namun sikit pun tak dipeduli kan Jefrie.

Jefrie menarik lagi rambut Rosita sehingga  kepalanya terdongak keatas. Rosita meronta-ronta ingin melepaskan cengkaman Jefrie.

"Sakit sakit tolong jangan buat aku macam ni" gadis itu merayu. apabila tubuh Rosita ditolak kasar ke sisi katil.

Jefrie hanya ketawa jahat. Melihat Rosita yang mula berdiri depannya dengan airmata yang mengalir.

"Aku dah lama sabar dengan kau. Kau hina aku pukul aku maki aku. Kau ingat aku takde perasan tak ada rasa sakit kah. Kau ragut dara aku tampa kerelaan aku". Rosita manarik nafas dalam. Airmatanya juga tak berhenti mengalir.

Jefrie hanya bepeluk tubuh melihat Rosita tampa perasaan. Dia hanya mendengar dan pandang tubuh Rosita. Tiba-tiba Rosita terasa sakit kepala Rosita mula memegang kepalanya yang berdenyut.

"kenapa nak berlakon sakit kepala pula." sinis Jefrie. Tangan Rosita cuba memengang kepala katil agar dirinya kekal berdiri.

Jefrie langsung tidak menghiraukan Rosita. Malah Leher gadis itu dicekek dan disandarkan pada dinding. Belum sempat Rosita bersuara lelaki itu
Sudah mengigit leher dan menghisap darahnya.

Jerfir yang melihat tubuh gadis itu yang makin lemah kerana banyak kehilangan darah. Lalu dia melepaskan gigitannya. Rosita jatuh pengsan diatas badan Jefrie.

Tubuh Rosita dicampung lalu dibawa keluar. Melihat keadaan ruang tamu yang Kosong, Jefrie membawa Tubuh itu masuk kebiliknya.

Selepas tubuh itu dibaringkan atas katil. Jefrie memasukkan satu pek darah ke dalam badan Rosita. Dan Jefrie suntik ubat penahan sakit.

Selepas menukarkan baju kemeja, Jefrie keluar dari biliknya. "Belum tiba saatnya lagi untuk kau mati perempuan." bisik hati Jefrie

*************

Sebelum Mariyo balik ke negara Sepanyol dia membawa Mariyana berjumpa dengan Encik Edwin iaitu peguam Dato Wiliam.

Encik Edwin membaca semula surat wasiat itu. Dan Mariyana baru faham kenapa saham 30% itu di rahsiakan.

sebuah rumah baru dan sebuah kereta BMW hitam serta kedai butik untuk Rosita. Telah ditarik selepas Mariyo menjelaskan semuanya. Rosa dan Rosita tidak layak untuk mendapat apa-apa bahagian dari harta Arwah Dato Wiliam.

Rumah agam tempat Rosa tinggal akan diberikan kepada Mariyana, kerana rumah itu juga atas nama Mariyana.

Encik Edwin juga akan kerumah agam itu semula dan meminta Rosa kosongkan rumah agam itu. Disebapkan Mariyana tidak tahu apa-apa tentang hal syarikat. Mariyana akan menyuruh Jonas uruskan syarikat Dato wiliam.

Jonas akan menjadi Ketua Pengarah bagi menggantikan tempat Mariyana buat sementara waktu, Dan Jefrie juga akan disuruh ambil krusus belajar tentang hall syarikat.

Dan menggantikan tempat Jonas sebagai CEO syarikat perladanggan Tuan Max.

Selepas Mariyo selesaikan semua urusan. Dia juga akan melangsungkan perkawinannya bersama Jc, di Sepanyol. Kerana Mariyo juga sudah menjadi warga negara Sepanyol.

*************

Jonas dan Mariyana membuat Majlis dirumah agam mewah, bagi menyambut hari perpisahan Mariyo dan Jc. Sedang leka Mariyo dan Jonas bersembang dihalaman rumah.

Tiba-tiba mereka terdengar jeritan-jeritan dari VJ, dan JK, manakala Jefrie hanya tersenyum melihat Mariyana dan Jc.

Mariyo dan Jonas cepat-cepat melangka masuk kepintu utama, mereka berdua memandang kearah pentas tempat Jk,Vj, dan Jefrie pandang. Mata Jonas dan Mariyo terbuntang besar melihat dua gadis itu menari-nari seperti di clab malam. Dengan.

Lagu Daddy yankee : Con Calma

Cómo te llamas baby? Desde que te vi supe que eras pa’ mi Dile a tus amigas que andamos ready Esto lo seguimos en el after party

Cómo te llamas baby? Desde que te vi supe que eras pa’ mi Dile a tus amigas que andamos ready Esto lo seguimos en el after party

Con calma yo quiero ver como ella lo menea Mueve ese “poom poom” girl Ese un asesina cuando baila quiero que to’ el mundo la vea I like your “poom poom” girl Con calma yo quiero ver como ella lo menea Mueve ese “poom pomm” girl Tiene adrenalina en medio de la pista vente hazme lo que sea I like your “poom poom” girl

Lagi menggejutkan mereka berdua baju seksi yang dipakai Mariyana dan Jc. Sehingga mulut Vj dan Jk terngagah dan bermata love.

Jonas menarik tangan Mariyana kerana tidak sanggup melihat mata-mata gatal dari dua jejaka itu. Mariyo juga turut sama menarik Jc kesofa.
Mariyana memuncungkan bibir marajuk dengan Jonas.

"Kalau nak menari pun bukan disini tapi bilik dengan saya. awak nak buat tarian bogel pun saya kesah," jelas Jonas pada Mariyana. Gadis itu hanya menjeling.

"Alah bagi lah kita orang tengok Dance mereka Semak lah kamu dua ni,tak spoting langsung,"  kata Vj buat muka simpati dan merajuk, Jc dan Mariyana hanya ketawa.

"Ok kamu nak tengok kami menari kan tapi dengan syarat," ayat pertama dari Jc membuatkan mata Jk dan Vj bersinar bila mendengar syarat saja mereka terus mengeluh.

Mariyo terus menjetik kasar dahi Jc. Sehinggah Jc menjerit sakit. Mariyana tambah ketawa besar Jonas menjeling lalu menggelengkan kepala.

"Ya lah apa syaratnya"soal Vj , Jc tersenyum sinis lalu mendekati Mariyana dan berbisik. Selepas dengar plan Jc, Mariyana memecut naik keatas.

Dan membawa turun dua crop top, melihat saja apa yang dibawa Mariyana, mereka dah tahu lalu membangkang.

"Dah tak payah nak bangkang tadi bukan main seronok kamu tengok kami menarikan, sekarang giliran kamu pula." kata Jc dengan senyuman lagi

Jefrie yang melihat empat orang itu kerjakan Vj dan Jk. Dia berlalu naik keatas membawa makanan, tampa pengatahuan mereka.

Rosita juga masih dikurung dibilik Jefrie. Dari pagi gadis itu tidak diberi makanan hanya air putih yang disediakan.

Hari pun dah malam. Rosita hanya menahan lapar, kerana Jefrie juga sibuk melayan karenah sahabat-sahabatnya. Melihat saja pintu dibuka Rosita dah tahu yang Jefrie masuk. Dia berharap agar lelaki itu membawakan dia makanan.

Huluran pinggan mee goreng dengan roti disambut. Dengan lahapnya dia makan, bagaikan  bertahun dia tidak makan. Jefrie hanya beriak beku melihat gadis itu makan dengan lahap.

Mendengar saja bunyi riuh diruang tamu dengan lagu Daddy Yankee - Limbo. Jefrie keluar semula dan mengunci bilik itu.

Jefrie ketawa kecil melihat tarian tiang Vj dan Jk.
Mariyo, Mariyana, Jonas dan ,Jc ketawa terbahak-bahak. Geli hati melihat dua jejaka yang berbadan sado itu memakai crop top menari di atas pentas.

*************

Sudah tiga hari Mariyana balik kerumah agam, namun dia juga belum tahu tentang Rosita tinggal bersama mereka.

Rosita dikurung dalam bilik Jefrie, setiap kali lelaki itu keluar dia akan mengunci biliknya dari luar agar gadis itu tidak dapat keluar.

Jonas juga sudah mula sibuk uruskan syarikat Dato Wiliam. Namun tidak seperti biasa lagi. Jonas akan balik awal temankan Mariyana dirumah.

Jc juga sudah bergelar isteri pada Mariyo. Mereka berdua hanya daftar kawin di negara Sepanyol.
Vj dan Jk sudah balik ke rumah keluarganya dengan senang hati.

Kerana hidup mereka yang tiada lagi mencuci telingah mereka berdua. Walau pun begitu mereka tetap merindui gadis itu.

Tuan max dan Puan Julia balik ke romania semula, untuk menyiapkan kad jemputan dan juga majlis perkawinan Mariyana dan Jonas yang akan berlangsung di istana Vampire Transylvania,  Romania.

Jenna dan juga Jenny terkejut tentang undagan yang Puan Julia buat untuk 800 jemputan.
Mereka berdua bertanya siapakah yang akan berkawin. Namun Puan Julia tetap membisu.
Kerana dalam kat undagan yang diberi tidak meletak kan nama Jonas dan Mariyana.

Biar lah ia menjadi kejutan kepada puak mereka.
Ramai yang mengatakan perkawinan itu adalah perkawinan Jefrie. Kerana walaupun Jefrie seorang yang beku dia juga akan melayan gadis-gadis yang menyapanya.

Tidak seperti Jonas yang beku dan panas baran.
Hanya belalu tampa menjawap pertanyaan wanita yang mendekatinya.

Gadis-gadis yang mendengar tetang perkawinan yang kononnya perkawinan Jefrie. Mereka bersorak gembira kerana mereka berfikir masih ada peluang untuk memikat hati Jonas, iaitu jejaka yang beku dan juga idaman gadis-gadis Vampire di kota Romania.

**********

Mariyana yang tiba-tiba demam dan membuatkan Jefrie tercari-cari Mariyana. Kerana biasanya gadis itu tidak akan duduk diam dalam bilik, ada saja yang dibuat Mariyana yang menggangu ketenteraman lelaki itu.

Jefrie melangka keatas dan membuka bilik Mariyana dan Jonas. Dia melihat Mariyana masih tidur. Jefrie pelik melihat wajah pucat gadis itu.

Selepas dia meyentuh dahi Mariyana yang panas. Jefrie menghubungi Jonas, dan memberitahu yang  gadis itu demam panas.

Jonas mengarahkan Jefrie untuk masakkan Bubur buat Mariyana. Dan dia akan pulang dengan segerah. Disebapkan lelaki itu tidak reti masak makanan yang dikatakan Jonas.

Jefrie menyuruh Rosita memasak bubur ayam, tampa membantah arahan Jefrie. Rosita turun kedapur lalu memasak bubur ayam.

Selepas berapa minit, Rosita yang ingin memanggil Jefrie  dia melihat lelaki itu masuk kebilik yang dia sendiri tidak ketahui. Rosita hanya membawa bubur itu naik dan masuk kebilik tempat Jefrie masuk.

Mariyana yang duduk bersembang dengan Jefrie  terhenti apabila melihat pintu itu dibuka, tiba-tiba mata Mariyana terpaku pada wajah Rosita, Rosita juga terkejut. Jefrie juga merenung tajam ke arah Rosita.

"Pergi! Jangan dekat dengan aku." Mariyana mengamuk setelah melihat wakah Rosita. Dia memeluk lutut dengan tubuh yang menggigil ketakutan.

Jonas yang baru melangka naik itu, juga terkejut mendengar suara jeritan Mariyana. Dia berlari naik kebilik itu

Wajah Rosa terlayar di ruang mata Mariyana membuatkan dia takut dan trauma terhadap dua beranak itu. Disebap kan Rosa dia kehilangan ibu bapanya.

Semua bantal yang ada diatas katil dibaling kearah Rosita. Gadis itu hanya berdiri kaku. Bubur yang masih panas juga terjatuh lalu terkena kaki Rosita.

Rosita hanya menahan sakit apabila kakinya seolah-olah melucur terkena tumpaha bubur yang panas.

"Rosita.! kau keluar sekarang.! " Jefrie bersuara keras, lalu menarik tubuh gadis itu keluar dari bilik Mariyana. Rosita tidak mampu berkata-kata, kerana dia juga masih terkejut melihat Mariyana didepannya.

Jonas hanya melihat Jefrie mengheret tubuh Rosita lalu dia menghampiri tubuh Mariyana yang sudah hilang kawalan. Dia cuba menenangkan gadis itu.

"Sayang saya ada, jangan takut Jefrie dah kurung perempuan tu" jelas Jonas memeluk tubuh Mariyana. Selepas beberapa minit dia

Melihat Mariyana yang sudah tenang, Jonas mambaringkan tubuh Mariyana semula. Jonas menggetap rahang lalu turun mencari Jefrie.

"Jefrie cukup.!" kata Jonas dengan garang, dia juga tidak sampai hati melihat Rosita yang didera depan matanya. Libasan tali pinggang itu terhenti.

"Kau Jangan nak seksa anak orang macam tu, daripada kau asik dera dia lebih baik kau bunuh dia." Jefrie tersentak melihat Jonas yang sudah naik marah satu oktaf. Wajah Rosita habis lebam dikerjakan Jefrie tampa belas kasihan sikit pun.

"Rosi sekarang Ana tengah trauma dengan mama kau, dan juga kau. Dia tahu yang kamu dua beranak tenggah cari dia.  Buat masa sekarang jangan hampiri dia." Kata Jonas tegas. Rosita diam tidak menjawap, ini kali pertama dia mendengar suara Jonas bercakap dengannya.

"Jef kau pun ingat, Rosi juga mangsa mamanya,
Rosa masih mencari anaknya Rosi, daripada kau asik dera di lebih baik kau hantar dia pulang" marah Jonas pada Jefrie lagi. Rosi terkejut lalu belari kearah Jonas. Dan sujud dikaki Jonas.

"Tolong ,aku tak nak balik kerumah mama aku, hantar lah aku kat mana-mana asal jangan jumpa mama aku," Rosita Marayu-rayu dikaki Jonas.

Jonas hanya berundur setapak. Kerana prinsipnya hanya satu, dia tidak akan menyentuh mana-mana gadis melainkan gadis itu ada lah cintanya.

Rosita menangis kuat merayu-rayu. Jefrie yang berdiri dari tadi terus mencampung tubuh Rosita dibawa naik kebilik.

Rosita hanya membiarkan dirinya dibawa begitu saja tampa menunggu balasan dari Jonas. Jonas juga rasa kesian melihat gadis itu, yang setiap hari kena pukul oleh Jefrie.

Selepas masuk kebilik, Jefrie menjatuh tubuh Rosita dilantai sehinggah Rosita mengerang kesakitan. Gadis itu berlari ditepi sudut. Takut sekiranya lelaki itu belasah tubuhnya semula.

Tiba tiba Jefrie menjadi cemas. Dia tidak tahu kenapa. Bila dia teringatkan kata-kata Jonas semasa diruang tamu.

"Jef kau pun kena ingat, Rosi juga mangsa mamanya, Rosa masih mencari anaknya Rosi, daripada kau asik dera di lebih baik kau hantar dia pulang"

Jefrie meraup mukanya, lalu dia pandang Rosita yang dalam ketakutan, Jefrie berjalan kearah gadis itu. Rosita memeluk lututnya kerana Takut!

"Esok aku hantar kau, lepas tu kau pandai-pandai lah nak lari mana. Tapi ingat kalau kau bagi tahu tentang Ana, aku tidak akan teragak-agak bunuh kau," kata Jefrie tegas. Rosita hanya anggukkan kepala.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience