22

Vampire Series 24935

Senyuman kecil dibibir Rosita. Semua makanan yang dimasaknya dari subuh tadi kini siap terhidang di atas meja Nasi ayam yang selalu menjadi menu utama Mariyana dan makanan kegemaran pada masa dulu di hidang di tengah-tengah meja makan.

Bau enak dari dapur mulai menusuk ke rongga hidung Mariyana. Mariyana tersenyum sebelum dia melihat kearah sofa tempat Jonas tidur. serta merta senyumannya mati.

Mariyana ingat Jonas yang memasak makanan kegemarannya. Melihat Jonas yang masih tidur itu dia mula pelik. Mariyana perlahan-lahan keluar dari bilik dan bertanya-tanya siapakah yang sedang masak di dapur, dengan pantas dia turun ke bawah. Melihat saja wajah Rosita dia mulai bersuara.

"Kak Ros."  Rosita yang mendengar suara yang dia kenali itu lalu berpusing kebelakang memandang wajah Mariyana. Rosita menundukkan kepala tampa menjawap sepatah.

"Akak kah yang masak semua ni," tanya Mariyana yang melihat kearah meja makan, gadis itu hanya angguk. Mariyana juga tertanya-tanya kenapa gadis itu boleh sampai kerumah agam Jonas.

Mariyana menghampiri tubuh Rosita lalu menarik tangan Rosita ke halaman rumah, Rosita hanya ikut tampa bertanya. Sampai saja kegazebo

Mariyana terus memeluk tubuh dan berdiri didepan Rosita. Gadis itu memandang wajah Rosita yang dari tadi hanya tundukkan kepala tampa memandang wajahnya.

"Macam mana kak Ros boleh sampai sini." tanya Mariyana, hatinya juga rasa sayu melihat keadaan Rosita yang kurus cangkung dan tidak ubah seperti seorang galandagan dengan baju yang besar, Muka yang lebam.

Rosita hanya diam tidak menjawap, dirinya terasa malu berhadapan dengan Mariyana, rasa bersalah juga menghantui dirinya, kerana dia juga banyak menyeksa Mariyana di rumah agam itu. Ingatan Rosita juga masih segar tentang perbuatannya. Yang  memotong selipar tandas lalu dibuat sudu dan disumbat kemulut Mariyana.

Perlahan-lahan air mata Rosita keluar, dia ingin mohon ampun dan maaf pada Mariyana, Rosita berfikir layak kah dirinya dimaafkan, setelah dia menghancur hidup gadis itu.

Kerana mamanya Mariyana kehilangan kedua orang tuanya, begitu juga dirinya yang kehilangan papanya, yang dia sendiri tidak tahu dimana mamanya sorok mayat papanya.

Mariyana yang melihat air mata Rosita menitis, Mariyana mendekati gadis itu, Rosita berundur setapak dia tidak mahu gadis yang sebaik Mariyana menyentuh tubuhnya yang kotor. Mariyana megeluh

"Kak Ros Ana dah lama maafkan kak Ros, Ana tak pernah simpan dendam dengan akak atau Aunty Rosa," Rosita memandang wajah Mariyana.

"Aku tak layak dimaaf kan Ana aku dah banyak buat salah dengan kau, mungkin ini lah hukuman yang layak aku terima, kau pun tahu betapa jahatnya aku melayan kau." jawap Rosita dengan lemah.

Mariyana mendekati lagi tubuh Rosita lalu memeluk tubuh gadis itu, tagisan Rosita pecah namun dia masih tidak mampu membalas pelukan Mariyana.

"Semua orang juga buat salah, dan tidak semua orang itu tidak boleh berubah, kak Ros juga keluarga Ana anak buah mama mungkin kak Ros fikir Ana masih marahkan akak,

"Apa pun yang berlaku dulu Ana dah maaf kan. Ana bukan tuhan untuk menghukum akak. Ana pun manusia biasa. Ana minta maaf pasal kejadian  semalam Ana pun tiada niat nak marah akak. Sekarang Ana nak tanya macam mana akak boleh sampai sini," tanya Mariyana,

Dia juga rasa bersalah kerana memarahi gadis itu dan melempar bantal sehingga bubur itu terjatuh dan lalu terkena kaki Rosita.

Kata-kata  Mariyana jugaa membuatkan dirinya rasa bersalah. Dia tidak sangka Mariyana boleh memaafkan dirinya begitu saja.

Mariyana menarik bahu Rosita perlahan. Wajah gadis itu dipandang sayu dia menilik setiap inci wajah Rosita yang dulunya cantik. Namun kini wajah itu habis bengkak dangan bibir pecah.

Rosita hanya membiarkan gadis itu melihat dirinya dari atas kebawa, malu! Dirinya sangat malu berdepan dengan Mariyana, dulu mereka yang membuat gadis itu seperti dirinya.Dan sekarang gadis itu kelihatan sangat cantik.

Rosita mula membuka bicara dia menjelaskan semuanya pada Mariyana, sejak kehilangan Mariyana dan sehinggah lah peguam Dato Wiliam datang kerumah agam itu.

Dan juga ketamakan mamanya Rosa. Disebap duit dirinya juga turut menjadi mangsa. Mariyana hanya mendengar segala luahan gadis itu. Sampai lah Rosita menjelaskan yang kononnya Jefrie iklas menolong dirinya dan dibawa kerumah agam mewah itu.

Mariyana sedih sangat sedih mendengar. Tentang Jefrie yang telah merogol gadis itu atas kesalahan gadis itu padanya dulu. Rosita juga berkata yang pagi itu ada lah hari terakhir dia dirumah itu.

Dan dia akan menjalani kehidupnya sama seperti anak yatim lain yang mencari duit untuk sarah hidupnya.

Jerry yang baru sedar itu mencelikkan mata memandang sebelahnya, tempat Rosita tidur dia memandang sekeliling dan juga bilik air, gadis itu tidak juga kelihatan. Mulalah dia berasa marah.

Dengan laju Jefrie mencari Rosita, bilik bacaan
dapur, Ruang tamu dan akhir sekali bilik kurugan tempat gadis itu selalu menggalirkan air mata. Jefrie meregus kegeraman apabila tidak melihat gadis itu.

Mariyana memberikan ikan-ikan makan, manakala Rosita menyiram pokok bunga. Tiba-tiba rambut Rosita ditarik kasar sehinggah Rosita terjerit kuat.

Mariyana melihat Jefrie mengheret gadis itu masuk ke pintu utama. Mariyana menarik tangan kiri Rosita. Sehinggah langka Jefrie terhenti.

"Kenapa kau buat kak Ros macam ni! kau jangan nak sakiti dia, kak Ros tak ada pun buat salah dengan kau." marah Mariyana, dia tidak mahu lagi Rosita disakiti oleh Jefrie.

Jefrie terkejut lalu melepaskan tangan Rosita. Gadis itu hanya tunduk takut dengan Jefrie. Mariyana menarik tangan Rosita dan dibawa kebilik tetamu.

Jefrie melihat Mariyana yang ingin melangka naik itu. Dia mendekat dan memengang tangan Mariyana.

"Ana aku minta maaf, aku buat semua ni kerana kau, kami tidak mahu dia sakiti kau lagi, memang dia tiada salah dengan aku, dan aku akan minta maaf dengan dia." Mariyana menepis tangan Jefrie, matanya tajam melihat lelaki itu.

"Dengan perkataan maaf, kau boleh kembalikan dara dia, dengan maaf kau boleh bayar air mata dia yang hari-hari dia keluarkan, mungkin kau boleh ganti darah yang kau hisap, tapi tidak dengan dara yang kau ragut tampa kerelaan dia,

"Yang dia jaga selama 23tahun untuk bakal suami dia nanti. Sampai hati kau buat dia macam tu, kita bukan tuhan untuk hukum dia jefrie" Jefrie mengeluh nafas berat, dia meraup mukanya dengan kasar.

Dia tidak mampu membalas setiap kata dari mulut gadis itu, walau pun suara yang lembut memarahi dirinya namun ayat itu sangat tajam dan sakit.

"Kalau kau nak minta maaf bukan dengan aku, tapi dengan kak Ros, ia memang kak Ros banyak salah dengan aku, mereka seksa aku tapi aku bukan tuhan untuk hukum dia.

"Dia juga manusia macam kita, eh salah dia manusia macam aku," Mariyana senyum sinis lalu naik keatas bilik semula. Jefrie hanya melihat Mariyana belalu pergi melalui ekoran mata. Sambil meraup wajahnya dengan kasar.

Jonas tersedar selepas mendengar bunyi pintu yang di hempas kuat oleh Mariyana, Jonas melihat kearah katil namun tubuh Mariyana tidak kelihatan.

Jonas cepat-cepat bagun walau pun dalam keadaan mamai, Mariyana pula keluarkan berapa pasang baju dalam almari. Jonas berdiri dan mendekati tubuh Mariyana, pinggang gadis itu dirangkul dari belakang.

"Sayang, kenapa ni pagi-pagi bad mood", tanya Jonas sambil menyium kepala Mariyana, Mariyana pusingkan badan menghadap Jonas, Mata yang berair diseka dengan belakang tapak tangan.

Jonas menarik Mariyana kearah sofa,  Jonas berasa pelik tiba-tiba saja Mariyana nak kemas baju, dia sendiri tidak tahu apa kesalahan yang buat. Selepas Jonas duduk Mariyana ditarik duduk atas ribanya.

"Abang ada buat salah dengan sayang kah," tanya Jonas Mariyana menggelengkan kepala."habis tu kenapa sampai nak kemas baju, awak nak tinggal kan abang kah" Mariyana katawa, kedua tangan Mariyana naik ke pipi Jonas.

"Saya bukan nak kemas baju lah, baju tu saya nak bagi dengan kak Ros, kesian dia tiada baju, baju yang dia pakai tu  besar sangat" jelas Mariyana,

"Oh, ingatkan nak tinggal kan abang dah. Habis tu kenapa sampai nangis dan hampas pintu," tanya Jonas lagi, besama kerutan di kening.

Mariyana menghembus nafas, lalu menceritakan Tentang Jefrie dan juga Rosita, Mariyana juga tidak sampai hati nak biarkan gadis itu hidup sendiri.

Dia juga takut sekirang Rosa menemukan Rosita,
Dan mungkin gadis itu akan lebih teruk dikerjakan. Jonas rasa bersalah kerana tidak menceritakan tentang Rosita lebih awal.

"Saya nak turun dulu, awak mandi lah nanti lewat pula nak pergi kerja." kata Mariyana lalu berdiri, Jonas tersenyum nakal, dan menarik semula tubuh Mariyana.

Sehinggah gadis itu terduduk semula, Mariyana memandang wajah yang tersenyum gatal itu. tangan Jonas memegang wajah Mariyana. Bibir Jonas terus mencium bibir Mariyana. diurut dengan, sehinggah Mariyana membalas ciuman Jonas rakus.

Peelahan-lahan Jonas meleraikan ciuman lalu ketawa, Mariyana memukul dadah Jonas dan menolak tubuh lelaki itu. Mariyana bangun dan mengambil baju-baju untuk Rosita.

Sampai saja dibawa Jefrie masih berdiri kaku ditempat Mariyana tinggalkan, gadis itu hanya berlalu pergi kebilik tetamu.

Mariyana membuka pintu, dilihat tubuh Rosita berbaring atas katil. Mariyana hanya terseyum kecil melihat Rosita yang tidur.

"Kak Ros bagun lah," tubuh Rosita ditepuk perlahan. Rosita terkejut dengan pantas dia duduk menjauh. melihat Mariyana yang senyum padanya dia terus menghembus nafas lega.

"Aku ingatkan Jef tadi sory." Mariyana hanya angguk lalu menghulurkan berapa pasang baju serta pakaiyan dalam.

"Akak mandi lah dulu, lepas tu kita makan sama-sama. Ana tak sabar nak makan nasi ayam yang akak masak tu" Mariyana tersengih sambil menjilat bibirnya, Rosita tergelak kecil lalu mencubit paha Mariyana.

**********

"kenapa kau ni. Dah tiga kau macam ni kau gaduh dengan Jonas kah. Aku tengok kau macam lain saja." tanya Vj, sambil memandang wajah kusut Jefrie.

Jk juga rasa pelik melihat Jefie yang macam orang tak betul. Dengan pemakaian yang tak terurus, rambut yang serabut.

"Aku sama pelik dengan kau ni dah tak macam Jefrie yang aku kenal yang dulu."ujur Jk

"Aku rasa bersalah dengan Rosi" jawap Jefrie perlahan namun dapat didengari oleh Jk dan Vj, mereka berdua tergelak besar. Perbuatan dua beradik itu amat membuatkan Jefrir merenung tajam kearah Vj

"Korang gelak kenapa!, ini semua sebap cabaran bodoh kau" Jefrie menunjal kepala Vj kuat, Jk terkejut lalu pandang wajah jefrie dan Vj.

"Aku tak faham, apa lagi yang monyet ni cabar kau sampai kau nak rasa bersalah," soal Jk memandang pelik kearah abangnya. Vj hanya tersengih-sengih, tampa rasa bersalah membuatkan Jk menjeling geram.

"Dia cabar aku suruh rogol perempuan tu," Jefrie meraup mukanya, rasa bersalah akan tindakan bodohnya.

"Padan muka kau, yang kau pegi ikut cakap orang gila ni kenapa, kau kan tahu dia ni suka buat pekara bodoh, baru kau nak menyesal seperti orang tak betul.

"Aku pun pelik, haritu elok saja kau tolong dia, sebap kau cakap dia kena kurung, sekarang aku dengar kau rogol dia, gila memang kau dah gila Jef," hambur Jk, disebap Jefrie yang panas  terus mencengkam kolar baju Jk lalu menghentakkan badan Jk ke dinding. Dia sememangnya begang dengan kata-kata Jk namun dia fikir ada betulnya jugak.

Vj membantu Jefrie dan Jk dari terus bergaduh
Jefrie melepaskan cengkaman pada leher Jk sehinggah Jk terbatuk-batuk.

"Aku memang tak tak tau kenapa aku sampai terikut cakap abang kau, aku minta maaf buat kau macam tu," Jefrie duduk semula Jk hanya tersenyum sinis.

"Aku minta maaf lah Jef, aku ingatkan kau tidak akan buat perempuan tu macam tu, iya aku rasa bersalah. Biar aku yang jelas kan dengan Rosi." jelas Vj yang mengaru kepala yang tak gatal, dan berlalu keluar dari rumahnya.

"Kalau kau dah rasa bersalah sangat, pergilah minta maaf dengan dia. Kau termenung macam mental kat sini pun bukan kau dapat apa "

"Jangan sampai bila dia dah tiada baru kau nak menyesal, tambahan lagi mesti dia dah mengandung anak kau," Jefrie tersentak terus memandang Jk.

Jefrie terus mengangguk laju. Dia tahu ada betulnya kata rakan baiknya itu, Jefrie berdiri lalu meminta diri untuk balik semula kerumah agamnya.

*********

Mariyana dan Rosita yang sedang duduk dihalaman rumah Dato Wiliam. Selepas Encik Edwin memberitahu yang Rosa dah berpinda keluar mereka berdua meminta Jonas temankan mereka ke rumah agam Mariyana.

Mereka berdua memerhatikan kawasan rumah yang dah lama Mariyana tingalkan, Mariyana rasa nyaman dapat balik semula kerumah itu.

Jonas menghampiri Mariyana dan memeluk pinggangnya dari belakang, Mariyana yang terkejut hanya menjerit kecil.

Rosita hanya perhatikan dua pasangan itu, terbit rasa cemburu, melihat pasangan yang bahagia di depannya.

"Malam ni kita tidur sini ya" kata Mariyana lalu dia pusingkan badan dan menghadap wajah Jonas, lelaki itu hanya anggukkan kepala, dan mencium dahi Mariyana.

Dari jendela kamarnya  Jefrie hanya perhatilan Rosita, gadis itu terasa ada seseorang yang perhatikan dia lalu dia mengalihkan pandangannya, Rosita melihat sekeliling, sehingga lah dia ternampak Jefrie ditingkap.

Rosita tidak berani  menatap mata Jefrie lalu dia membuang pandagan ketempat lain. Jefrie hanya tersenyum kecil.

"Sayang, abang masuk dulu tau. Jangan lama-lama kat luar ni, nanti abang rindu." Mariyana menjeling kearah Jonas yang dah mula miang, Rosita hanya gelak lalu menggeleng kan kepala.

*********

Malam itu mereka berempat tidur dirumah agam Dato Wiliam, Rosita yang tidak dapat melelap kan mata disebelah Mariyana dan keluar dari bilik dengan hati-hati. Rosita yang melihat bilik Jefrie terbuka.

Dia Segera berlalu. Memijak setiap anak tangga penuh hati-hati sebelum mendudukan diri di anak tangga terakhir. Rasa ngilu kembali menyengat kaki yang belum sembuh sepenuhnya.

Dia tersadai di situ. Terasa kejang urat kaki. Tampa sedar dia mengerang kecil.

"kau buat apa kat sini malam-malam buta macam ni" suara garau seorang lelaki mengejutkan Rosita. Dalam kesamaran malam, dia terpandang Jefrie yang entah bila berdiri di sebelahnya. Wajah lelaki itu juga nampak tenang.

"Buatlah apa yang aku suka, apa kau kisah sibuk ja." balas Rosita dingin, Matanya di alih ke arah lain sementara jari-jemarinya masih memegang kaki yang sakit!

Jefrie tersenyum lalu menggeleng perlahan. Tampa kata dia terus berjalan ke ruang dapur dan menekan suis lampu. Ruang dapur yang gelap tadi bertukar terang.

"kau nak minum" pelawa Jefrie .dia mengunjuk kan gelas yang berisi air putih yang baru di tuang dari jag. Rosita menggeleng dan menjeling sedikit

"Tak payalah kau nak buat baik dengan aku, aku boleh ambil sendiri nanti. ujur Rosita lalu dia
Menjeling sekilas wajah Jefrie.

Jefrie hanya tersenyum lagi. geli hati dengan sikap Rosita yang suka jual mahal walaupun dalam keadaan sakit seperti itu. Dijongket kedua bahunya sedikit

"Suka hati kaulah puntianak nak buat apa pun. jangan hisap darah orang dalam rumah ni sudah" Balas jefrie dia meneguk air minumannya hingga habis.

"jangan lupa tutup suis lampu tu nanti. maklumlah, kau kan puntianak malaysia. suka duduk dalam gelap" sempat lagi Jefrie mengusik sebelum berlalu ke tingkat atas semula. meninggalkan Rosita yang merengus gerem dengan kata-katanya.

Dalam bilik Jefrie hanya melihat Rosita yang duduk ditangga lalu menutup semula pintu. Rosita juga masih tidak dapat memaaf kan dirinya, dalam masa berapa minggu Jefrie berbuat baik dengan gadis itu.

Rosita tiba-tiba gadis itu terlihat bayang seseorang melalu tingkap dapur dengan berpakaiyan hitam, dalam keadaan takut dia menyorokkan diri dibalik tanggah agar makhluk itu tidak melihatnya.

Tiga orang lelaki yang bertoping naik ketanggah dengan hati-hati. Rosita yang ingin menjerit namun mulutnya seolah terkunci.

********

Bahu Jonas digoncang kasar. Wajahnya berkerut melihat Jefrie. Dia menapis tangan Jefrie yang membagunkan dirinyanya.

"Hoii!!. Bagun lah!" Jeritan suara Jefrie hanya dibiar belalu, sehinggah Jefrie menarik tubuh Jonas sehingah jatuh dari katil.

"Kau ni dah kenapa si**, jangan ganggu aku nak tidur lah," marah Jonas, belum sempat dia nak hamburkan amarahnya Jefrie sudah mencelah.

"Mariyana dan Rosita hilang!," mendengar saja nama bakal isterinya mata Jonas terbuka luas.

"Apa kau cakap tadi," hati mulai tidal tenang, wajah Jefrie dipandang, meminta kepastian. Jefrie jadi tak tentu arah, selepas melihat dua gadis itu tiada dalam bilik.

"Mariyana dan Rosi hilang, pintu dapur terbuka luas. Kau tak sedar langsung kah" Wajah Jefrie merah menahan marah. Jonas bagun lalu keluar dari biliknya dia memandang sekeliling bilik Mariyana.

namun tiada tanda-tanda pergelutan.
Jonas pejamkan mata menahan amarahnya.
Jonas pandang wajah Jefrie lalu dia balik semula kebilik dan mencapai iphonenya.

"Kau call sekarang Vj dan Jk suruh mereka datang, mungkin Rosi juga dalang dalam penculikan ni." Jonas yang ingin masuk kebilik menukar pakaiyan.

langkanya terhenti????

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience