3

Vampire Series 24935

Mariyana membuka matanya perlahan-lahan. Benda pertama sekali dia nampak, siling. Siling putih. Mariyana ingat dia berada di dalam biliknya namun dia pelik melihat lampu chandeliar berwarna perak tergantung di siling.

'Aik? Sejak bila bilik aku ni ada benda ni.' Mariyana memandang sekeliling. Dia mengosok-gosok matanya berkali-kali.

'Ni bukan bilik aku' kata Mariyana dalam hati. Mariyana memerhati keadaan bilik yang asing baginya itu. Katil hitam, sofa putih, dinding putih, langsir putih, perabot hitam. Semua benda hitam putih!

"Bilik siapa ni".soalnya sambil melihat bajunya yang masih belum bertukar. Dia kini sedang berada di atas katil bersaiz king di dalam bilik itu.

"Aku kat mana ni." Saat Mariyana masih terpinga-pinga, pintu bilik dibuka. Dia nampak satu susuk tubuh yang tinggi lampai dan kelihatan agak tegap wajah yang putih pucat hanya bibir merah dan mata yang hitam sedang merenungnya dengan senyuman sinis ,lelaki itu masuk ke dalam bilik dengan membawa satu dulang.

"Aa...awak ni siapa? Apa awak nak dari saya? Saya ada kat mana ni? Macam mana saya boleh ada kat sini?" tanya Mariyana bertubi-tubi.

Lalaki tadi meletakkan dulang yang dibawanya di atas meja lampu bersebelahan katil Mariyana lalu melabuhkan punggungnya di atas katil, sebelah Mariyana.

"Kamu ada di rumah Aku sekarang. Semalam aku pergi memburu dan aku jumpa kamu terbaring tak sedarkan diri didalam hutan. Jadi, aku bawa lah kau  balik ke sini." Katanya dia menjelaskan pada Mariyana.

Dia kemudian memberi sebiji ubat kepada Mariyana dan segelas air. Mariyana makan ubat itu tanpa banyak soal setelah lelaki tadi menyatakan ubat tersebut adalah untuk mengurangkan rasa sakit di kepala.

"Oh, lupa nak beritahu.saya nama saya Jonas. Kamu boleh panggil saya abang atau pun hubby ." katanya sambil tersenyum senyum. Mariyana  yang sedang minum air itu tersedak. Matanya tajam memandang lelaki  itu.

Jonas hanya ketawa kecil melihat Mariyana . Dia cepat-cepat menghulurkan tisu kepada gadis itu yang berjaya menambat hatinya selama ini tampa pegetahuan mariyana sendiri .

"Hissss tak kuasa lah aku nak panggil kau abang atau apa nama binatang tadi tu hubby, panggil Jonas saja lah" Kata Mariyana , sambil mengelap bibirnya dengan tisu. Jonas hanya tersenyum mendengar kata-kata Mariyana.

"Aku nak turun dulu kalau kau nak mandi baju aku dah sediakan dalam almari tu " kata Jonas kemudian dia melangka keluar dari bilik..

Mariyana hanya duduk dalam bilik dan termenung sendiri mengenangkan nasipnya.

" kalau papa dan mama masih hidup mesti hidup Ana tak jadi pelarian macam sekarang ni " bisik hati Mariyana. Tampa dia sedari Jonas sudah pun masuk semula kedalam bilik dan dia hanya berdiri di pintu berpeluk tubuh sambil melihat Mariyana yang sedang mengalirkan air mata.

Jonas dapat mendengar isi hati gadis itu.Mariyana baru perasan yang Jonas sedang memerhatikan dirinya sedang melamun. matanya membulat besar melihat lelaki itu merenungnya , cepat-cepat dia mengelap air matanya mengunakan lengan baju

"Kenapa awak pandang saya macam tu." soalnya pada jonas,

"Awak tak mandi lagi kah" tanyanya Jonas Mariyana hanya geleng - gelengkan kepalanya

"Pergi mandi sana!.atau awak nak saya mandikan" Kata Jonas dengan senyuman kecil yang membuatkan Mariyana sentap dan terus berlari anak ke bilik air kemudian mengunci pintu. Takut Jonas masuk..

Jonas yang diluar sudah ketawa geli hati melihat Mariyana yang berlari anak, dia pun segera keluar dari bilik semula, memberi ruang untuk gadis itu...

Selepas mandi akhirnya Mariyana keluar, dia terus menuju ke arah pintu bilik kemudian dia mengunci pintu tersebut supaya Jonas tak masuk semasa dia tengah salin baju. Mariyana pun mencari baju yang dikatakan oleh Jonas.

Selesai saja memakai baju, pintu pun diketuk sehingga Mariyana terkejut. Mariyana pun segera buka pintu sendikit.

"Dah siap sayang?" tanya Jonas dengan senyuman maut yang boleh menawan hati semua wanita. Mariyana hanya memandang dengan sambil menjeling.

"Apa sayang - sayang!!?" Mariyana marah.

"Alah dia marahlah... Comel betul! Dah jom kita makan!" ujar Jonas lalu menarik tangan mariyana keluar dari bilik.

Mariyana hanya menuruti kata Jonas, mulut Mariyana terngangah bila melihat suasana rumah Jonas yang begitu mewah.

'Cantik sangat rumah ni!' bisik hati Mariyana.
Dia hanya berdiam diri turun tangga, dan berjalan terus menuju ke dapur. Mariyana yang baru sedar yang tangannya sedang pegang erat oleh Jonas.

'Hisss tak guna punya jantan berani dia sentuh aku! Kalau aku gigit tangannya baru tau!' bisik hati. Mariyana, Jonas hanya senyum bila mendengar isi hati Mariyana yang sedang marah padanya. Sampai ke dapur Jonas lepaskan tangan Mariyana kemudian menarik kerusi untuk gadis itu duduk. Mariyana turut saja apa yang dibuat oleh Jonas. Sebap perut dia pun sedang lapar sangat.

Jonas pun menyediakan makanan kemudian duduk di depan Mariyana yang masih kaku di tempat duduknya.

"Dah tu!! Tak payah termenung sana. Makan!" arah Jonas, Mariyana tetap kaku dia hanya memandang  makanan yang terhidang.

'Patut ke aku makan? Nanti dia letak racun, Pil ke? Apa ke? bahaya!' bisik hati Mariyana, Jonas mula memandang Mariyana dengan tajam sekali.

"Makan! aku tak letak racun atau pil dalam makanan tu! Makan cepat." kata Jonas yang masih memandang Mariyana.

'Aih! Dia ni macam tahu tahu- tahu je apa yang aku fikir sekarang ni.' selepas berapa suapan Mariyana dapat rasa suatu aura yang menyeramkan.

Kemudian dia memandang lalaki itu, Patutlah seram... Jonas tengah pandang dia sekarang ni. Tanpa buang masa Mariyana pun suapkan makanan dalam mulutnya.

"Mariya saya nak tanya boleh" terkejut Mariyana dengan pangilan Jonas

"Eh.. Kejap tadi tu dia sebut nama aku kah tapi seingat aku, aku tak bagitau lagi nama aku pada dia" bisik hati Mariyana.
Jonas yang dapat baca fikirin  Mariyana terus menepuk dahinya,

" kenapa lah aku bodoh sangat sampai boleh terlepas cakap" kutuknya pada diri sendiri

"Macam mana awak tahu nama saya, sedangkan awak belum pun tanya nama saya, dan saya belum sempat pun kenalkan diri saya pada awak" Soalnya Mariyana matanya tajam memandang Jonas yang duduk di depanya..

"Awak cakap cakap tadi lah"

"Tak ada lah say-- "belum habis dia cakap ayat di pintas oleh Jonas..

"Ada"

"Tak ada"

"Ada"

"Tak ada lah"

"Ada lah sayangku"

Mariyana memuncungkan mulutnya dan menjeling Jonas Mariyana dah malas nak jawap lagi, kalau dia jawap sampai ke esok pun tak habis...

Jonas pun ketawa melihat gelagat Mariyana yang tengah memuncungkan bibirnya. Kemudian dia pun pergi ke arah Mariyana lalu mencium bibir Mariyana yang sudah lama Jonas menahan gelora melihat bibir seksi itu bergerak gerak ketika berbicara...

Mariyana tersedar terus menolak badan Jonas Muka Mariyana merona merah bila wajanya rapat dengan Jonas

."Apa awak buat ni" Mariyana marah dan malu dengan perbuatanan Jonas yang menciumnya.

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience