14

Vampire Series 24935

Mariyana membuka mata perlahan-lahan apabila terdengar suara sedang bercakap-cakap. Mariyana terus memegang kepalanya setelah rasa sakit menyerbu di kepalanya. Rasa berdenyut-denyut sehingga dahi berkerut menahan kesakitan yang dia alami.

Mariyana cuba untuk mengingat kembali dimana. Mindanya terus menerjah ke arah peristiwa petang itu. Kepalanya yang terkena bucu meja.

"Berapa lama aku pengsan ni" Soal Mariyana pada diri sendiri. Dia melihat ke arah sofa, Jonas dan dua orang sedang  membelakangi Mariyana. Sedang bercakap-cakap dengan seorang lelaki dan seorang perempuan, yang sangat dia kenali.

Sayup-sayup suara itu Menerima api kemarahan dari lelaki dan perempuan tersebut. Mariyana hanya melihat dan mendengar. Jc yang bercekak pinggang, dengan wajah yang sangat merah.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi, kau langsung tak berubah, kau masih dengan perangai baran kau yang lama, kau tak kesian kah dengan Ana." marah Jc padah Jonas.

"Kenapa sampai boleh jadi macam tu", soal Jefrie sambil memegang bahu Jonas yang duduk disebelahnya. Jonas hanya meraup mukanya sendiri.

"Kaki dia tersandung. Saya tak tahu dia tiba-tiba  terjatuh. "Kata Jonas pada Jefrie. setelah lelaki itu ingin tahu perkara yang berlaku.

"Kami bergaduh dan aku mengugut dia. Itu membuat kan dia lari. Aku cuba nak halang dia tapi tak dapat." Jelas Jonas sekali lagi.

"Kenapa kau bodoh sangat sampai nak ugut dia, benda tu tak boleh nak bawa bincang kah, kau dah gila kah sampai nak ugut-ugut Ana" Jerit Jc sambil menggeleng-gelengkan kepala,

Mariyana mengalihkan posisi badannya dengan mengawal sebak dan tagisan supaya tidak kedengran oleh mereka bertiga.

"selesaikan masalah kamu elok-elok. Kau boleh tukar pembalut luka dia. Kalau Ana sedar Aku dah sediakan pencuci luka itu sekali. Aku lihat kau pun risaukan dia." Jc mula kesian melihat Jonas yang mengalirkan air mata.

"Aku tak pernah tengok kau risaukan seseorang sampai macam ni sekali, lepas ni aku tak nak kau buat pekara bodoh, kalau kau sayang kan Ana, bagi peluang dia untuk cari siapa orang yang dia maksudkan tu." ujur Jc lagi. Jonas hanya tunduk kan kepala.

"Terima kasih Jc sebab tolong aku. Aku minta maaf sebab susahkan kan kau selama ni, aku janji pekara ni tak akan berulang "

"Aku buat semua ni sebap kau kawan aku. Walaupun aku marah dengan kaupun benda dah jadi, aku harap kau kau tak ulang lagi benda macam tu.Takpe kau tak perlu nak berterima kasih sangat. " Jawap Jc. Jonas yang masih rasah bersalah hanya tunduk.

"Kalau Ana sedar nanti bagi dia minum air suam sebab dia lama tak sedarkan diri." Jefrie bersuara dia melihat Mariyana yang masih baring di atas katil, luluh hatinya melihat gadis itu, walau pun Jefrie selalu tidak mengambil tahu keadaan Mariyana.

"Aku tahu...kamu jangan risau, korang keluar lah dulu. Aku nak tengok keadaan dia." Kata Jonas, Jefrie dan Jc keluar dari bilik.

Mariyana menutup matanya semula setelah dua sahabatnya keluar. Setelah mendengar pintu ditutup Mariyana mula menangis. Tampa dia sedar Jonas sudah duduk diatas katil. jonas megeluh dengan mengusap rambut Mariyana

"I'm sorry sayang. Aku minta maaf sebap buat sakit" Bisik Jonas ditelinga Mariyana. Satu ciuman hangap hinggap ubun-ubun Mariyana.

"Aku minta maaf sayang tolong lah bagun," Jonas berbisik lagi. Dengan suara yang merayu, Mariyana hanya diam, tiba-tiba dia terdengar Jonas menangis, membuatkan hatinya luluh. Mariyana juga tidak sangup mendengar tagisan Jonas.

Mariyana tidak dapat menahan air mata sehingga ia mengalir perlahan-lahan ke pipi. Jonas yang melihat air mata Mariyana terus memegang kedua-dua pipi. Air mata disaka oleh Jonas

"Awak dah bagun, nak minum air tak, awak dah lama tak sedar." Jonas memujuk Mariyana yang masih menutup mata. Mariyana perlahan-lahan membuka mata. Mata mereka bertembung. Mariyana hanya kaku. Tidak mampu bergerak. Tanpa kata, Jonas terus memeluk gadis itu. Rambutnya dicium. Sekali lagi ciuman melekat di kepala Mariyana.

"I'm sorry . Aku tahu aku tak patut layan kau macam ni." Jonas berbisik di telinganya.

"Aku pun minta maaf.maafkan aku." Ujar Mariyana Suaranya agak tidak jelas. Jonas memintas percakapannya. Jari telunjuk Jonas diletakkan pada bibir mungilnya.

"Shhh ..jangan cakap apa-apa..biar aku yang bercakap..aku mintak maaf ..aku tahu aku salah, aku tak patut buat kau macam tu" balas Jonas dalam nada kesal.Jonas menarik tubuh Mariyana ke dalam pelukannya. Pelukan mereka semakin erat dengan tindak balas Mariyana yang positif. Kepalanya di cium bertalu-talu. Jonas bagun lalu menambil minuman.

"Minum ni dulu awak dah lama tak sedar" Jonas
menghulurkan segelas air suam kepada Mariyana.
badan Maryana terasa lemah tidak bermaya. Hanya menggelengkan kepala kerana merasakan kehilangan banyak tenaga. Jonas membagunkan badan mariyana.

"Minum sikit pun tak apa. Yang penting setengah pun cukup." Pujuk Jonas. Mariyana mengambil gelas air suam yang dihular Jonas dengan tangan terketar-ketar. Jonas memegang gelas kerana takut gelas itu terlepas dari tangan mariyana.
Dan membantu Mariyana minum sehingah habis.
Selepas mariyana minum, tubuhnya dibaringkan semula.

"Sayang rehat dulu ya" kepala Mariyana dicium. Lalu Jonas bangun dari katil ingin keluar. Belum sempat dia  melangkah Mariyana sudah mencapai tangan Jonas.

"Awak nak pergi mana" tanya Mariyana, pada Jonas.

"Saya nak turun bawah kejap, tadi saya ada masakkan bubur untuk awak. Jangan risau, saya tak lari mana pun." Usik Jonas lantas mencuit hidung Mariyana. Tangan Jonas Mariyana lepas dia pun menghilang dari pandangan Mariyana seketika sebelum muncul kembali.

Jonas duduk dibirai katil. Manakalah Mariyana bersandar dikepala katil. Jonas menyuapkan bubur pada Mariyana, hanya tiga suap mampu Mariyana tenelan.

"Sikit sangat awak makan ni. Makan dua suap lagi." Pujuk Jonas sambil menyuakan sudu ke mulut Mariyan. Namun gadis itu mengelengkan kepala.

"Tak nak! Saya rasa nak muntah." Tangan Jonas Mariyana tolak, Jonas akhirnya mengalah, lalu dia  menyuapkan ubat pada Mariyana dan membaring tubuh kecil itu kembali.

********

"Sayang Jom kita turun, Mariyana yang melamun jauh diatas katil, terkejut mendengar suara Jonas disisinya.

"Saya malas nak turun," jawap Mariyana tampa melihat wajah Jonas, Jonas hanya mengelu. Dia nak marah tapi dia tak sampai hati.

"Jom lah sayang, atau saya angkat awak kebawa," Jonas sudah mula memujuk dengan gayanya yang gatal. Mariyana yang cuak terus turun dari katil.
Sampai saja mereka kebawa, Mariyana terkejut melihat seseorang yang duduk di ruang tamu.

"Uncle Max !!" Mariyana berlari ke arah lelaki itu Tubuh lelaki itu dipeluk erat. Melepaskan semua rasa rindunya dan juga rindunya pada arwah Dato Wiliam, walapun lelaki itu bukan lah Papa Mariyana, namun dia juga sangat sayangkan Tuan Max macam papanya.

Rasa sebak yang menguasai diri ditahan. Namun dia gagal. Air mata Mariyana turun juga membasahi pipi.

"Mariyana kah ni!!" lelaki itu bersuara dia sangat teruja. Mariyana anguk-anguk kepala. kemudian, Mariyana tenggelam semula dalam pelukannya.
Tubuh kecil itu dipeluk erat. Berkali-kali dia mencium dahi Mariyana.

"Ana sihat sayang" tanya Tuan Max lagi. Rasa tidak percaya melihat anak kawan baiknya itu di hadapan mata setelah berbulan-bulan hilang tanpa ada sebarang berita.

"Ana sihat.. Uncle sihat" Mariyana memandang lelaki itu. Insan yang paling di rindui, dan juga lelaki yang ingin dicarinya.

"Kami semua sihat"  Jawap seorang wanita muda. Kepala anak perempuannya kawan mereka itu diusap perlahan. Dihadiahkan kucupan hangat di dahi Mariyana. Mariyana hanya terkebil-kebil melihat wanita yang tidak dikenalinya.

"Uncle ini kah wanita yang uncle Max tapau dari luar negara" tanya Mariyana, bila melihat wanita bermata biru itu. Dia masih teringat tentang gurawan arwah papanya, sebelum papanya meninggal.

"Bila kau nak bertolak ke U.S ", 
"Mungkin lusa kot ,kenapa kau tanya ,kau nak ikut kah , mana lah tahu kau ada plan nak bungkus minah mata biru tu buat bini "

Wanita itu dan Jonas terkejut, mata mereka tajam melihat Tuan Max. Sampai Tuan Max jadi kecut melihat pandangan isterinya.

"Eh...Ana ni melawak pula. Ini lah isteri uncle. Mammy Julia, mulai hari ni Ana kena panggil Mammy tau, dan saya panggil Daddy. Papa Ana ada cakap tak, yang Daddy nak kawin kan Ana dengan anak Daddy" Mariyana angguk, Jonas sudah tersenyum.

"Ana jangan sebut lagi tau minah mata biru, nanti tak pasal-pasal daddy tidur luar. Ana tak kesian kan Daddy kah. Bisik Tuan Max di telinga Mariyana.

"Nasip lah Daddy yang mariya cari, kenapa lah aku bodoh sangat sebut nama daddy yang ringkas, kalau aku sebut nama Max Jordan, tak lah kepala Mariya akan sakit," suara hati Jonas

Tuan Max terkejut mendengar suara hati anaknya. baru dia perasan yang kepala Mariyana berbalut yang ditutup dengan rambut. Dia memanggil Jonas
dengan wajah yang bengis. Jonas yang baru berdiri dihadapan Daddynya.

"Paakkkkk!!!..."Satu tamparan dihingap dipipi Jonas, sampai terleleng kepalanya. Mariyana terkejut, lalu menghalang Tuan Max dari terus menampar Jonas.

"Daddy kenapa tampar Jonas," tanya Mariyana
Yang sudah berdiri ditenggah dengan badan kecil. Puan Julia mengusap bahu suaminya, agar tenang

Mariyan yang melihat pipi merah Jonas diusapnya dengan tangan yang kecil. Tuan Max dan Puan Julia hanya perhatikan Anak lelaki mereka.

"Ana.. Duduk sini, Daddy nak tanya sesuatu dengan Ana," Mariyana hanya turut lalu melabuhkan punggung disebelah Tuan Max. Jonas hanya berdiri dengan tundukkan kepala.

"Ana macam mana boleh sampai sini. Ana tahu kah, semua orang cari Ana. Mama Rosa hari tu call Daddy. Dia tanya kalau Daddy perna jumpa Ana."

"Daddy tolong jangan bagi tahu Mama, Ana sebenarnya Larikan diri dari rumah, Jonas yang  tolong bawa Ana kesini." jonas banyak tolong Ana, please jangan marah Jonas,

Mariyana mula mengalirkan air mata, Jefrie yang tiba-tiba turun menghulurkan frame dan diaries Mariyana. Dia meyambut dengan senyuman manis. Jonas sudah berkerut kening, melihat Jefrie.

"Daddy tahu kah kenapa dia cari Ana,"  Jefrie menyampuk perbualan Mariyana dan Daddynya. Hari tu Jef kesian kan Ana, berapa bulan yang lalu  Jef pecah masuk dalan bilik Ana, dan mengambil barang dia tu, tapi lebih mengejutkan Jef, bila Jef mendengar perbualan dua beranak itu.

............

Flashback.....

Jefrie Melihat sebuah agam, dan melihat tingkap bilik yang terbuka, dengan pantas dia melompat masuk kebilik. frame gambar family Mariyana diambil lalu di masuk kan kedam beg,

Jefrie melihat sebuah diaries yang terletak di sebuah meja, walau pun berbulan Mariyana sudah tidak tinggal dalam bilik itu, aroma tubuh Mariyana masih dalam bilik itu. Membuatkan Jefrie tersenyum sendiri.

Jefrie membuka pintu bilik Mariyana, dia hanya mendengar perbualan dua beranak itu, tampa Rosa dan Rosi sedari.

"Macam mana ni mama, kalau Mariyana jumpa peguam tu, habis lah semua yang Uncle Wiliam bagi, Rosi nak butik tu Rosi tak nak lepaskan, butik tu boleh mengubah hidup Rosi nanti" kata Rosi dengan cemas,

"Mama tahu lah, mama pun sakit kepala fikir semua tu. Tak kan mama nak biarkan rancagan mam gagal lagi. selama lima bulan Budak tu lari sampai sekarang tak balik, walau macam mana pun kita mesti hapus kan dia,mulai esok kita akan cari dia, sampai lubang cacing mama akan cari"

"Mama ingat kan wasiat terakhir tu tentang perjanjian Ana tentang perkawinan"

"Mama ingat tapi mama tak tahu dengan siapa Ana akan di kawin kan. Dalam wasiat tu tak tertulis berkawin dengan entah siapa, tapi mama rasa mesti anak kawan papa kamu,"

"Betul tu ma, Rosi pun rasa macam tu, tak apa ma mungkin kita boleh dapat apa-apa bukti dalam bilik Ana, Rosi akan cari sampai jumpa, Rosi nak masuk bilik Ana dulu"

Jefrie senyum sinis," sebelum kamu nak bunuh Ana aku yang akan bunuh kamu berdua" Jefrie melihat Rosi yang naik kebilik, dengan pantas dia mengambil barang Mariyana, lalu melompat keluar dari jendelah yang tertutup. membuatkan tingkap kaca itu pecah,

Flashback...off

............

"Ini sudah melampau, jadi selama Ana tinggal disana, mereka seksa Ana kah." tegas suara Tuan Max bertanya pada Mariyana, gadis itu hanya tunduk diam.

Jonas yang melihat wajah Mariyana itu, terbis rasah kasihan
daddy masih bertanya, dengan Mariyana, gadis itu tetap diam.

"Selama ni memang Mariya diseksa pun, tapi Daddy jangan risau selama Mariya dengan Jonas, mereka tidak akan jumpa dia" Jonas menjawap bagi pihak Mariyana,

"Okay kalau macam tu, Ana jangan risau ya tentang Mama rosa Ana. Yang lain nanti Daddy uruakan, soal peguam yang Jef cakap tadi. Daddy akan jumpa peguam tu

"bulan depan umur Ana dah 18tahun, disebap kan Daddy dah jumpa Ana, jadi senang lah Daddy nak uruskan perjanjian arwah Papa Ana dengan Daddy. Tentang perkawinan Ana dan...Jonas"

Jonas tersenyum, Jefrie hanya diam tampa kata dia hanya tersenyum melihat gadis didepannya, begitu juga Mariyana.

*******

Mariyana membuka pintu bilik. Mariyana lihat Jonas sedang tidur lena di atas sofa. Nampak Jonas yang sangat penatan.

Mariyana tersenyum kecil memandang wajah yang sedang lena itu. Tiba-tiba muncul idea nakal di kepala Mariyana. Gadis itu memandang marker yang di atas meja kerja Jonas.

Mariyana mengambil marker itu dengan senyuman sinis. Wajah Jonas yang sedang tidur lena dipandang sinis.

"Ini balasan orang yang penipu. Itu lah suka buli aku, kan" bisik hati Mariyana.

Mariyana menghamapiri Jonas. Marker itu mula diconteng ke muka Jonas. Dia membuat misai dan janggut di dagu lelaki itu. Sempat lagi Mariyana ketawa nakal melihat seninya. Namun cepat-cepat dia menukup mulutnya.

Mariyana mula menconteng pipi Jonas dan juga buat lingkaran besar di kedua-dua belah pipi itu. Di hidungnya Mariyana buat beberapa titik-titik hitam. Titik yang serupa tahi lalat. Mariyana ketawa lagi melihat wajah yang tampan itu kini comot dengan contengan marker.

"Awak ingat saya tak tahu apa sayang buat" Tiba-tiba Jonas bersuara dalam keadaan matanya masih terpejam. Mariyana terkejut dengan pantas dia berundur ke belakang. Jonas membuka mata dan bangun dari pembarigan dan dia memandang wajah Mariyana

"Sayang!, apa awak buat kat muka saya hah!" Jonas berauara dengan tegas matanya tajam menikam wajah gadis itu. Mariyana hanya tersengih bagai kerang busuk.

"Make up" Balas Mariyana yang masih tersengih.

"What!!." terbuntang biji mata Jonas memandang Mariyana, yang masih tidak rasa bersalah. Mariyana malah ketawa kuat dan terbahak-bahak.
Melihat wajah Jonas itu.

Wajah yang mengalahkan badut dimata Mariyana.
Mariyana membaling kan marker yang ditangannya tepat ke muka Jonas. Dengan pantas Mariyana melarikan diri.

"Mariyana!!!!!"

Jerit Jonas yang menggegar kan seluruh rumah itu. Mariyana terus berlari kearah bawa. Jk dan Jefrie tengah makan terkejut dengan Jeritan Jonas.

Tuan Max hanya menggeleng kan kepala apabila dia melihat Mariyana berlari turun dengan sisa ketawa. Puan Julian yang sedang membaca buku di ruang tamu tersenyum sendiri melihat telatah Jonas dan Mariyana. Jonas mengejar Mariyana dengan wajahnya yang comot dengan dakwat marker.

Jonas mengejar Mariyana. Gadia itu menjelirkan lidah dan masih lari. Di ruag tamu yang agak Jonas tidak putus asa mengejar Mariyana didepan Daddy dan Mammynya.

Mariyana kepenatan terus meminta bantuan Tuan Max, gadis itu memeluk tubuh Tuan Max. Lelaki separu abad itu bertanya lagi sedangkan jawapannya dia sendiri sudah tahu.

"Kenapa ni Jonas! Dah macam budak-budak saja main kejar-kejar.!" Marah Daddynya dengan memandang wajah Jonas.

Jonas mengeluh dan mencebik sinis dia bila Tuan Max pun menyebelahi gadis itu.

"Daddy Tengok apa Mariya dah buat !" Jonas menunjuk mukanya. Tuan Max dan Puan Julia menahan gelak.

"Macam-macam lah ! Lah kamu ni dengan bakal isteri pun nak marah" pujuk Puan Julia anaknya yang masih menahan geram, dia lihat saja nafas Jonas yang berombak itu. Dia sudah tahu

Jonas memandang wajah gadis itu. Mariyana
hanya tersenyum sinis. Kerana puas kenakan Jonas.

"Dah sekarang Jonas pegi mandi," Arah Puan Julia lagi. Jonas anguk dan mengeluh kasar.

"Jom sayang" Jonas memanggil Mariyana yang masih dalam pelukan Tuan Max, Mariyana takut Jonas apa-apakan dia menggeleng laju.

"Pegi naik tolong Jonas bersikan muka dia tu, kalau dia kenakan Ana bagi tahu Daddy," Tuan Max memujuk Mariyana, akhirnya Mariyana mengalah juga dan menghampiri Jonas, kepalanya hanya ditundukkan. Takut akan renugan Jonas

Jonas menarik tangan Mariyana untuk mengikuti langkahnya keatas. Tuan Max gelengkan kepala
mereka berdua naik kebilik. Sampai saja kebilik Jonas tersenyum sinis. Dia menghampiri gadis itu masih meramas tangannya,

"Tahu pun takut, saya nak sayang yang mandikan abang boleh, atau___" belum sempat Jonas habiskan ayatnya. Mariyana memintas

"Ok saya mandikan awak" Mariyana cuba megawal rasa gugup ...

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience