5

Vampire Series 24935

Lama aku duduk termenung di dalam bilik, tiba-tiba perut rasa lapar. Kemudian aku turun kebawa nampak ada seseorang duduk diruang tamu,

Oh.. mungkin  itu lah adik Jonas, barusan pula dia keluar bilik..Nak tegur tapi perut aku rasa lapar. Aku bongkar pantry dan peti ais, mencari makanan dah siap masak tak ada. Kemudian aku mencari barang untuk dimasak. Mujurlah ada sepaket spaghetti,sebotol sos tomato prego, sosej dan bebola daging.

Selesai saja masak spaghetti. Aku nak potong buah untuk pencuci mulut. Aku mencapai sebiji epal dan pisau pengupas, kemudian dengan hati- hati aku mengupas kulit epal

"Opppsss...Ahhhhh!!!!"

Aku terjerit dan buah apel tadi terlepas dari tangan, lebih parah lagi jari aku terluka terkena mata pisau yang tajam. Darah merah mula keluar dari celah luka. Aku melihat darah yang semakin banyak menitis ke lantai.baru aku nak melangkah untuk cuci luka aku..

Tiba-tiba aku terkejut melihat Jefrie sudah berdiri di depan aku ,lagi aku terpernjatnya tatkala terpandang wajah Jefrie, matanya yang sudah berubah warna merah gelap, dia memberikan jeligan maut tepat kepadaku. Aku berundur beberapa langkah ke belakang dengan keadaan takut akan perubahan wajah Jefrie..

"Kk..kenapa dengan muka k..kau"

Soalku dengan suara yang terketar-ketar.Jefrie tidak menjawap. Aku perhatikan gigi taringnya sudah memajang dari gigi manusia biasa. Ianya terkeluar dari mulut dan rupanya sangat mengerikan.

Jefrie melangkah kedepan aku lagi, dia memandang aku sangat tajam kedalam mata, Jefrie mencengkam leherku. Aku menjerit meminta tolong...

"Jonas tolong!!!!" Aku menarik- narik tangan Jefrie yang mencengkam leher aku, dadaku semakin sempit, nafas aku tersekat sekat.

"Ohhh jadi kamu Mariyana", soalan Jefrie membuatkan aku membuka mata. Mata Jefrie memandang tepat kejari aku yang berdarah. Mata aku terpejap semula. Sakit pada leher aku sudah tidak tertahan.

Jefria tidak mempedulikan kesakitan yang aku alami. Kemudian dia membenamkan wajahnya keleher ku dan mengigit perlahan. Semakin lama semakin kuat.

"Ss..sakit.."Air mata aku mengalir pandaganku kabur, mungkin kerana kehilanggan banyak darah. Aku sudah tidak berdaya dan hanya memejamkan mata sebelum semuanya bertukar menjadi gelap.

*****

Jonas pov

Seperti biasa Aku keluar memburu, biasanya aku keluar pada waktu malam tapi disebap Mariya sudah tinggal di rumah jadi aku akan keluar pada waktu siang.

Selama 2 minggu ni susah sangat aku nak tinggalkan dia sendiri-sendiri kat rumah hati aku tak tenang kalau tak nampak wajah dia rindu sangat. Ni kan pula nak hantar dia pulang walau pun aku tahu, yang dia tipu aku,walaupun  dia cakap nak balik ke rumah agam arwah Papanya tapi dalam fikiran dia. Tak dan tak akan pulang semula kerumah agam itu, aku masih ingat pertemuan pertama aku dan mariya..

Flashback...

"Daddy jonas kan dah cakap tak suka datang
Ke party kawan daddy," kataku

"Jonas Daddy cuma nak kenal kan Jonas dengan kawan Daddy uncle Wiliam, ok sekarang jom masuk ni birthday party anak uncle Wiliam so jagan malukan daddy" jawapnya tegas

"Ok Daddy masuk dulu, nanti saya masuk saya nak jalan-jalan kejap kat sana" ,sambil jariku menunjuk ke kolam ikan,

"Baik lah tapi jangan lama lepas tu masuk," Daddy aku pun melangka masuk kerumah agam itu, Dan aku berjalan untuk melihat kolam ikan koy, kemudian aku ternampak ukiran nama diatas batu, namanya Mariyana, mungkin nama isteri uncle wiliam, kerana dia pun sukakan kolam ikan, sama macam mummy aku.

"Hai nama awak Jonas kan," aku terdengar suara gadis dibelakang aku, lalu aku menoleh kebelakang

"yes", Balas ku..

"Daddy awak suruh masuk," kata gadis itu dan senyum pada aku,

"Cantik" dada aku rasa lain macm saja selepas melihat gadi itu jatuh cinta ke ni? Tapi serius aku suka tengok wajah dia.

"Baik awak jalan lah dulu" aku ekorinya dari belakang, mata aku tak berhenti pandang gadis itu yang berjalan didepan aku, selama 180tahun aku tak pernah marasakan peraan yang sangat aneh ini..

Selepas masuk kedalam rumah mereka pun ramai menyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY MARIYANA

Ohh jadi nama gadis itu 'Mariyana', aku berjalan menujuh kearahnya.

"Hai Happy birthday Mariya," Thank you balasnya dan belalu pergi ke Uncle Wiliam dan memeluk Papanya,
Tak tahulah kenapa aku gembira tengok dia, tapi aku dapat rasakan yang sebenarnya aku suka kat dia

Daddy memanggil aku dan kenal kan aku dengan Uncle Wiliam, dan aku hanya pandang gadis yang bernama Mariyana, kita akan jumpa lagi Mariya dan aku tak akan lepaskan kau bila tiba masanya. Bisikku dalam hati,

Flashback of....

Aku tersedar dari lamunan dan aku tilik jam dah nak pukul 6.00pm dah lewat ni, mungkin mariya dah lapar, walau pun Mariya tinggal dengan Jefrie perasaan aku takut tetap ada. Takut kalau Jefrie apa-apakan dia sebap Jefrie masih tak boleh kawal bau darah manusia..

Sampai saja depan pintu utama aku, lihat dari jauh Jefrie menggigit leher Mariya, aku guna kan kelajuan untuk melepas kan Mariya yang jadi mangsa Jefrie, selepas Jefrie sedar akan perbuatannya dia melihat wajah mariya sudah pucat kerana kekuranggan darah..

"Jefrie apa yang kau buat ni!!!!,"jerit ku

"Sorry aku tak dapat nak kawal tadi, selepas aku tercium bau darah dia" balasnya

"kau selalu dalam bilik dan sebap itu aku tak takut tinggalkan dia sendiri, kalau jadi apa-apa tadi aku tak dapat maafkan diri aku sebap tinggalkan dia, dan sekarang aku nak kau panggil Doktor Jasz untuk rawat dia sekarang" arah ku tegas

"Ceeepaaatt!!!"

***

Sudah hampir 5 hari Mariyana tidak sedarkan diri. Jonas hanya setia menunggu Mariyana bagun. Dia memegang tangan kanan Mariyana lalu menciumnya lama. Sambil menangis

"Baru beberapa hari awak tak ada disisi saya, saya dah rindu pada sayang. Saya rindu nak dengar awak ketawa, rindu nak dengar awak bising-bising, rindu nak bergaduh bila awak nak minta hantar balik. Please sayang bagun lah" tubuh mariyana tetap saja membeku,

"saya turun  sekejap tau", Jonas mencium dahi Mariyana , sebelum keluar, selama lima hari Jonas tak berhenti mengeluarkan air mata, diri Jonas juga tak terurus lagi,
Sampai saja dibawa Jonas mendekati adiknya Jefrie yang minum jus Darah...

"Dia tak sedar lagi kah" tanya Jefrie, sambil menatap wajah abangnya kusut.

"Belum lagi, aku takut dia akan tinggalkan aku, bila dia tahu siapa kita sebenarnya. Aku tak mahu plan aku rosak untuk kawin dengan dia"  balas Jonas, air matanya dah mulah bertakung di tubir mata tiba masa saja akan jatuh,

"Aku minta maaf, aku tak sangka jadi macam ni nanti kau jelas kan lah dengan dia, aku yakin dia boleh terima kau, masa aku gigit dia, dalam fikiran dia hanya nama kau saja, sekarang kau naik lah berehat, dah berapa hari kau tak tidur."

Jonas pun tak dapat nak kata apa lagi, dia pun berdiri dan naik semula ke bilik, wajah Mariyana dipandang lama kemudian dia membaringkan tubuhnya disebelah Mariyana.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience