16

Vampire Series 24947

"Dah siap sayang"  tegur Jonas yang siap berbaju Suit black, Dan Mariyana seperti biasa berbaju bodycon dress paras paha. Dengan rambut yang terlepas paras pinggang.

"Sudah jom lah, tak sabarnya lawat Papa mama,"
Balas Mariyana dengan senyuman lebar, Mariyana yang sangat teruja. Mariyana keluar dari bilik dan melangka keruang tamu, dengan perasaan gembira sampai saja kebawa mariyana terdengar perbualan Jonas ditelefon bersama P.A

Senyuman Mariyana yang tadi bertukar mendung, bila mendengar yang Jonas akan masuk pejabat sekejap lagi. Mariyana berlari semula kebilik dengan perasaan kecewa, kerana dia tahu Jonas akan membatalkan niatnya itu. Sangkaan mariyana tepat sekali bila Jonas sudah mula memohon maaf.

"Sayang please Jangan lah marah, abang lupa tentang Appoinment abang dengan Syarikat jepun. Lagi pun projek tu dah jalan" Jonas cuba memujuk Mariyana yang sedang megalirkan air mata di atas katil.

Jonas rasa bersalah kerana telah berjanji dengan Mariyana, namun tidak menunaikan janjinya, disebapkan Mariyana yang sudah teresak-esak dia memutus kan akan meminta Jefrie membawa Mariyana.

"Okay lain kali kita pegi sama-sama, hari ni abang minta Jefrie teman kan sayang okay" pujuk Jonas lagi, mariyana yang menangis tadi terus berhenti mengalirkan air mata. Jonas memeluk tubuh Mariyana, kepala gadis itu diusap dan dahi di cium kasih.

"Saya minta maaf, lain kali abang tak buat lagi, kali ni saja abang minta sayang faham kerja abang.
Mariyana hanya akur dia juga tahu kesibukan Jonas setiap hari. Sampaikan Jonas tiada masa untuk gadis itu,

"Jefrie nak kah teman takut dia marah nanti. Biasanya siang dia akan tidur" soal Mariyana kerana dia tau sangat peragai Jefrie yang beku itu.

"Nanti abang cakap dengan Jefrie ya, hari ni saya tak boleh teman, tapi kalau esok abang janji akan temankan." balas Jonas pada Mariyana yang masih duduk di atas katil itu.

"Saya nak pegi hari ni, esok kita ke rumah papa ya, ada barang Ana nak ambil." Mariyana tidak sabar untuk ke makam orang tu.

Jonas hanya angukkan kepala dia tahu Mariyana rindu sangat pada Mama papanya. Walau pun mereka sudah tiada, Mariyana tetap nak kekubaran
Yang berhampiran dengan gereja santos.

Mariyana dan Jonas turun semula keruang tamu,
Jonas yang ternampak adiknya Jefrie yang duduk diruang tamu sambil meneguk segelas darah.
Jonas menghampiri Jefrie.

"Jefrie boleh tolong bawakan Mariya lawat kuburan orang tuanya." Jonas meminta bantuan pada Jefrie yang sedang duduk itu.

Jefrie hanya anguk, bersetujuh dia hanya akan membawa Mariyana pukul 4.30pm dan menghantar gadis itu balik semula sebelum pukul 6.00, kerana masa itu untuk dia mencari mangsa seperti biasa.

 **************

Selepas saja Jefrie menghantar Mariyana balik kerumah gadis itu terus dapur membuat air. Jefrie pula berehat diruang tamu, Mariyana menghulur sebotol darah untuk Jefrie. Jefrie hanya sambut botol itu tampa memandang wajah Mariyana.

"Sejep lagi aku nak keluar, kau jangan pandai-pandai nak keluar lepas kau tahu laluan rahsia itu. Tegas Jefrie bersuara, laluan rahsia yang terletak di belakang rumah agam mewah tu.

Laluan bawah tanah yang seperti trowong besar, hanya muat sebuah kereta saja. Trowong yang bersambung dengan sebuah vila, vila yang dibiarkan kosong, lengkap dengan barang dan enam buah kereta milik keluarga tuan Max.

"Awak nak kemana saya nak ikut, saya bosan sendiri dalam rumah ni," soal Mariyana yang masih belum tahu kegiatan Jefrie setiap malam.

"Nak cari mangsa" jawap jefrie ringkas.

"Apa...!!! Awak nak pergi merogol awak tak takut dosa kah, nanti mereka megandungkan anak awak macam mana," Balas Mariyana yang naif.

Membulat besar biji mata Jefrie mendengar perkataan rogol. Sentuh perempuan pun dia tidak perna apa lagi nak rogol. Tapi kalau nak sentuh sebagai makanannya dia suda biasa.

"Muka aku ni nampak macam perogol kah," jawap jefrie yang geram,Jefrie megetap rahangnya. Matanya tajam memandang Mariyana, yang kecik besar saja depannya.

"Awak yang cakap nak cari mangsa lepas tu nak marah aku pula. lelaki kalau cari mangsa mesti lah nak rogol perempuan kan..kan..kan...." balas Mariyana dengan tersengih-sengih.

Jefrie hanya menggeleng perlahan. malu sebap muka dia mariyana cop sebagai perogol. Jefrie berdiri ingin keluar dari rumah agam, waktu untuk dia mencari makanan. Namun langkahnya diikuti oleh Mariyana. Membuat dia bertamba geram.

"Stop Ana jangan ikut aku, aku bukan nak pegi bergoli, aku nak keluar sebap nak hisap darah orang, kalau tak kau yang akan jadi mangsa aku kau nak aku hisap darah kau"  keras suara Jefrie marah pada Mariyana.

"Heemm nak isap darah aku konon. Aku bagitahu kat Jonas nanti darah kau pula yang kena hisap, tapi best juga kalau aku nak tengok kau hisap darah orang , Wow.. Kalau macam tu aku nak ikut juga," Mariyana bukannya takut malah makin terujah sambil bertepuk tangan, gaya macam kanak-kanak rebina.

"Okay, aku boleh bawa kau tapi kau jangan kacau kerja aku, dan jangan bagi tahu Jonas, kalau kau bagi tahu dia siap kau" ugut Jefrie, Mariyana hanya anguk-anguk kan kepalanya.

Jefrie menarik tangan Mariyana, mereka ikut laluan rahsia. Dan menaiki kereta, hampir 30minit perjalan ke destinasi yang ingin dituju, akhirnya mereka sampai kesebuah pub. Kereta mereka diletak agak jauh dan berhampiran kawasan gelap.

Mariyana hanya melihat sekeliling tempat itu. Manakala Jefrie hanya melihat dua orang wanita disebuah lorong yang sunyi. Mariyana sedar yang Jefrie melihat dua orang gadis yang masih berdiri di lorong agak gelap.

Dua orang gadis itu seolah-olah bertengkar, seorang berbaju seksi dan seorang gadis bertudung dan berbaju kurung,

"Jefrie awak nak makan yang mana," soal Mariyana, kerana dia kasihan pada seorang gadis yang alim itu sekiranya gadis itu akan jadi mangsa Jefrie, walau pun mereka bukan beragam islam namun gadis itu nampak lebut.

"Kau dengar kah apa mereka bualkan dilorong tu" tanya Jefrie pada mariyana, yang masih memehatikan dua wanita itu. Mariyana hanya menggeleng kan kepala.

"Wanita yang berbaju kurung yang ingin di jual oleh sahabatnya, namun gadis itu tidak tahu akan nasipnya disebapkan terlalu percaya akan sahabat sekampung. Gadis yang naif, yang baru terlepas dari sangkar tidak tahu akan dunia luar" sinis jefrie

"Telinga gajah juga awak ni kan, tolong lah wanita tu. Kalau kau nak makan gigit saja yang sahabat busuk dia tu" balas mariyana yang geram melihat wanita berbaju seksi, dia lagi kesian pada wanita berhijab itu.

"Kau ni kan, tadi cakap aku nak pergi merogol, sekarang kau cop aku telinga gajah. Aku nak yang bertudung tu lah, kalau aku gigit yang kawan dia tu mesti darah dia pahait. Lebih baik ambil yang gadis manis bertudung tu." jefrie menjawap dengan geram.

Terbuntang mata Mariyana, makin kasihan dia pada wanita itu, lepas masuk mulut singa sekarang akan masuk mulut vampire pula. Jefrie yang hanya bergurau itu. Di sebalik wajah dingin itu terbit senyuman nipis. Namun di sembunyikan

Wanita bertudung itu tiba-tiba ditarik oleh seorang lelaki yang berbadan besar, Mariyana terkejut melihat  dan terjerit kecil, namun cepat-cepat mulutnya ditekup Jefrie agar lelaki yang di lorong itu tidak mendengar jeritan Mariyana.

Jefrie memakai hoode matanya bertukar merah, gigi taring jelas kelihatan. Mariyana hanya melihat Jefrie yang duduk tempat memandu itu. Jefrie dengan pantas keluar dari kereta dan menolong wanita bertudung itu, lelaki yang berbadan besar cuba untuk melawan Jefrie,

Namun lelaki vampire itu lebih kuat walaupun badannya tak sebesar lelaki yang di lorong itu. Sekali jefrie menghayun kan tumbukan lelaki itu rebah diatas jalan. manakalah wanita yang barbaju seksi itu diheret kelorong yang agak gelap.

Selepas Jefrie melihat wanita berhijab itu lari. Jefrie mengigit dan menghisap darah wanita itu lalu dicampak begitu saja. Jefrie masuk kedalam kereta dengan mulut masih ada sisa darah wanita yang di terkamnya.

Mariyana yang melihat darah dimulut Jefrie dilap mengunakan tisu basah, yang selalu terletak dalam handbagnya. Jefrie hanya membiarkan saja Mariyana membersikan sisa darah itu.

Apabila mata mareka bertembung Mariyana hanya senyum manis, Jefrie bagai terpukau dengan senyuman Mariyana yang pertama kali diperhatikannya selama gadis itu tinggal bersama mereka. Denyutan jantungnya berdegup dengan laju. Jefrie terus mengalihkan pandangan, kerana dia takut akan jatuh cinta pada bakal isteri Jonas.

"Ana aku nak tanya, semalam kenapa kau terjerit-jeritnya. Soal Jefrie akan teringat kejadian malam Blackout itu. Jefrie yang ingin turun kebawa itu terdengar Mariyana mendesah kuat.

kerana Jonas yang masuk bilik malam itu tidak menutup pintu bilik tidur mereka dengan rapat. Walau pun bilik Jonas itu kedap bunyi, bila pintu tidak ditutup rapat maka bunyi terhasil dalam bilik itu jelas kedengaran.

"Jerit sejak bila pula Ana menjerit, tak ada pun" Mariyana mula mengingatkan kejadian malam itu, namun dia langsung tidak ingat akan jeritan yang di maksudkan Jefrie.

Kerana Mariyana yang hayal dengan sentuhan Jonas tu membuatkan dia mendesah kuat tampa dia sedar. Namun di sebapkan pintu bilik mereka tidak tertutup rapat. Desahan Mariyana telah  membagunkan adik Jefrie yang tidur.

Dan Jefrie melangka semula kebiliknya dan menutup bilik tidur dengan rapat agar suara jeritan Mariyana tidak kedegaran.

"Semalma aku dengar ka----. Hemm tak apa lah" Jefrie tidak menghabiskan ayatnya. Disebapkan otak dia yang teringat akan desahan Mariyana itu. Tampa dia sedar, dia telah membagunkan satu makhuk yang bersembunyi disebalik seluarnya.

Hidup Jefrie yang sememangya kuno. Walau pun dunia yang sudah moden. Namun hidup Jefrie tetap hidup bagai orang zaman batu. Hanya Kerana dia yang selalu berkurung dalam bilik. Setiap malam juga Jefrie akan keluar. Keluar mencari seorang mangsa dan balik semula kerumah.

"Okay.." jawap Mariyana ringkas.Jefrie melihat jam pada tangannya menunjukan mereka sudah satu jam keluar, Jefrie memcut laju kereta ,takut sekiranya Jonas akan balik dan mencari Mariyana.

Dia juga takut kalau Jonas dapat tahu yang dia telah membawa Mariyana mencari mangsa.

**************

Seperti yang Jonas Janjikan dia telah membawa Mariyana keluar. Kerana segalah Appoinmentnya dia telah batalkan. Kerana ingin membawa gadis itu jalan-jalan dan singgah ke rumah agam papa Maeiyana.

"kita buat apa kat sini" tanya Mariyana. tangannya digenggam erat oleh Jonas. Lelaki itu menoleh ke arah Mariyana yang masih mengikuti langkanya di sebalahnya.

"takkan nak nak berenang kat sini, sayang dah tahu kan ni mall, mesti lah nak shopping baju untuk sayang, dan sekali beli pakaiyan dalam awak, Awak nak pilih sendiri atau saya yang pilihkan" tanya Jonas yang mula nakal sambil kening dijongket kearah Mariyana berkali kali .

Pipi Mariyana merah menahan malu apabila dengar soalan Jonas. Bermacam-macam dress dan gaun tidur Jonas belikan untuk Mariyana, gadis itu hanya perhatikan saja, semua pilihan Jonas sangat cantik dan sesuai dengan tubuhnya kecil.

Selesai membeli dress, Jonas manarik tangan Mariyana ke sebuah butik yang menjual pakaiyan dalam, bermacam warna dan corak, pekerja dibutik pakaian dalam itu hanya memerhati mereka berdua dengan senyuman.

"Saya pilih sendiri awak pergi lah sana saya malu lah." balas Mariyana mula melangkah ke pakaiyan dalam itu dan meninggalkan Jonas. matanya meliar mencari bra yang simple dan selesa dipakai.

Jonas melangka kearah mariyana tampa gadis itu sedar yang sibuk melihat corak bra dan panty.

"Sayang yang ni sesuai untuk awak." Jonas mengakat tinggi, bra dan panty one set itu. Perkerja butik itu hanya menahan gelak melihat kedua pasangan itu.

"Hisss, awak ni jangan lah buat macam tu, itu bukan size saya lah" mariyana menahan malu, dengan usikan Jonas.

"Abnag tahu lah saiz sayang, kan abnag dah lihat dan rasa lagi" bisik Jonas di telinga Mariyana. Gadis itu terus mencubit lengan Jonas membuatkan lelaki itu menahan sakit.

"Gatal lah awak ni" pergi sana kacau je orang nak pilih," Jonas gelakkan Mariyana dan perhatikan saja Mariyana memilih pakaiyan dalam itu, heemmm berapa pasang ya nak beli, bisik hati Mariyana.

"Jonas saya nak yang set macam ni tapi barapa pasang saya boleh ambil, nanti duit awak tak cukup," Mariyana tengok price bra one set dengan panty pun sudah Rm89.00 ni kan pula nak beli yang berset-set.

"Sayang ambil saja, awak yang nak pakai. kalau tak pakai lagi bagus" Jonas mengenyitkan mata pada Mariyana.

Sejak kejadian malam blackout itu Jonas menjadi  nakal dan gatal. Sampaikan setiap hari pipi Mariyana sentiasa membahang malu.

Mariyana yang malas nak melayan kerenah Jonas  itu mula melangkah kearah pakaian dalam yang lain dan memilih beberapa pasang mengikut minatnya.

setelah selesai membeli pakaian dalam , Mariyana dan Jonas melangkah keluar dari butik pakaian dalam itu, Mariyana terlanggar seseorang. Lelaki itu hanya memandang tajam kearah Mariyana.

Jonas  yang berdiri bersebelahan dengan lelaki itu Mukanya tegang, badannya tegap, kulitnya hitam manis dan paling membuatkan Mariyana ingin ketawa adalah kepala lelaki yang terlangarnya. Botak! Terkial-kial matanya memandang ke arah lelaki yang berdiri bersebelahan dengan Jonas.

"Copy cat lah dengan patung tu." bisik Mariyana dalam hati sambil tangannya menekup mulut menahan tawa. Lelaki itu mengerling ke arah patung yang bersebelahan dengannya. Padan Sama botak

Dia keluar dari butik tersebut. Malu juga bila disamakan dengan sebuah patung yang ,botak! Sebaik sahaja bayangan lelaki itu tidak kelihatan, ketawa kecil terlepas dari bibir mungil Mariyana.

Jonas yang masih berdiri disebalah Mariyana hanya menggeleng. Matanya tajam memandang ke arah Mariyana yang masih ketawa. Apa yang lucu pun dia tidak tahu

Mariyana dengan pantas menekup mulutnya. Takut dengan panahan Mata Jonas yang tidak berkelip melihatnya ketawa.

“Kenapa awak gelak tiba-tiba” tegas Jonas melihat Mariyana yang sudah berhenti ketawa.

“Adalah. Sibuk je nak tahu.” Mariyana menjeling kearah Jonas, dia tahu lelaki itu manahan Marah. Atau pun cemburu.

“baik sayang cakap kalau tak---” Jonas mula tersenyum sinis melihat bibir lembap Mariyana.

“saya ketawa sebap kepala lalaki tadi tu sama macam patung tu” Pantas Mariyana memotong, dia tahu kalau Jonas mula senyum-senyum mesti lalaki itu akan buat sesuatu di tempat awam itu.

Jonas memandang patung yang di tunjuk Mariyana, lelaki itu hanya menggeleng dan tersenyum, Mariyana yang terlanggar dengan lelaki itu tidak memohon maaf malah dia gelakkan dan di samakan dengan patung yang ada di mall..

"Lain kali jangan buat macam tu, sekarang kita pergi kerumah awak" ujur Jonas tangannya menggenggam erat tangan Mariyana, lalu keluar dari Mall,

Selepas mereka berdua masuk dalam perut kereta Mariyana hanya mendiamkan diri, kerana destinasi seterusnya rumah agam Dato Wiliam Mariyana juga terpaksa bertemu dengan Rosa dan Rosita. perasaannya mula takut untuk bertemu dengan mereka.

"Awak okay tak ni,"tegus Jonas yang melihat perubahan wajah gadis itu. Dia faham akan ketakutan Mariyana untuk bertemu dengan mama tirinya.

"Ss...saya okay"jawap Mariyana terketar-ketar jelas katakutnya disitu.dengan meramas kedua tangannya. Jonas hanya angguk dan menggengam tangan Mariyana agar gadis itu kuat.

Selepas kereta yang dipandu Jonas sampai ke pekaragan rumah agam itu, Jonas kejutkan Mariyana, kerana gadis itu hanya melamun jauh.

Melihat saja rumah agam itu Mariyana melihat kearah Jonas. Lelaki hanya senyum dan angguk. Jonas membuka pintu kereta dan keluar. Pintu kereta dibuka. Dan mariyana keluar dari perut kerata dengan melihat sekiling rumah agam Dato wiliam yang langsung tiada perubahan.

Jonas yang ingin menekan loceng yang terletak ditepi pagar, tiba-tiba phone Jonas berdering. Melihat saja si pemanggil dia merenggus geram dan menekan punat butang call.

"Hello Tuan Jonas . CEO dari syarikat perladangan itu ingin jumpa Tuan Jonas, kalau boleh hari ni sebap esok dia akan bertolak ke thaiwan. Jonas melihat Mariyana yang masih memandang rumah agam itu. Dia menarik nafas sebelum bercakap denganP.A nya.

"Baik lah saya akan kesana. Apa-apa Appoinment lepas ni tolong batalkan. Jonas mematikan panggilan dan melangka kearah Mariyana.

"Sayang abang minta maaf, hari ni Syarikat perladangan nak jumpa abang sebap esok dia akan ke thaiwan. Kalau boleh esok saya teman awak datang sini lagi boleh."  pujuk Jonas pada gadis itu. Mariyana memandang Jonas dan pandang rumah agam itu semula.

"Awak pergilah. Nanti lepas kerja awak jemput saya disini, saya tunggu awak datang" Mariyana senyum pada Jonas.

"Kalau mereka apa-apa kan sayang macam mana, abang tak ada disisi sayang, saya risau tinggalkan awak disini" ujur Jonas yang tidak sedap hati meninggalkan kekasihnya di rumah agam itu. Dia tahu yang Rosa dan Rosita mesti akan lakukan sesuatu.

"Tak apa, meting awak kan sekejap saja. Saya boleh tunggu. Kalau mereka buat apa-apa kat saya, nanti awak gigit lah mereka depan saya," kata mariyana lagi.

"Baik lah kalau macam tu, tapi ingat tunggu abang tau, kalau nak lari pun lari tempat yang saya boleh cari sayang" Mariyana angguk, lalu Jonas memeluk tubuh Mariyana dan mencium kepala gadis itu.

Jonas masuk tempat duduk memandu, hatinya juga gelisah, namun dia tenangkan saja. Dan melambai kearah gadis itu. Selepas kereta itu meluncur laju dan hilang dari pandangannya Mariyana berjalan kearah pagar rumah agam itu.

Sedang Mariyana leka melihat rumah agam Dota wiliam itu. Tiba-tiba datang sebuah van berwarna hitam berhenti di hadapan tempat Mariyana berdiri. Seorang lelaki berbadan sado keluar dari van dan menghampiri gadis itu.

Mariyana hanya tersenyum manis pada lelaki itu dan ingin melangka untuk menekan loceng pagar. Mariyana yang ingin membuka langkah. Dengan pantas lelaki itu memegang lengan Mariyana.

"Lepas lah! Kau siapa" tanya Mariyana dan meronta-ronta agar dilepaskan. Namun lelaki itu mengguatkan lagi cengkaman dan menarik gadis itu. Mariyana menjerit kuat memanggil nama Rosa dan Rosita yang berada dalam rumah itu.

Mereka yang berada dalam rumah agam itu tidak mendengar jeritan Mariyana, Mariyana yang ingin menjerit lagi. Namun lelaki itu juga lebih pantas menekup mulut Mariyana.

Seorang lelaki yang dia tidak kenali juga keluar dari tempat duduk hadapan lalu menyuntik ubat bius dileher Mariyana. Dia cuba berlawan tenaga tetapi malang penglihatannya semakin lama semakin kabur. Melihat saja tubuh Mariyana yang mula lemah lelaki itu tersenyum sinis.

 **************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience