chapter 9

Other Completed 10980

"Tahniah Humaira. Saya harap awak bahagia dengan Haris. Saya harap Haris mampu jaga awak. Setia dengan awak. Tidak tinggalkan awak dan paling penting cintakan awak sepenuh hati dia. Dia baik Humaira. Dia memang layak untuk awak. Maafkan saya selama ni yang menyusah dan menyakiti awak. " kata Sharil pada hari pernikahan Humaira dan Haris.

Melihat Humaira yang manis berbaju kurung moden berwarna lavendar amat manis dipandang. Walaupun simple masih terselah kecantikan Humaira. Entah mengapa rasa hati Sharil kali ini begiti berat melihat Humaira bersama Haris.

Sharil sedar, dia sebenarnya tidak layak berperasaan begitu kerana 5 tahun yang lalu dia yang melukakan Humaira demi kekasihnya. Sayang sekali apabila selepas bernikah dengan Risa, banyak kekurangannya berbanding Humaira. Humaira bagaikan permata yang sukar ditemui. Untung benar Haris memperisterikan Humaira.

"Semua itu dah lepas Sharil. Saya dah lama maafkan awak. Sudah takdir kita untuk tidak bersama. Jodoh awak bersama Risa dan saya bersama Haris. Walaupun awak pernah buat saya menangis dulu, saya tetap berterima kasih kerana hadiahkan saya malaikat kecil kita untuk mengusap air mata saya Sharil." kata Humaira tenang.

"Jadi isteri yang solehah Humaira. Layan dia lebih baik daripada awak layan saya dulu. Kerana dia memang layak untuk dapat kasih sayang awak." ucap Sharil sambil tersenyum.

"I will Sharil. In Sha Allah selagi nyawa dikandung badan." Humaira berjanji.

Humaira memandang Sharil. Lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dulu. Sayang lagi kah dia dengan lelaki ini? Lelaki yang sanggup menceraikan dia walaupun dia setia dengannya. Sayang itu ya, tapi setelah Haris hadir dalam hidup Humaira. Sedikit demi sedikit hatinya direbut oleh Haris.

"Sayang, Haira kata dia nak tidur di rumah Sharil dan Risa. Is it okay?" tanya Haris dari belakang.

Sharil dan Humaira menoleh kebelakang. Sharil melihat Haris yang berpakaian.sedondon dengan Humaira. Cemburu itu adalah sikit.

"Ikut awak lah, sekarang awak papanya. Apa pun keputusan saya masih perlu meminta izin awak Haris." kata Humaira lalu menuju ke arah Haris dan meninggalkan Sharil..


Remuk juga hati Sharil apabila mendengar kata-kata Humaira. Ya Humaira sangat setia orangnya. Cuma dia sahaja yang buta melepaskan Humaira untuk yang lebih baik sedangkan yang terbaik sudahpun dia tinggalkan.


"Kalau Sharil tak kesah, saya boleh jer benarkan. Yela Sharil papanya. Takkan saya nak larang pula. Berdosa pula saya." kata Sharil sambil mencubit Haira yang kini bergelar puterinya. Hehe nikah satu tapi percuma satu. Untung betul.

"Tak mengapalah Haris. Biarlah Haira tidur di rumah aku seminggu ni. Boleh kau dengan Humaira duduk berdua dulu. Lagipun dah lama juga aku tak bercuti dengan Haira." kata Sharil turut pergi kearah Haris dan Haira.

Haira yang didukung oleh Haris bertukar tangan kearah Sharil. Biasa lah Haira kan manja budaknya.

"Betul ke? Terima kasihlah. Aku pun ingat nak bercuti dengan Humaira." kata Haris sambil tersenyum.

Humaira memandang pelik suaminya. Eh nak bawa aku pergi honeymoon ke? Hmm cik suami ni suka sngat buat surprise.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience